Saturday, December 31, 2016

Sahaja Aku Terima Nikahnya- kerana Allah SWT

Kiranya masa berlalu begitu. Setelah bergelar isteri, pangkat terus berubah kepada ibu. Demikianlah begitu pantas putaran masa. Belum menyesuaikan diri sepenuhnya dengan komitmen baru, Allah hadirkan permata hati. Alhamdulillah.

Berumah tangga itu bukan mudah. Menuntut kecekalan, kesabaran dan toleransi. Kerana subjeknya adalah kehidupan, melibatkan hubungan manusiawi yang lebih kompleks. Yang dinamakan isteri itu punya hak, tanggungjawab dan juga komitmen demikian juga yang dinamakan suami itu. Jangan kalah dan menyerah dalam pelayaran meskipun bahtera dilanda badai dan ombak. Tetap teguhlah pada tujuan asal '' sahaja aku terima nikahnya'' - kerana Allah SWT.

Hari demi hari dalam rumah tangga adalah suatu pelajaran yang hidup. Bagaimana mencorak rumah tangga menjadi sebuah rumah yang disebut dengan istilah baitul muslim, baiti jannati. Itu adalah persoalan yang perlu diutarakan dalam perjalanan kehidupan seharian agar berada di landasan yang benar bagi mencapai matlamat dan tujuan. Kehilangan tujuan, matlamat adalah suatu musibah bagi keluarga muslim, bimbang-bimbang kelemasan dalam lautan dalam yang tak terjangkau. 

Demikian juga permata hati; anak yang fitrahnya suci bersih. Bagaimana ia dicorak, digarap menjadi insan yang kamil?

Menjengah usia setahun setengah berumah tangga, itulah persoalan yang berlegar-legar. Moga-moga terbentuk generasi yang soleh wa musleh.


Teratakumiayah
31122016
0815pm 

Tuesday, March 15, 2016

Wednesday, December 23, 2015

Mengurus Emosi


Nota ringkas
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kemampuan mengenali emosi diri sendiri dan orang lain
Fikir kesan kepada hubungan sebelum melantunkan emosi
Tujuan, objektif, matlamat dan hasil sesuatu emosi. Jangan bertindak melulu tanpa berfikir panjang
Mengurus, mengawal emosi dan perasaan dalam bertindak dengan kekuatan iman dan akidah
Bangun tidur dengan emosi yang baik, bertegur sapa dengan lemah lembut, bersedia untuk hari baru
Pendidikan di rumah bermula seawal pagi – ceria
Jujur mengenali dan meluahkan emosi sendiri
Kisah perasaan orang lain, jangan sakitkan hati orang
Kebolehan membaca apa yang tersirat, kecerdasan emosi
Mewujudkan tolak ansur, saling memahami dalam rumah tangga
Tidak mudah perlekehkan pandangan orang lain





Tuesday, August 4, 2015

Maharnya Pengorbanan

Alhamdulillah usai berwalimatul urus tanggal 4 Syawal 1436H. Menerima kehadiran seorang insan yang sebelum ini hanya dikenali dari jauh. Dalam menyelusuri perjalanan kehidupan yang baru, adakalanya hati terusik dengan kenangan bersama teman-teman serumah. Zaman bujang yang telah lama dijalani. Sehingga kadang-kadang, terdetik di hati. Untuk melestarikan sebuah ikatan perkahwinan, ada mahar yang perlu dikorbankan. Antaranya ialah kehidupan bersendiri (bujang).

Untuk kehidupan baru yang baru sahaja bermula, sedang membina kekuatan untuk menjelajah lautan samudera kehidupan. Banyak yang perlu dipelajari. Mengenali hati budi pasangan, menjalin silaturrahim yang erat dengan kedua-dua belah keluarga besar kami dan  membina bersama wawasan masa depan dunia dan akhirat. 

Terima kasih ya Allah, hadiahkan saya teman-teman yang solehah.
Terima kasih ya Allah, untuk kehidupan yang baru dijalani ini.


Catatan : Entri kali ini cuma luahan rasa dari ana, mohon doa teman-teman yang terbaca entri kali ini.
Terima kasih ^^ 


Ana | 04082015 | Teratak umiayah @bukit tumbuh, terengganu