Friday, September 5, 2014

Hanya jauhari yang mengenal manikam!

Hari ini menapak dalam hujan. Hujan. Perasaan yang ditahan-tahan. Senyum dalam tangis. 
Entah kenapa. Bukan tidak biasa berjalan. Tapi hari ini, lain. Terharu.
Bukan basah yang menggigit hati. Tapi berjalan dalam hujan buat diri ini tersedar. Kerdilnya diri. Di saat kereta-kereta berlalu. Kaki ini meneruskan langkah. 
Berjalan dalam hujan adalah satu nikmat yang indah. Yang mungkin jarang dapat dirasai saat berkenderaan. 
Apapun yang sedang dilalui, tersenyumlah. Nikmat Allah tak terhitung. Tinggikan kesyukuranmu pada apa yang Allah kurniakan. Alhamdulillah. Turutilah kata kemudiannya Alhamdulillah.

Stalk blog sendiri. Terjumpa entri lama yang pernah dikongsikan di laman ini. Nukilan seorang bapa. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sangat bernilai. Hanya jauhari yang mengenal manikam!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tahu bersyukur ini adalah satu nikmat. Nikmat ini hanya boleh dirasai bagi orang yang ikhlas dalam syukurnya.


Antara nikmat bersyukur - sekiranya kita bersyukur dengan kawan yang ada, harta benda yang ada - kita akan mendapat lebih ramai kawan yang baik dan mendatangkan kebaikan.



Orang yang selalu merungut 'ini tak ada, itu tak ada' akan mendapati bahawa minda mereka hanya nampak benda yang mereka tiada senantiasa - maka rungutan mereka akan bertambah kerana senarai benda yang mereka tidak ada akan sentiasa bertambah dan tiada penghujungnya.



Rungutan membuka pintu pada bisikan syaitan - bermula dengan mainan minda dan dicampuri dengan perasaan dengki dan cemburu; dan akhirnya timbul perasaan dendam kerana asyik membandingkan diri sendiri dengan orang lain... mereka akan sentiasa dalam keadaan kecewa, menangguhkan ke-gembiraan mereka selagi benda yang dihajat tidak berada di tangan.



Bersyukurlah pada apa yang ada dan belajarlah bersyukur dengan apa yang ada.

Usah merungut pada apa yang tiada - sekiranya hendakkan sesuatu, jangan habiskan masa dan tenaga dalam rungutan, sebaliknya fokuskan segala masa dan tenaga dalam usaha kita untuk mencapai benda yang dihasratkan.



Ketenangan sebenar dan nikmatnya hanya boleh dirasai sekiranya kita tahu bersyukur.



Fokuslah pada apa yang ada, semestinya itu tidak meletihkan kerana senarai itu terhad berbanding dengan apa yang kita tiada kerana senarai itu adalah infiniti panjangnya.



Hargailah sesuatu waktu yang ada, agar anda tidak menyesal apabila ia sudah tiada.


Perkongsian dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


Ana | TeratakHati | 06092014 | 0016 am

Tuesday, September 2, 2014

Merdeka Jiwa

Sang Kiai

Kisah perjuangan, memerdekakan perhambaan dan kebebasan dari penjajahan




Catatan : Hayati erti perjuangan dan kemerdekaan

Ana | 1059pm | 02092014

Sunday, August 24, 2014

Bila Tiba

Perginya insan-insan yang terdahulu dari kita
Membuat kita merasa kehilangan juga
Ingatan buat yang masih hidup, bahawa kita akan kembali
kepadaNya pada waktu yang dijanjikan
Moga Allah mencucuri rahmat kepada insan -insan yang telah pergi mendahului kita
Tergolong dalam kalangan orang-orang soleh dan diredhai Tuhannya.
Allahumma amiin

Catatan : Ingatan dariNya, istighfar 

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti 
Kemana kita bisa lari
Kita pasti kan mengalami
Mati


Ana | Teratakhati | 0009 a.m | 25082014

Monday, August 18, 2014

Mula!



Bismillah, teruskan langkah.
Senyum pada diri, inshaAllah boleh
Moga Allah permudahkan apa yang baik menurut ilmuNya

Catatan : Motivasi Diri