Thursday, December 30, 2010

~perkongsian bersama~


Yang ingin dikongsikan bersama adalah pengisian yang diperoleh ketika menghadiri sebuah Forum. Apa yang dibincangkan ialah mengenai perubahan. Secara ringkasnya, kita akan melihat kepada perkembangan sejarah di mana terdapat beberapa fasa perubahan yang berlaku dalam sejarah kegemilangan Islam.

Fasa Pertama
Kita melihat kepada kisah ashabul kahfi yang terdiri dari kalangan pemuda beriman. Mereka hidup pada suatu zaman yang mana pemerintah dan masyarakat pada ketika itu jauh dari landasan kebenaran. Mereka merupakan golongan yang terpilih dalam kalangan orang yang beriman. Mereka tidak menggadaikan prinsip aqidah walau ditekan oleh pemerintah. Mereka berusaha mempertahankan aqidah dan keimanan mereka.


Fasa Kedua
Kita beralih pula kepada zaman Nabi Musa a.s. Baginda hidup pada zaman pemerintahan Firaun. Baginda meneruskan risalah suci dari Allah, turun berdakwah kepada masyarakat dan berdepan dengan kezaliman Firaun. Gerakan dakwah terus berjalan meski baginda diserang bertalu-talu dari segenap sudut. Dalam perkembangan dakwah baginda, kita melihat baginda dibantu oleh saudaranya Nabi Harun a.s . Sinergi yang terhasil dari gabungan dua insan pilihan Allah ini menghasilkan impak yang lebih yang mana gerakan dakwah semakin maju ke hadapan.

Fasa Ketiga
Fasa ini merupakan fasa persiapan. Fasa ini adalah fasa selepas zaman Nabi Musa a.s. Ia merupakan fasa pembentukan kepimpinan. Bagaimana dalam fasa ini kita melihat, Thalut telah dilantik sebagai pimpinan tetapi Bani Israil mempertikaikan kepimpinannya. Pertembungan di antara Thalut dan Jalut memperlihatkan kemunculan Nabi Daud a.s sebagai hero.Baginda di anugerahkan hikmah@ kebijaksanaan.Isu kepimpinan semakin terzahir pada fasa ini.

Fasa Keempat
Fasa ini merupakan era dakwah super power apabila Islam memegang pemerintahan. Nabi Sulaiman a.s memerintah manusia, jin dan haiwan. Gerakan dakwah menjadi semakin teguh dengan kekuasaan yang dimiliki oleh baginda selaku pemerintah. Pada fasa ini, dakwah bukan hanya tinggal seruan tetapi berada pada tingkat pelaksanaan. Baginda menembusi pemerintahan Saba’ yang dikuasai oleh Balqis. Seruan dakwah baginda mempunyai pengaruh yang cukup hebat sehingga akhirnya pemerintahan ini yang sebelumnya menyembah matahari menerima Islam sebagai the way of life.

Dari itu, perlulah difahami bahawa Islam bukan hanya seruan tapi pemerintahan sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w turut menghadapi Rom dan Parsi yang merupakan pemerintahan yang kuat pada zaman Baginda s.a.w. Terealisasinya Islam apabila ia berada di tempat tertinggi.Maka persoalannya di sini ialah, di manakah fasa gerakan dakwah kita pada masa kini?.

Monday, December 27, 2010

''Indah bersamaMu''

Seuntai lirik, Sebingkai memori ,Saat Muhasabah..

Allah pastikan bersamamu
Bila kau selalu bersamaNya
Allah pastikan menolongmu
Bila kau menolong agamaNya

Takwalah pada Allah
Agar Allah memudahkan
segala urusan dan perjuangan kita
Sungguh Allah kan bersama yang berjihad di jalanNya
Sungguh Allah Maha Kuat dan Perkasa

Allah pastikan bersamamu
Bila kau selalu bersamanya
Allah pastikan menolongmu
Bila kau menolong agamaNya

Keadilan yang kita perjuangkan
Kesejahteraan yang kan kita wujudkan
Membutuhkan keimanan, taat serta keikhlasan
Dalam meniti jalan keredhaan

Allah pastikan bersamamu
Bila kau selalu bersamaNya
Allah pastikan menolongmu
Bila kau menolong agamaNya

Amalkan syariatNya
utk mendapat balasannya
Keikhlasan untuk tegakkan keadilan
Keadilan di bumi nusantara
Utk masyarakat adil sejahtera

''Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang beriman kepadaNya''
Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami di jalanMu..Amiin

Saturday, December 18, 2010

‘’Saidatina Khadijah Serikandi Idaman’’


‘’Saidatina Khadijah Serikandi Idaman’’

Siti khadijah
Engkau isteri sejati
Engkaulah lambang cinta sejati
Serikandi pertama tika islam bermula
Hadirmu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan Engkaulah teman
Dia tersisih Engkau memilihnya
Dia terbuang Engkau menyayanginya
Kerana iman Engkau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Tika Rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir


Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu di persada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Sehingga kini tiada pengganti
{Inteam-siti khadijah}

Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.anha merupakan serikandi idaman, tauladan sepanjang zaman. Beliau juga terkenal sebagai Ummu al-Qasim binti Khuwailid bin Asad bin Abdul ‘Uzza bin Qushai bin Kilab. Beliau dilahirkan di Umm al-Qura (Makkah) sekitar 15 tahun sebelum tahun Gajah. Beliau berketurunan suku Quraisy dari keluarga Bani Asad. Beliau merupakan seorang usahawan wanita terkemuka, sangat berjaya dalam perniagaannya.

Saidatina Khadijah r.anha merupakan seorang yang matang dalam memilih pasangan hidup. Setelah perkahwinannya yang terdahulu tidak kekal, beliau dilamar oleh ramai pembesar Quraisy namun kesemuanya ditolak oleh beliau. Beliau akhirnya menemui keluhuran akhlak pada peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang amanah dalam menguruskan harta dagangan. Beliau mengungkapkan hasrat hati beliau melalui Nafisah binti Munabbih. Nabi s.a.w tidak keberatan menerima hasrat itu lalu menyampaikan keinginan baginda untuk menikahi Khadijah kepada bapa-bapa saudara baginda. Maka, Abu Talib, Hamzah dan yang lain menemui bapa saudara Khadijah, ‘Amr bin Asad untuk meminang Khadijah bagi pihak baginda.

Beliau merupakan serikandi pertama berdiri di samping Rasulullah s.a.w, menyokong, membimbing dan menyerahkan segala yang dimiliki bagi membantu perjuangan Baginda s.a.w. Wanita mulia ini tabah mendampingi Rasulullah s.a.w menghadapi tekanan dan kezaliman kaum Quraisy terhadap golongan beriman. Risalah kebenaran yang dibawa oleh Baginda s.a.w menerima tentangan yang hebat dari kaum Quraisy antaranya ialah pemulauan yang telah dilancarkan oleh mereka.

Saidatina Khadijah r.anha sentiasa menyokong baginda s.aw sebagaimana yang dinukilkan dalam sirah, beliau menenangkan baginda s.a.w setelah Baginda menerima penurunan wahyu pertama di Gua Hira’. Proses penurunan wahyu ini amat berat, gema suara malaikat Jibril a.s yang meyeru ‘’Bacalah’’ dirasakan sangat menggerunkan dan Rasulullah s.a.w pulang dalam ketakutan. Setibanya di rumah, baginda meminta Saidatina Khadijah menyelimutkannya. Baginda kemudiannya berkongsi cerita dengan isteri tercinta.

Dengan lembut bicara dan tenang wajahnya, beliau menenangkan baginda,’’Demi Allah, Allah tidak akan mengkhianatimu sama sekali. Kamu merupakan orang yang sentiasa menghubungkan silaturrahim, bertanggungjawab, sentiasa berusaha, menghormati tetamu serta memperjuangkan kebenaran’’.

Beliau meninggal dunia pada tahun kesepuluh kenabian pada usia 65 tahun. Tahun itu dikenali juga sebagai tahun kedukaan. Rasulullah s.a.w sentiasa mengenangnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
Khadijah beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, membenarkanku semasa manusia membohongiku, membelanjakan harta bendanya ketika manusia memboikotku, dan Allah mengurniakan anak kepadaku melaluinya dan tidak dianugerahkan anak melalui isteri-isteri yang lain.

Beliau merupakan wanita pertama beriman saat semua orang mengingkari kerasulan Baginda, beliau merupakan wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya pada perjuangan kebenaran, beliau adalah wanita yang bijak meneguhkan suaminya. Beliaulah serikandi tauladan, sepanjang zaman.

Introspeksi Iman

Hakikat seorang insan
Saat keinsafan bertamu
Terasa kerdil
Di persinggahan ini

Adakalanya kesedaran itu datang
Adakalanya kesedaran itu seolah menyepi
Pertarungan hidup ini cukup getir
Ditewaskan, kecundang
Dilalaikan, kecundang

Bila hati kecil bersuara
Sampai bila harus di takuk lama
Sampai bila harus
Terus dibawa arus
Yang entahkan timbul
mahupun terus tenggelam ke dasar

Iman itu bukan hanya kata-kata
Iman itu perlu pembuktian
Iman itu keyakinan dalam hati, penyaksian dengan lisan
dan pengamalan dengan anggota secara zahir


Tajdidkan niat selalu kerana Allah,
jua mujahadah dalam pelaksanaan jihad ruhiyyah
Ke mana hala tuju kita seterusnya
Sesungguhnya
Dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita kan pulang

Tanbih Buat Diri Yang Sering Terleka

DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Sekali lagi kita tanya diri sendiri, DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Adakah kita rasa amat gembira bila dpt berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah bersama kita?. Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yg dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya? Apakah yg kita dpt rasai ketika sujud di dlm solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bkn hanya terbatas slps solat, ingatlah ketika Allah berfirman: "Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana Aku".

Adakah kita dpt meluangkan sepertiga malam utk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah pada kita yg mampu bangun di tgh-tgh mlm. Allah berfirman, " Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam utk bertaubat, di mana Aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka Aku ampunkan segala dosanya dan mamohon sesuatu, maka Aku berikan padanya". Tidakkah kita mahu berusaha utk menjadikan hati-hati kita ini penuh dgn pujian kpd Allah, berkorban keranaNya utk meninggikan syiar agamaNya walaupun pelbagai rintangan dan halangan.

Berapa byk ruang dan masa yg ada pada kita utk memerhatikan segala nikmat yg dikurniakan oleh Allah kpd kita, kita terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dlm pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak,ibu bapa yg terlalu menyayangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yg mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan utk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah. Sesungguhnya ketahuilah wahai saudar-saudari seagama! Dunia dan bumi yg kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yg kita ada atau kita cari termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan tapi apa yg paling penting, DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati utk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yg patut dicari atau maksiat yg patut ditembusi. Bagaimana keadaan kita ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yg mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin saat ini sedangkan kita melakukan maksiat kepadaNya? DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA???
~ SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI KE ARAH YG LEBIH BAIK DLM GERAK KERJA MENYEBARKAN SYIAR ISLAM ~

Wednesday, November 10, 2010

Perkongsian Bersama

‘’Keberjayaan kpd suatu perjuangan bknlah dilihat kpd kemenangan.
Tetapi pengisian dlm perjalanan perjuangan
itulah yang menentukan keberjayaan sebuah kemenangan.
Melangkah ia walau sejengkal tetapi dengan penuh teliti,
bertapaklah dengan kukuh walaupun perlahan,
jgn terkejar sampai kaki x berpijak pada bumi.
Yakin dan semangatlah bahawa kejayaan akan datang dengan izinNya’’.


Sebuah perjuangan itu memerlukan kekuatan,
kekuatan itu datangnya dari kesatuan,
kesatuan itu datangnya dari persefahaman,
persefahaman itu datangnya dari ikatan persaudaraan(ukhuwwah),
ukhuwwah itu datang dari kasih dan sayang insan bersaudara.
Kasih dan sayang itu datangnya dari hati.
Hati yang murni itu datangnya dari Allah,
Pemilik segala hati hasil taqarrub ilaihi..
Hayya bina, fastabiqul khairat!!!!!
-perkongsian bersama-

Friday, November 5, 2010

Lihatlah

Firman Allah:
"Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)."

(Al-Mulk:3-4)



Subahanallah, begitu besar dan agungnya kuasa yang dimiliki oleh Allah swt. Menerusi ayat di atas, Allah menceritakan kepada kita tentang kuasa-Nya yang telah menjadikan langit dengan tujuh petala yang sempurna. Kemudian Allah mencabar para cerdik pandai dan cendikiawan untuk mencari seberapa banyak kecacatan pada ciptaan Allah itu, dan sudah pasti hasilnya kita akan dapati seluruh ciptaan Allah ini sangat sempurna dan menyempurnakan ciptaan yang lain.

LIHATLAH BERKALI-KALI

Allah juga menyuruh hamba-Nya yang tidak bersyukur dan sentiasa melakukan perkara maksiat melihat dan merenung sebanyak-banyaknya kepada penciptaan langit dan tujuh petalanya agar menemui kecacatan yang telah dibuat oleh Allah. Sesungguhnya Allah maha sempurna dan tidak ada kecacatan yang wujud pada ciptaan-Nya.

Tetapi, malangnya setelah bukti demi bukti yang telah dihimpunkan dalam al-Quran dikeluarkan, masih ada lagi segelintir manusia yang masih lagi melakukan perkara yang mungkar dan keji. Mereka ini seolah olah mempertikaikan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dan mendustakannya.

BERSYUKUR

Persoalan yang begitu penting sekarang adalah mengapa walaupun ditunjukkan bukti yang terkandung dalam al-Quran serta yang terdapat pada kejadian alam ini, masih ramai umat Islam yang masih mendustakan nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka.

Firman Allah:

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

(Ar-Rahman)

Janganlah kita menjadi golongan yang telah ditanyakan berulang-ulang kali oleh Allah swt setelah didatangkan bukti atas nikmat yang telah diberikan kepada hamba-Nya. Allah bertanyakan kepada golongan yang tidak bersyukur dan melakukan maksiat ini tentang nikmat yang selalu mereka kecapi, tetapi mereka masih melakukan perbuatan mungkar kepada Allah.

AMALAN

Jesteru, ayuh kita melakukan perubahan dengan melahirkan perasaan syukur itu dengan amalan soleh yang dituntut oleh Allah dalam al-Quran. Bayangkan jika tiada nikmat yang dikurniakan oleh Allah, adakah mampu untuk kita meneruskan kehidupan di dunia ini? Sesungguhnya segala ibadah dan amalan soleh yang kita lakukan juga adalah nikmat yang telah dikurniakan kepada kita dalam bentuk kekuatan dan kesihatan diri.

RENUNGLAH

Renunglah ciptaan Allah yang ada di langit dan di bumi serta yang ada di antaranya agar kita termasuk dalam golongan yang tidak mendustakan nikmat Allah dan sentiasa bersyukur atas pemberian Allah samada ia sesuatu perkara yang kita sukai ataupun tidak kerana Allah maha mengetahui tentang apa yang buruk dan apa yang baik untuk hamba-Nya.

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Feelings In An Island

Once upon a time there was an island where all the feelings lived; happiness, sadness, knowledge, and all the others, including love.

One day it was announced to all of the feelings that the island was going to sink to the bottom of the ocean. So all the feelings prepared their boats to leave. Love was the only one that stayed. She wanted to preserve the island paradise until the last possible moment. When the island was almost totally under, Love decided it was time to leave. She began looking for someone to ask for help.

Just then Richness was passing by in a grand boat. Love asked, "Richness, can I come with you on your boat?" Richness answered, " I'm sorry, but there is a lot of silver and gold on my boat and there would be no room for you anywhere."

Then Love decided to ask Vanity (megah diri) for help who was passing in a beautiful vessel. Love cried out, "Vanity, help me please." "I can't help you", Vanity said, "You are all wet and will damage my beautiful boat."

Next, Love saw Sadness passing by. Love said, "Sadness, please let me go with you." Sadness answered, "Love, I'm sorry, but, I just need to be alone now."

Then, Love saw Happiness. Love cried out, "Happiness, please take me with you." But Happiness was so overjoyed that he didn't hear Love calling to him. Love began to cry.

Then, she heard a voice say, "Come Love, I will take you with me." It was an elder. Love felt so blessed and overjoyed that she forgot to ask the elder his name. When they arrived on land the elder went on his way. Love realized how much she owed the elder.

Love then found Knowledge and asked, "Who was it that helped me?" "It was Time", Knowledge answered. "But why did Time help me when no one else would?", Love asked. Knowledge smiled and with deep wisdom and sincerity, answered, "Because only Time is capable of understanding how great Love is."

Friday, October 29, 2010

Hidupkan Hidup dengan Zikrullah

لاحول ولا قوّة الا بالله
"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."

Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. Sedangkan Saidina Umar (r.a.) memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w).

Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah (s.w.t).

Malahan kuasa tersebut dikurniakan oleh Allah (s.w.t), bukan untuk kita kufur kepada-Nya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak Allah semata-mata. Jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah (s.w.t) menyebut 'Kun', maka 'Yakun' lah apa yang dikehendaki-Nya.

Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. InsyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah (s.w.t.) sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.Namun demikian, berzikirlah tanpa mengira waktu susah mahupun senang agar kita sentiasa mengingatiNya dalam segenap masa kita.

Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan..
sumber:iluv Islam

Monday, October 25, 2010

Sebelum mata terlena

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimut diri ku
Dengan sutera kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

hijjaz-sebelum mata terlena

Wednesday, October 6, 2010

Penuhi ruang dan peluang

Masa itu emas
Masa itu jua berharga
Masa itu jua bernilai
Namun…
Adakalanya masa itu dibiarkan berlalu
Melangkah pergi meninggalkan kita
Tanpa dihargai sebaik mungkin
Sebaik mungkin
Yang terdaya kita curahkan usaha
padanya

Masa itu kehidupan
Bagaimana kita mengisi ruang waktu
Begitulah kehidupan kita sedang berlalu
Adakah ia dipenuhi dengan amal kebaikan
Mahupun sering kali amal itu dikesampingkan

Masa itu terhad
Masa itu ada tempohnya
Sudah terlalu sempitkah masa itu?
Atau masih ade lagi ruang waktu
Buat kita di persinggahan ini?

Memikirkan masa yang masih kita miliki
Dengan izin Allah
Mampu menyumbang ke arah kesedaran kendiri
bahawa...
Masa itu perlu diurus sebaiknya
Agar mampu diseimbangkan
tanpa...
Mengetepikan apa yang sepatutnya
kita lakukan dalam perbatasan usia ini

Duhai kita, ayuh bersama
Manfaatkan ruang dan peluang
Yang masih ada
Menjadikan seluruh kehidupan kita
Kerana Allah
Dalam ubudiyyah kepadaNya
InsyaAllah..

Tuesday, September 28, 2010

Memahami dan Difahami

Begitu sukar meluahkan kata-kata
Terasa begitu berat untuk mengeluarkan kata-kata
Benarkah ia begitu sukar ataupun
ia hanyalah satu mindset
yang telah tertanam
sehingga menghasilkan buah kebisuan
Ingin berbicara, namun lidah terasa kelu
Ingin menulis, namun idea semakin menyepi
segalanya kelihatan kabur.

Komunikasi adalah suatu seni
Bagaimana seni itu terhasil?
Seni itu adalah suatu luahan bahasa
yang dilontarkan melalui pelbagai cara
Sama ada dengan berkata-kata secara lisan
mahupun berkata-kata melalui tulisan
Apa bezanya lisan dan tulisan?
Setentunya ada perbezaannya
namun mesej dan apa yang ingin dicapai
hampir sama.

Hakikatnya manusia memerlukan
komunikasi dalam kehidupan
kerana manusia itu hidup bermasyarakat
Sama-samalah kita memperbaik kemahiran komunikasi
agar kita mampu memahami dan difahami.
InsyaAllah(^_^)

Friday, September 24, 2010

bunga-bunga indah sinaran akhlak

Setiap hari kita belajar. Mana mungkin satu hari kita terlepas dari belajar. Belajar dan terus belajar. Hakikatnya kita sentiasa belajar kerana ilmu kita hanyalah secebis ibarat titisan air lautan. Namun, pembelajaran ini sangat menakjubkan.Kita belajar tanpa kita sedari. Apa yang kita lalui dalam kembara kehidupan adalah anugerah Allah yang sungguh menakjubkan. Subhanallah wa Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya yang tidak terhitung dalam kehidupan ini.

Begitu sukarnya menjadi hamba yang bersyukur. Melafazkan syukur itu tidak terlalu sukar namun aplikasi syukur itu memerlukan mujahadah nafsiah yang begitu kuat. Seringkali keluhan dilontarkan apabila berdepan dengan situasi sukar yang langsung tidak diingini. Sedangkan, kalimah istirja’ itu terlebih aula utk diungkapkan berbanding keluhan-keluhan itu. Tasbih dan tahmid jua sewajarnya mengiringi segenap ruang kehidupan.

Menyuburkan hati dengan zikrullah itu jua perlu diusahakan dengan sekuat usaha agar hati sentiasa tergilap dan jauh dari pencemaran. Bukankah dengan mengingati Allah hati menjadi tenang? Kehidupan seorang muslim itu sewajarnya dipenuhi dengan bunga-bunga indah dari sinaran akhlak kerana Islam itu adalah cara hidup yang terbaik.

Monday, September 20, 2010

salam aidil fitri

Ramadhan telah berlalu pergi
Seakan tidak jemu menemuinya
Syawal pula menjengah di muka pintu
Apakah madrasah tarbiyah yang dilalui
sepanjang Ramadhan mampu melahirkan momentum
perubahan diri ke arah yang lebih baik?

Aidilfitri adalah kemenangan kita
yang sewajarnya disyukuri
Mudah-mudahan segala amal kita diterima di sisi Allah
mudah-mudahan amalan –amalan itu mampu diteruskan
dalam kehidupan yang masih berbaki ini
Insyaallah..
Mudah-mudahan pentarbiyahan dari madrasah ramadhan
sedikit sebanyak
mendidik jiwa menjadi hamba yang bersyukur
dengan segala nikmat kurniaan Illahi
mendidik jiwa menjadi hamba yang cinta kepada amal-amal soleh
mendidik jiwa menjadi hamba yang berkasih sayang kerana Allah
serta mendidik jiwa menjadi hamba yang bertaqwa kepadaNya
Amiin

Friday, September 3, 2010

Bukan khayalan

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang


Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian


Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian


Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti


[Mimpi Yang Indah- Mestica]

Sunday, August 29, 2010

Mencari keredhaanMu

Mencari suatu kesempurnaan itu
seringkali membuat diri terluka
Terluka kerana hakikatnya tidak begitu
Yang dinamakan manusia itu kerdil


Tidak ada jalan pintas untuk menggapai sesuatu
Melainkan perlu melalui jalan-jalannya
Yang ada kalanya dirasakan begitu berliku
Kenapa begitu sukar dirasakan
Terasa begitu lemah dan kerapkali
Putus asa itu datang bertandang
Meski tidak pernah diundang

Jangan begitu
Seorang muslim yang kuat itu amat disukai Allah
Berbanding muslim yang lemah
Seorang muslim itu tidak pernah
Berputus harap pada Allah yang Maha Berkuasa
Ada harap dalam doa tulusnya
Ada ikatan antara harap dan yakinnya
Pada Allah

Ada kesenangan di sebalik sukar itu
Ada sinar di sebalik kegelapan itu
Ada bahagia di sebalik duka itu
Ada kerehatan di sebalik keletihan itu

Sandarkanlah pengharapan pada Allah
Dekatkanlah diri kepadaNya
Kerana Dia Maha Mengetahui
Hakikat hambaNya

Ya Allah,
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Jangan engkau biarkan hambaMu ini
Jauh dariMu
Kerana hakikat sebuah kehidupan ini
Adalah keranaMu

Friday, August 27, 2010

Biru Langit Ramadhan

Hari ini,
kutatap tenang biru langit Ramadhan
dalam syukur tak terhingga
kerna masih bisa kuhirup syahdu auranya
yang kurindu sentiasa.

Biru langit Ramadhan itu
bertandang bersama kurnia
seribu simpulan rasa
tak tertafsir dek kata-kata.

Kerap kurindu Ramadhan itu,
dalam rasa syahdu, mengisi sahur di hujung malam
kerna dalam jamahan yang sedikit
ada segunung berkat tersurat.

Kurindu Ramadhan itu
juga dalam setiap rasa insaf yang bertandang
melewati waktu siang yang panas membahang
dalam perang hawa nafsu dan kelaparan
menguji iman.

Kurindu Ramadhan itu
tika mengadap iftar dalam syukur
dan genang airmata
kerna disetiap kali tanganku angkat dan doaku panjat
‘Sesungguhnya aku berpuasa dan berbuka kerana-Nya’
dengan rezeki sekadar cuma.

Kurindu Ramadhan itu
tatkala khusyuk dalam qiam Tarawih
teguh hati mengadapnya
meminggir diri dari indah duniawi
solat dalam ikatan ukuwah
memohon rahmat dan barakah
juga redha-Nya.

Kurindu Ramadhan itu
pada hadir lazatnya rasa,
di setiap kesempatan
tika kualun indahnya ayat-ayat suci Al Quran
petunjuk sepanjang zaman.

Dan setiap musim
tika Ramadhan menghampiri hujungnya
ada sebak bertamu di hati
dan airmata tumpah di pipi
kerana aku tak pasti
masih adakah kesempatan
bertemu Ramadhan lagi...



www.iluvislam.com
oleh : Sidd Packey
editor : IskethaykaL

Saturday, August 21, 2010

Kerana Allah kita berukhuwwah

Terasa sebuah kerinduan mula bersemi
terhadap sesuatu yg kiranya amat penting
yang dirasakan semakin hari semakin hilang
Rindu padanya lantaran ia seakan smakin menjauh
Terasa sebuah kehilangan tanpanya.

Kehilangan itu memberi kesan
Kesan yang mendalam pada insan yang menyedari kepentingannya
Apakah kehilangan itu?
kehilangan itu,
kehilangan kemesraan dalam sebuah ukhuwwah

Apa itu ukhuwwah? Mengapa ia penting?
Kenapa kehilangannya memberi kesan yg mendalam?
Persoalan dan persoalan terus menggasak
Kenapa ukhuwwah itu semakin menyepi?
Kenapa terlalu sukar untuk menghargai ukhuwwah yg trbina sebatas waktu ini?

Persoalan dan persoalan lagi
Namun, apa yg lbih dprlukan bkn hanya persoalan
tapi kesedaran yg mmpu mengetuk pintu hati dan
pelaksanaan tindakan yg sewajarnya

Ayuh,rapatkan kembali ukhuwwah yang telah terjalin
Ayuh, bina kembali ukhuwwah dengan cinta dan kasih sayang
Kerana asasnya ukhuwwah itu didasari dengan iman kepada Allah
Hakikatnya kita bersaudara dengan ikatan yang termahal
Iaitu ikatan Akidah
Kerana Allah kita bertemu dan berpisah
Kerana Allah kita berukhuwwah..

Thursday, August 5, 2010

Tuesday, August 3, 2010

Pertama kali melihat nukilan Hilal Asyraf:Motivasi: Tenanglah jiwa, damailah hati.Hati rasa tertarik.Hakikatnya dalam kehidupan ini apabila ujian melanda hati seakan tidak mampu bertenang dan terburu-buru membuat keputusan yang tidak sewajarnya. Benar, jiwa dan hati perlu diserah pada Allah kerana Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang menimpa hambaNya. Cuma, hamba yang kerdil ini tidak mampu memahami nilai hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ayuh,tenangkan jiwa,damaikan hati dengan mengingati janji Allah bahawa setiap yang mengaku beriman itu pasti diuji demi meningkatkan keimanannya. Adakah grafnya semakin meninggi atau merudum jatuh? Di dalam diri merasa teruji,pasti ada insan lain yang lebih teruji. Hakikatnya,rahmat dan kasih Allah itu melebihi segalanya di dunia ini.Ya Allah,kurniakan kami kekuatan untuk menghadapi hidup ini agar kami tergolong dalam kalangan hambaMU yang bersyukur dan diredhaiMu..Amiin

Motivasi: Tenanglah jiwa, damailah hati

Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentamnya.

Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.

Rasa tersepit di hujung dunia. Seperti matahari telah hilang cahaya gayanya.

Di sinilah kita perlu memujuk diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati.



Rasa keperluan untuk berpaut?

Kita rasa gundah sangat. Kita rasa sakit sangat. Kita rasa kita perlukan tempat meluah rasa. Kita rasa kita perlukan ada orang memahami kita. Ya, kita manusia. Bukan android tanpa jiwa.

Tetapi kita tidak mampu menyuarakannya. Adakalanya orang pula tidak mengerti keadaan kita. Mereka hanya suka melihat kita tersenyum, tetapi menjauh apabila kita menitiskan air mata. Lebih buruk lagi, ada pula yang membenci apabila kita gembira, dan bersenang hati apabila kita berduka.

Namun kita adalah manusia. Ingin berpaut. Lemah dan hendak dipapah.

Siapa yang mampu mendengar semua kesedihan kita? Siapa yang hendak memahami?

“Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” Surah An-Naml ayat 62.

Ya, sekali antara kita memerhatikan, meneliti, akan kasih sayang Allah kepada kita.

Rupanya, Allah sentiasa ada.

Membuka peluang untuk kita berpaut kepadaNya.


Tenanglah jiwa

“Demi waktu dhuha, dan malam apabila ia sunyi sepi(berakhir)” Surah Ad-Dhuha ayat 1&2.

Bagaimanakah waktu dhuha? Bukankah telah cerah? Ya. Cerah. Tiada sekelumit gelita ketika dhuha. Itulah dia sebenarnya apabila malam telah pergi.

Tidakkah kita melihat kepada Dhuha? Begitulah juga segala keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi, semuanya akan berhenti sebagaimana berakhirnya malam da digantikan dengan kecerahan dhuha yang tiada langsung kelam pada waktunya.

“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci” Surah Ad-Dhuha ayat 3.

MasyaAllah…

Tuhanmu tidak meninggalkanmu. Dan tidak pula Dia membenci.

Dugaan, cabaran, ujian, semuanya bukanlah bentuk kebencian Allah SWT. Hatta bala bencana yang menimpa juga hakikatnya dalam ruang kasih sayangNya yang luas. Dia ingin kita kembali kepadaNya, kerana kembali kepadaNya adalah satu-satunya cara mencapai kebahagiaan.

Allah tidak pernah meninggalkan kita. Allah Yang Maha Besar itu. Allah Yang Maha Hebat itu. Allah Yang Tiada Tandingan itu. Allah Yang Maha Kaya itu. Allah Yang Berkuasa Atas Segala-galanya itu. Allah Yang Menciptakan Segalanya itu.

Tidakkah jiwa terasa tenang?


Damailah hati

Tekanan itu milik Allah. Cabaran itu datangnya daripada Allah. Mehnah dan tribulasi semuanya diatur oleh Allah SWT. Tujuannya adalah untuk mendidik kita. Untuk mengangkat kita ke satu darjat yang lebih tinggi. Jika tidak, para Rasul dan nabi tidak akan diuji.

Allah ingin memerhatikan siapa antara kita mampu menjadi hambaNya yang terbaik.

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” Surah Al-Mulk ayat 2.

Tetapi Dia tidak akan menguji tanpa memberikan bantuan dan sokongan.

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan untukmu beban, yang memberati tanggunganmu,?” Surah Asy-Syarh ayat 1-3.

Bukankah Kami yang telah melapangkan bagimu dadamu? MasyaAllah…

Allah, Allah, Allah.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah Asy-Syarh ayat 5-6.

Maka damailah hati. Selepas kesukaran kita yang sedang kita hadapi ini, percayalah akan ada kesenangan yang menanti.

Percayalah.


Penutup: Sudah.

Menyedari hakikat betapa kita diuji ini, kita sedang bersama Allah SWT, itu akan menambah kekuatan kita. Menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, itu akan melapangkan jiwa kita.

Ya. Memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula menuntut untuk kita memahami mereka. Tetapi itulah lumrahnya.

Tetapi Allah tidak demikian. Dia paling memahami. Dia paling mengetahui. Dia mendengar semua rintihan. Dia memberikan bantuan.

Sudah.

Tenanglah jiwa, damailah hati.

Allah akan membalasi kesabaran ini. Allah akan ganjari keperitan jiwa ini. Allah akan bayar semula kesusahan yang kita hadapi.

Yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersabar, dan berusaha menghadapi serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.

http://ms.langitilahi.com/motivasi-tenanglah-jiwa-damailah-hati/#more-2786

Thursday, July 29, 2010

seindah perhiasan duniawi

PERGAULAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

1. Batas pergaulan mestilah dijaga mengikut panduan al-Quran dan Sunnah.
2. Tidak menghampiri sesuatu tempat yang boleh mendatangkan fitnah seperti di tempat tertutup dan gelap serta sunyi dari khalayak ramai
3. Bijak memilih teman walaupun sama jantina
4. Menjaga batas pergaulan di alam maya
5. Jangan mudah menerima perkenalan dari seseorang yang tidak dikenali
6. Sentiasa memaklumkan kepada keluarga atau yang terdekat dengan siapa kita berkawan

Di dalam Islam,perintah penutupan aurat, batas pergaulan serta pelbagai adab hubungan di antara muslimin dan muslimat yang disyariatkan tidak hadir dengan sia-sia.Allah Maha Mengetahui segala ciptaanNya. Allah s.w.t telah memerintahkan lelaki beriman agar menahan pandangan mata dari memandang wanita bukan muhrim serta memerintahkan wanita beriman agar tidak memperlihatkan bentuk tubuh mereka dari pandangan lelaki bukan muhrim.Kesemua pensyariatan ini mengandungi hikmah yang besar iaitu untuk melindungi kita dari fitnah dan dan menjaga kehormatan ummah.

Firman Allah s.w.t:

‘’Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)''.
[surah al-ahzab: 32]

‘’ Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar) ; cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani’’. [surah al-ahzab:59]


Selaku muslimah,isteri-isteri Rasulullah s.a.w seharusnya dijadikan role model dalam kita mendepani kehidupan..Insyaallah,sama2 lah kita berusaha menjadi seindah-indah perhiasan dunia iaitu muslimah solehah.

Sunday, July 25, 2010

Kematian itu pasti

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ‘’Hendaklah kamu memperbanyakkan menyebut perkara-perkara yang akan melenyapkan kelazatan (mati).
H.R Tarmizi, Nasaie dan Ibnu Majah

Sabda Rasulullah s.a.w : ‘’Hendaklah kamu mengingati mati kerana mengingati mati itu boleh menghapuskan dosa dan mendorong seseorang itu zuhud di dunia’’.

Sabda Rasulullah s.a.w : ‘’ Memadailah mati itu sebagai nasihat’’


Sabda Rasulullah s.a.w :‘’Dengan banyak mengingati mati dan mengadakan persediaan yang lebih baginya,mereka itulah orang-orang pintar yang pergi dengan kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat’’.
H.R Ibn Majah

Sabda Rasulullah s.a.w :‘’Hendaklah kamu hidup sebagai seorang yang mulia yang mana dunia tidak mempengaruhi kamu ataupun hendaklah kamu mati syahid’’.

‘’Katakanlah,sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu tetap akan menemui kamu,kemudian itu kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata,maka Dia akan memberitahu kamu apa yang pernah kamu lakukan.’’
Surah al-Jumaah:8

Hakikat sebuah kematian itu pasti,namun seringkali kita alpa dan melupakan detik pengakhiran sebuah kehidupan yang merupakan jambatan untuk ke akhirat yang kekal abadi. Kealpaan sering menemani sehingga kita melupakan bekalan yang sewajarnya dipersiapkan untuk menemuinya.Bagaimanakah saat perpisahan itu akan kita hadapi? Bagaimanakah kita akan pergi ke sana? Sesal dan insaf pada saat itu tiada gunanya kerana kita sudah terlepas peluang. Ayuh,kita muhasabah diri dan pertingkatkan amal soleh,meninggalkan laranganNya ketika kita masih diberi ruang dan peluang. Ayuh, kita sentiasa mengingatkan diri bahawa kita pasti akan mati dan bersiap untuknya.

Friday, July 23, 2010

CABARAN CEMERLANG

‘’ Seseorang penuntut ilmu dalam bidang apapun akan merasakan dorongan untuk sukses yang luar biasa apabila ia menjadikan perintah agama sebagai motivasi utamanya.Dengan itu, dia akan menjadikan masa2 sukarnya dalam menuntut ilmu sebagai perjuangan suci (jihad) untuk meninggikan kalimah Allah’’.

Cabaran yang perlu disahut untuk cemerlang dalam menuntut ilmu :
1.MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
-MENJAGA SOLAT
-MEMPERBAIK IBADAH WAJIB DIHIASI IBADAH SUNAT
-MELAZIMKAN TILAWAH AL-QURAN
-MELAZIMKAN ZIKRULLAH
-MENYEMAI AKHLAK ISLAMI DALAM DIRI
-BERDOA KEPADA ALLAH


2.MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
IBU BAPA
-MENGHORMATI KEDUA IBU BAPA
-BERUSAHA MENJADI ANAK SOLEHAH
-MENGHARGAI PENGORBANAN IBU BAPA
-BERAKHLAK MULIA
-SENTIASA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN MEREKA DI DUNIA DAN AKHIRAT

3.PENSYARAH
-MENGHORMATI PENSYARAH
-BERAKHLAK MULIA
-MENDAHULUKAN SALAM APABILA BERTEMU
-SENTIASA DATANG AWAL KE KULIAH
-MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERI DENGAN IKHLAS DAN AMANAH
-SENTIASA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN PENSYARAH

3.BERMATLAMAT
-NIAT MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH
-MENJERNIHKAN PEMIKIRAN DARI KEJAHILAN
-MENGUASAI BIDANG ILMU YANG DIPELAJARI
-MENINGKATKAN KEFAHAMAN UNTUK DIAMALKAN
-MENYEBARKAN ILMU DEMI MANFAAT UMMAH

4.ANJAKAN PARADIGMA
-SENTIASA MUHASABAH KELEMAHAN DAN POTENSI DIRI
-BERANI MENGUBAH SIKAP NEGATIF KEPADA SIKAP POSITIF
-APLIKASI KONSEP HIJRAH DALAM DIRI MENUJU KECEMERLANGAN
-APLIKASI KONSEP REFRAMING DALAM MENDEPANI MASALAH
(MENUKAR MASALAH MENJADI PELUANG DAN CABARAN)
-BELAJAR DARI PENGALAMAN LALU
-TIDAK CEPAT MENYERAH KALAH(PUTUS ASA)

5.APLIKASI KEMAHIRAN BELAJAR YANG BAIK
KEMAHIRAN MENDENGAR
*BERSIAP SEDIA DARI SEGI FIZIKAL,MENTAL,ROHANI DAN EMOSI UNTUK MENDENGAR
CURAHAN ILMU DARI PENSYARAH
*MEMILIH TEMPAT DUDUK YANG BERDEKATAN DENGAN SUMBER SUARA
*SENTIASA MENCARI ISI-ISI PENTING
*FOKUS

KEMAHIRAN MEMBACA
*KENALI BAHAN BACAAN SEPINTAS LALU
(BERKENALAN RINGKAS DENGAN TAJUK,PENGENALAN TOPIK SERTA RUMUSAN)
*MEMBACA KESELURUHN BAHAN BACAAN
*FAHAMI BAHAN BACAAN
*MENGAJUKAN SOALAN SEKIRANYA TIMBUL PERMASALAHAN

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA
*FOKUS KEPADA ISI-ISI PENTING
*RINGKAS DAN PADAT
*MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA

KEMAHIRAN MENGULANG KAJI
*SEGERA MENGULANG KAJI PELAJARAN SETELAH DIAJAR
*FOKUS KEPADA ISI-ISI PENTING
*PELBAGAIKAN TEMPAT MENGIKUT KESESUAIAN (BILIK,LIBRARY,TAMAN)
*PELBAGAIKAN CARA ULANGKAJI ( SENDIRI,BERKUMPULAN)
SENDIRI-UNTUK FOKUS TANPA GANGGUAN SEKIRANYA SUBJEK MEMERLUKAN HAFALAN
BERKUMPULAN-UNTUK MEMBINCANGKAN SUBJEK YANG MEMPUNYAI PELBAGAI KONSEP YANG SUKAR DIFAHAMI

4.MENJAGA KESIHATAN
FIZIKAL
*MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
*MENJAGA PEMAKANAN
*TIDUR YANG CUKUP
*RIADAH

MENTAL
*MENJAGA HATI DAN AKAL
*SENTIASA BERMOTIVASI

EMOSI
*AWASI STRESS
*LAWAN SIKAP MALAS
*BERFIKIRAN POSITIF
*SENTIASA SENYUM

ROHANI
*DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH MELALUI IBADAH WAJIB DAN SUNAT
*HADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU
*FIKIR DAN ZIKIR KEBESARAN ALLAH MELALUI PENCIPTAAN ALAM
*CARI SAHABAT YANG SOLEH

Ilmu itu cahaya (^_^)

Friday, July 16, 2010

HIDUP UNTUK ISLAM

Individu yang benar-benar menggabungkan diri dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk berbakti dan mentaati Allah demi memperoleh keredhaanNya. Seluruh kehidupan meliputi ilmu pengetahuan, perniagaan, harta kekayaan, rumah tangga, masa serta pemikiran dicurahkan untuk mentaati Allah.

Antara cara untuk menjadikan kehidupan dunia sebagai jambatan ke negeri akhirat yang kekal ialah:

1.Mengetahui tujuan hidup sebagaimana firman Allah s.w.t:

‘’Dan tidaklah aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu’’
Surah al-zariyat, 51 :56

‘’Dan dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa dan adalah arasyNya di atas air untuk menguji kamu siapakah yang lebih baik amalannya’’
Surah al-Hud, 11 : 7

Ibadah dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan afradul muslim kepada Allah. Ibadah merupakan kemuncak bagi seorang hamba merasai keagungan Tuhannya. Ibadah menjadi anak tangga yang perlu didaki untuk mencapai keredhaan Allah. Seluruh kehidupan sebagai seorang muslim perlu dipelihara agar menjadi ibadah dan taat kepada Allah. Ibadah yang dilakukan mestilah mengandungi nilai ihsan.

Ihsan ialah sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud:
‘’Hendaklah kamu beribadah seolah-olah kamu melihat Allah, apabila kamu tidak dapat melihat Allah (ketika dalam beribadah) maka yakinlah bahawa Allah tetap melihat kamu’’.

2.Menginsafi nilaian dunia berbanding nilaian akhirat
sebagaimana firman Allah s.w.t:
‘’Apakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat,padahal kehidupan di dunia ini ( dibandingkan dengan kehidupan ) di akhirat hanyalah sedikit’’.
Surah a-Taubah , 9 : 38

Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: ‘’Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya,demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman si kafir’.

Rasulullah s.a..w juga bersabda yang mafhumnya: Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir’’.

Tuesday, July 13, 2010

selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji dan sanjungan hanya untuk Allah,mudah-mudahan selawat dan salam dilimpahkan kepada hamba Allah dan Rasulnya,Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya sekalian.

Firman Allah didalam surah al-Ahzab:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا (٥٦

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya kepadanya. (56)

Nabi Muhammad s.a.w menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk beribadah.Kerana ibadah itu merupakan bekal dan kekuatan bagi seorang daie yang menjadikan kata-katanya hangat, jujur, tulus dan murni serta mampu meresap ke dalam hati. Kata-kata kebenaran tidak pernah mati kecuali pada manusia yang yang mati hatinya kerana terlena mengejar dunia.


Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w akan menjadi penerang bagi penglihatan, cahaya bagi mata hati, membawa kebahagiaan kepada hati,kesenangan bagi jiwa ketenangan fikiran. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w merupakan petanda cinta,saksi mengikut jejak,petunjuk kebaikan serta jalan kemenangan sebagaimana sabda baginda s.a.w,

''Sesiapa berselawat untukku sekali nescaya Allah akan membalasnya sepuluh kali, meninggikannya sepuluh darjat ,mencatatkan baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh keburukan.''
-H.R al Nasaie dlm Sunanul Kubra 9890 & dlm 'Amalul Yaum Wal Lailah 63,menerusi Anas bin Malik.


Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
''Rugilah orang yang disebut diriku di hadapannya, lalu ia tidak berselawat kepadaku''.
H.R Ahmad,Tirmizi &al-Hakim

Ayuh kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan seharian kita dalam keadaan,masa dan tempat yang pelbagai demi cinta kita kepada seorang Rasul utusan Allah yang mulia.

Monday, July 12, 2010

Mekar rindu di Jannah

cintakan bunga, bunga pasti layu..
Cintakan manusia, manusia pasti mati kerana hakikatnya manusia itu fana’..
Namun…..cintakan al-Khaliq
Cintakan Allah itulah yang kekal abadi..

Namun mengapa kita tegar meletakkan cinta kita kepada manusia yang tidak sewajarnya..
Duhai kita, mengapa kita tegar mencari cinta yang akhirnya melukakan hati kita..
Kerana pada hakikatnya, cinta yang dicari pada usia keremajaan ini
Sifatnya keanak-anakan, dipenuhi dengan keindahan khayalan
Ibarat pelangi tatkala hujan..datangnya sebentar cuma
Begitu jua hilangnya ia tanpa sempat disedari..

Duhai diri, jangan terus- menerus membiarkan hati 'sakit'
Dek perasaan yang tidak menentu..
Resah gelisah kerana seseorang
Yang tidak punya ikatan di sisi syarak..
Mengapa kita tegar membiarkan diri terus- menerus
Berperang dengan perasaan
Yang bercelaru itu…

Mengapa tidak kita mujahadah..
Mengapa tidak kita serahkan sekeping hati kepada fitrahnya
Iaitu merindui dan mencintai al-Khaliq
Melihat keagunganNya dalam setiap penciptaannya
Mendengar keindahan irama,kebesaranNya dalam setiap penciptaannya
Dan merasai dengan mata hati yang suci
Betapa indahnya hidup bertuhan..

Pepohonan menghijau..melambai-lambai ditiup sang bayu..
Awan putih berarak ,mentari menyinar terang..
Bermulanya pagi dengan warna-warna ceria
Ternyata mampu membangkitkan motivasi
Insan-insan yang berhati nurani..
Untuk meneruskan sisa kehidupan yang masih dianugerahkan al-Khaliq

Lihatlah keagungan al-Khaliq dalam setiap penciptaanNya
Pada lautan yang luas terbentang
Seluas mata memandang
Membangkitkan ketenangan jiwa
seindah warnanya kebiru-biruan
Dengarkan jua alunan ombak tiada hentinya menghempas pantai
Ombak dan pantai itu terlalu akrab hubungannya…



Lihat pula pada penciptaan langit
Jua luas terbentang
Seluas mata memandang, malah lebih dari itu
Lihat pada kerlipan beribu bintang
Yang setia menemani kala kegelapan malam..
Alangkah indah,alangkah mengasyikkan dan membuai jiwa
Yang bergelar hamba, yang melihat,mendengar dan merasa
Dengan mata hati..

Itulah keagungan dan kebesaran al-Khaliq
Yang tiada taranya,tiada tandinganNya..
Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
Allahu akbar..Allahu akbar..Allahu akbar

Ayuh…kita tanyakan pada diri kita
Agar mata hati kita mampu berbicara
Sudah berapa lamakah kita membiarkan hati kita kosong
Dengan kerinduan yang palsu..?
Berapa lamakah kita jauh dari Allah..?
Berapa lamakah kita lupa untuk mensyukuri segala kurniaanNya..?
Berapa lamakah kita lupa untuk merasa diri hamba di sisi al-Khaliq..?



Duhai kita yang bergelar hamba di sisi al-Khaliq..
Ayuh..muhasabah liku-liku perjalanan kembara kita
Di persinggahan sementara ini
Menuju destinasi kekal abadi
Menuju Allah,al-Khaliq yang dirindui dan dicintai..

Duhai kita yang bergelar hamba di sisi al-Khaliq..
Ayuh susuri lembaran hidup ini
Dengan menyuburkan semarak rasa kehambaan
Kepada Allah,satu-satunya Tuhan yang wajib diimani

Mengamalkan yang makruf dan mencegah munkar
Mengharapkan rahmat dan redhaNya
Agar pepohon cinta yang disemai tumbuh subur
Agar bunga-bunga rindu padaNya berkembang mekar
di jannah..

Saturday, July 10, 2010

Ilmu itu cahaya

Menjadi seseorang bermentaliti juara,harapan setiap insan yang bergelar pelajar. Alhamdulillah indahnya menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Memulakan langkah setiap hari dalam rangka mencari ilmu, tidak berenggang dari buku yang merupakan teman ilmiah, alat tulis, kertas dan nota kuliah. Yang dinamakan sebagai ilmu itu juga bukan hanya dengan mendengar syarahan demi syarahan namun soft skill itu juga merupakan ilmu yang digarap hasil dari pengalaman. Pengalaman itu datang dari usaha mendepani kehidupan, menghadapi permasalahan yang timbul yang sering menghadang langkah. Indahnya merasa hidup ditarbiyah dalam perjuangan menuntut ilmu.

Hakikatnya,menuntut ilmu satu perjuangan hingga ke akhir hayat. Ilmu itu pula perlu diseiringkan dengan penghayatan dan pengamalan secara amali.Ilmu tanpa amal itu ibarat pokok yang tidak berbuah. Alangkah beruntungnya apabila kita menanam pokok kita dapat memakan hasilnya iaitu buah yang begitu manis. Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah dan meningkatkan ketaqwaan kita. Semakin berilmu,semakin kita merasa ingin menambah ilmu kerana kita merasa serba kekurangan dan penuh dengan ketidaktahuan.

Ayuh,kita tingkatkan thaqafah dengan memperbanyakkan membaca dan mengkaji agar minda kita berkembang dan ketaqwaan kita meningkat. Ayuh kita baca al Quran dengan menghayati maknanya agar kita menemukan suruhan dan larangan Allah serta mengkaji sirah rasulullah yang merupakan role model utama dalam pembentukan diri kita sebagai individu muslim..InsyaAllah. Ayuh kita menuntut ilmu kerana Allah.

Syukur itu anugerah terindah

Yang dinamakan manusia itu seringkali terlupa untuk bersyukur dengan segala kurniaan Allah
apa jua yang mendatang dalam hidup sewajarnya diharungi dengan kesabaran
kerana
semuanya pasti ada hikmahnya.
Kalau bukan di dunia,di akhirat pasti ada balasannya..
Allah..Allah..Ya Allah..Ya Allah..Allah..
Belajar bersyukur,menerima apa jua dianugerahkan Allah sebatas usia ini..
Duhai diri, jangan mengeluh kenapa ujian itu melanda,
tapi bersyukur kerana dirimu sebenarnya
masih ‘hidup’ untuk mendepaninya..
Bukankah hidup dan dunia ini adalah jambatan
menuju akhir destinasi
iaitu akhirat sama ada
syurga atau neraka kediaman seterusnya…
Allah..Allah..Allah..Allah
Duhai diri,tenanglah dengan zikrullah
Jangan putus asa dari rahmatNya
Kerana dirimu merasa teruji
Ayuh siapkanlah diri dengan mujahadah
Menuju redhaNya kerana syurga itu direntangi dgn perkara2 yg dibenci oleh nafsu ….

Memaknakan kehidupan

Pengalaman mengajar erti hidup..
dalam kehidupan ini kita akan menemui pelbagai peristiwa yang mengamit seribu satu rasa. beruntungnya andai kita mampu menjadikan setiap yang datang menemui kita dalam perjalanan ini sebagai ibrah dan teladan agar kita bertambah keimanan kepada Allah. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri
kerana ia anugerah dari Allah..

Memaknakan kehidupan itu besar pengertiannya. sebagai seorang muslim,memaknakan kehidupan untuk menuju akhirat menjadi fokus utama. setiap apa yang dilakukan diniatkan kerana Allah dengan mematuhi syariatullah sebagai pengabdian diri kepada Allah.Kerana hakikatnya kita begitu kerdil dan faqir di sisi Allah yang Maha Agung.

Segala puji-pujian ditujukan kepada Allah,Tuhan sekalian Alam yang telah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada kita yang sedikit sekali bersyukur dengan kurniaanNya. Ya Allah,masukkanlah kami di kalangan golongan sedikit ( yang bersyukur) kepadaMu.

Wednesday, April 21, 2010

AYUH MUHASABAH DIRI MENUJU MUSLIM CEMERLANG

‘’Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab (di akhirat)’’ –Saidina Umar al Khattab R.A

1.Adakah anda memuji Allah, bersegera berwudhuk n solat Subuh selepas bangun dari tidur?

2.Adakah anda telah menyempurnakan solat fardhu 5 waktu sehari semalam?

3.Adakah anda melakukan solat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu?

4.Adakah anda sempat berjemaah bersama imam dari awal takbiratul ihram?

5.Adakah anda telah membaca ayat suci alQuran pada hari ini walaupun hanya satu muka surat?

6.Adakah anda membaca Hadis Nabi s.a.w pada hari ini walaupun sepotong hadis?

7.Adakah anda mengamalkan bacaan zikir mathurat pada waktu pagi dan petang pada hari ini?

8. Adakah anda mengiringi setiap perbuatan anda dengan doa contohnya, bangun tidur, masuk dan keluar dari tandas, memakai pakaian dan menaiki kenderaan?

9.Adakah anda meniatkan segala amalan kerana Allah?

10.Adakah anda berusaha menuntut ilmu bersungguh-sungguh kerana Allah pada hari ini?

11. Adakah anda berusaha menjaga hubungan dengan Allah dan manusia pada hari ini?

12.Adakah anda menyeru insan di sekeliling dengan amal yang baik dan menegah amal yang buruk?

13. Adakah anda membantu orang lain pada hari ini kerana Allah?

14.Adakah anda memohon maaf kepada orang yang telah anda sakiti dan zalimi?

15.Adakah anda telah berusaha menjaga mata, tangan, telinga,mulut, kaki dan anggota lain dari melakukan kemaksiatan kepada Allah?
16.Adakah anda berusaha meninggalkan sifat-sifat yang keji dan kemaksiatan?

17. Adakah anda beristighfar memohon ampun dari Allah terhadap dosa-dosa anda,ibu bapa n kaum muslimin pada hari ini?

18. Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman yang lepas dan sepanjang hari ini?

19. Adakah anda berwudhuk sebelum tidur?

20. Adakah anda memperbaharui Syahadah dan memohon mati dengan pengakhiran yg baik(husnul khatimah sebelum tidur?

21. Adakah anda berniat untuk qiamullail pada malam ini?

22.Adakah anda berazam memperbaiki diri agar esok lebih baik dari hari2 yg telah berlalu?


FORMULA MUHASABAH : YA = ALHAMDULILLAH,ISTIQAMAHLAH

TIDAK : AYUH BERSEGERALAH

kalam muallimah dari seorang insan yang masih dalam proses pengislahan untuk membina diri menjadi seorang insan yang mampu menjadikan hari-hari yang akan ditempuh lebih baik dari episod-episod yang lepas. Erti hidup pada memberi, justeru itu insan ini ingin memaknakan kehidupan ini dengan memberi kepada insan lain, mudah-mudahan segala perkongsian ini memberi impak positif bersama dan menjadi amal yang bernilai.