"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
Tuesday, November 29, 2011
TENTANG CINTA
Cinta
Mendefinisikan cinta..
Dalam diri kita, ada dua kekuatan. Yang pertamanya baik dan keduanya buruk. Kekuatan yang baik itu lahir dari lubuk hati yang paling dalam.
Cinta didefinisikan sebagai kejernihan, bersih dan putih.
Cinta juga ialah kecenderungan hati kepada yang dicintai.
Cinta menyebabkan pencinta melakukan apa sahaja yang diingini oleh orang yang dicintai. Sehingga pencinta hanya melihat kepada orang yang dicintai, tidak kepada selainnya. Cinta buta dan tuli.“Sesiapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintai olehnya’’.
Cinta itu interaksi dari dua pihak iaitu pencinta dan orang dicintai. Di antara keduanya ada ikatan (rabithah).
Cinta: Mencintai dan dicintai untuk sebuah kebahagiaan. Kebahagiaan hakiki itu sumbernya dari Allah. Allah Pemilik Segala Kesempurnaan. Cinta kepadaNya beri kebahagiaan.
Cinta itu pengorbanan. Mengorbankan rasa terkorban. Sebuah keikhlasan.
Cinta itu ikatan, kepercayaan.
Bahawasanya Allah ketika menciptakan manusia tiada dibezakan mukmin atau kafir. Setelah penciptaan, sesiapa yang menerima cinta Allah disebut mukmin dan sesiapa yang menolak cinta Allah disebut kafir.
Cinta itu murni, bersih kerana Allah.
CINTA..
Cinta boleh tumbuh kerana banyaknya seseorang memberi, serta berkurang tatkala kurang memberi.
Hati kita ini, akan selalu terpaut untuk mencintai orang yang banyak berbuat baik kepada kita
TAPI..
Allah tidak pernah berhenti berbuat baik kepada kita.
SOALNYA..
Adakah kita CINTA?
CINTA MANUSIA..
Manusia itu seringkali menyakiti.
MAKA..
Jangan mudah percaya..
KECUALI..
Yang mencintai dan membenci kerana Allah..
Bercintalah sesama manusia kerana Allah..