Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ini, mendengar perkhabaran seorang lagi sahabat seperjuangan semenjak zaman muda2x dulu ( rakan sekelas, sedorm dan pelbagai lagi) akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Alhamdulillah. Bulan lepas, seorang sahabat juga telah selamat mendirikan rumah tangga. Tumpang gembira dengan kebahagiaan sahabat-sahabat. Rupa-rupanya, kami semua telah meningkat dewasa (ops.. buat-buat lupa) dan masing-masing membawa haluan ke arah pembangunan yang lebih besar.
Membina baitul muslim, marhalah seterusnya dalam kehidupan.
Pernikahan ini adalah baitul dakwah yang menjadikan matlamat Islam sebagai hala tuju kehidupan. Jujur. Terharu melihat komitmen murabbi dan murabbiah kami, mengagumi komitmen dan
kesungguhan sahabat-sahabat yang sudah mendirikan rumahtangga, bahkan telah
melangkah jauh tanggungjawab sebagai abi dan ummi buat permata hati mereka.
Meskipun dirintangi mehnah dan tribulasi, kesemua itu bukanlah rintangan untuk
mencurahkan kecintaan mereka kepada Islam dan perjuangannya.
Demikianlah didoakan, pernikahan ini meneguhkan tarbiah, melancarkan gerakan dan bermanfaat buat Islam dan perjuangannya. Allahumma ameen~
Catatan : Tribute buat sahabat 2x. Uhibbukum fillah ( Nurul Nadzatul Nadwa, Nuraini Khadijah)
Saat Lafaz Sakinah
Ana | Teratak Hati | 28092013 |0616