Bas mula bergerak meninggalkan Bangi untuk menuju ke Johor. Perjalanan memakan masa hampir 3 jam.
Rakan di sebelah bertanya, apa impian awak?
Saya : Saya ingin ke tempat yang tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah terbayang oleh fikiran tentangnya.
Rakan : Oh! Syurga?
Saya : Senyum sambil mengiyakan.
Rakan : Saya selalu tanya orang, apa impian mereka. Dan, ini pertama kali saya dengar jawapan macam awak.
Saya :...............
Rakan : Selalunya, orang lain akan cakap, mereka nak punya kerjaya yang baik, keluarga bahagia dan bermacam- macam lagi yang berkaitan dengan dunia. Tapi, jawapan awak kali ini berbeza. Sejak bila awak ada impian seperti ini?
Saya : Sebenarnya, saya pernah melalui beberapa perkara yang menyebabkan saya merasai, saya akan mati. Alhamdulillah, Allah memanjangkan usia saya. Benar, pantang maut sebelum ajal. Peristiwa2x ini mendorong saya untuk mempunyai impian ke sana. Moga Allah mengizinkan. Meski diri ini tidak layak sebenarnya,saya amat mengharapkan rahmat dari Allah.
Rakan : Ceritalah. Saya betul2x ingin tahu.
Saya : Saya ceritakan beberapa peristiwa.
Dulu, saya pernah terjatuh dari buaian. Dan saya dapat rasakan, degupan jantung saya terhenti. Dalam hati, saya terdetik. Ya Allah, adakah saya akan dipanggil pulang? Alhamdulillah, beberapa saat selepas itu, jantung saya kembali berdegup.
Dalam satu program kepimpinan, saya hampir lemas. Saat tenggelam dalam air buat beberapa ketika, terdetik dalam fikiran saya. Ya Allah, adakah saya akan mati dengan cara ini (lemas)? Selang beberapa ketika, saya terasa ada suatu tenaga yang membolehkan saya bergerak ke atas setelah tenggelam. Dan ketika itu juga, tangan saya dicapai oleh rakan. Alhamdulillah, saya selamat.
Seterusnya, percubaan saya dan rakan membawa kereta. Setelah mengisi minyak kereta, saya segera melintas di depan kereta untuk ke tempat duduk penumpang. Serentak, rakan yang memandu menekan minyak dengan kuat hingga terdengar bunyi yang kuat. Namun, kereta masih statik kerana handbrake tidak diturunkan. Jujur, seandainya handbrake tersebut telah diturunkan, saya akan tercampak ke depan. Kesilapan yang tidak disengajakan, dan membuat saya terasa sesuatu.
Juga, suatu hari saya ke tandas di rumah. Tiba-tiba terdengar bunyi batuk yang kuat. Saya hairan, kerana semua ahli keluarga telah tidur. Saya melihat sekeliling dan terpandang ke bahagian atas berhampiran atap. Terdapat lubang di situ. Dan alangkah terkejutnya, seekor ular tedung berwarna hitam sedang merenung saya. Saya tak dapat berfikir apa-apa saat itu. Allah ilhamkan agar saya bergerak perlahan-lahan dan keluar dari tandas. Alhamdulillah, Allah selamatkan saya dari perkara yang tidak diingini. Bila difikir-fikirkan, ular itu boleh sahaja mematuk saya saat kami berpandangan. Allahu Rabbi..
Juga, beberapa kali hampir berlanggar atau dilanggar oleh kenderaan.
Baru-baru ini, usai program bersama sahabat-sahabat, saya terus bergegas untuk pulang. Menuju ke kereta sahabat di seberang jalan. Melangkah dengan laju, hingga hampir dengan jalan raya. Selangkah untuk melintas, saya terdengar suara memanggil saya... Laungan dari arah belakang. Saya memberhentikan langkah dan melihat ke belakang. Mencari pemilik suara tersebut. Namun, tiada. Saat saya berpaling ke depan, sebuah bas telah melintasi saya dengan laju. Serasa saya sangat hampir dilanggar bas tersebut. Alhamdulillah, diselamatkan dengan panggilan tersebut. Saya termanggu dan merasa pening setelah peristiwa tersebut kerana agak terkejut.
Rakan : InsyaAllah, ada hikmah setiap kejadian yang berlaku. Allah panjangkan usia awak meskipun diduga dengan peristiwa-peristiwa seumpama itu. Alhamdulillah.
Kami sama-sama diam seketika..
Rakan : Awak, apa persediaan awak if life is too short?
Kami sama-sama diam seketika..
Rakan : Awak, apa persediaan awak if life is too short?
Saya : ............................................................................
Catatan : Kisah ini adalah pengalaman seseorang yang bermurah hati berkongsi dengan ana sebagai ibrah dalam kehidupan. Moga Allah mengurniakan kita pengakhiran dan kesudahan yang baik. Amiin.
_Fi Hifzillah_