Wednesday, February 26, 2014

Tajdid


Keterpaksaan (latihan) dalam mujahadah itulah diulang-ulang kerana bukan mudah bagi meneruskan langkah di medan sebenar pentarbiahan. 

Doa- doa pada Allah, latihan itu menjadi sumber pancaran keikhlasan dengan keizinan Nya.

Mencari nilai sebuah keikhlasan 

Kehilangan himmah, pudar semangat, berhenti melangkah
     

Jika ana jatuh, moga ana mampu bangun dengan lebih tinggi.

-----------------------------------------------------------------------

Tajdid.



Dengan bismillah pejuang melangkah 
Berpaksi ikrar lafaz syahadah
Arahnya pasti bersatu hati
Redha Allah cita tertinggi

Langkah yang diayun bijak tangkas dan perkasa
Lafaz yang ditutur benar berhemat dan berpada
Tindakan berhikmah mentaati pimpinan
Membara semangat kerana kebenaran

Kata dikota janji ditunaikan
Gigih usaha jalankan kewajipan
Kalah dan menang adat berjuang
Kejayaan terindah meraih mardhatillah

Iman tunjang kekuatan
Islam syiar kebanggaan
Ukhuwah tali kesatuan 
Berjuang penuh keyakinan

Istiqamah.. Jati diri
Teruskan risalah nabi
Mulia hidup dan mati 
Pejuang takkan berhenti
Pejuang takkan berhenti
Pejuang takkan berhenti

Istiqamah! 


Ana | Teratak Hati | 27/2/2014 | 0207 am

Friday, February 21, 2014

Healing


Friday, February 14, 2014

Dekat Atau Jauh??

Dekat tapi jauh. Kerana hati itu sebenarnya yang menjauh. Walau jasad itu dekat, namun jarak antara hati menatijahkan bahasa yang kasar, herdikan dan bentakan.

Jauh tapi dekat. Kerana hati itu sebenarnya yang mendekat. Walau jasad itu jauh, namun dekatnya hati menatijahkan bahasa yang lemah-lembut, enak dan bahagia untuk didengari.

Hati adalah alat komunikasi yang sangat canggih dengan syarat hati itu bersih.

Soalnya, masih adakah cinta?

Terpulang kepada cara kita memaknakan sesebuah hubungan.

Hubungan sesama manusia, peliharalah ia dengan akhlak sesama muslim.

Bina hubungan yang meletakkan asas persaudaraan Islam sebagai terasnya.

Kadangkala, kita mungkin tidak suka kepada seseorang. Mungkin kerana sikap, peribadi atau apa-apa sahaja alasannya.

Berusahalah memperbaik hubungan dengannya. Jangan hubungan yang sedia retak, ditambah sehingga pecah berderai.

Belajarlah menghargai. Berikan sedikit cinta. Cinta itu akan mengubati kelukaan yang wujud.

Apabila ada cinta, kita mampu berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik tanpa perlu bergantung pada alat-alat perhubungan yang berbentuk fizikal.

Cinta memberi makna. Makna yang melahirkan bahasa yang indah.

Lemah–lembut itu bahasa cinta.
Moga Allah menganugerahkan cinta kepada hati-hati kita dalam menggapai 
hablum minallah wa hablum minannas.


P/s : Kasih kita sesama insan mampu mengundang keredhaan Allah.  Lestarikannya dengan akhlak Islam. Kasih Ilahi tiada bersempadan. Tidak berakhir, kekal selamanya. 

Salam ukhuwwah dari ana :)