Saturday, December 31, 2016

Sahaja Aku Terima Nikahnya- kerana Allah SWT

Kiranya masa berlalu begitu. Setelah bergelar isteri, pangkat terus berubah kepada ibu. Demikianlah begitu pantas putaran masa. Belum menyesuaikan diri sepenuhnya dengan komitmen baru, Allah hadirkan permata hati. Alhamdulillah.

Berumah tangga itu bukan mudah. Menuntut kecekalan, kesabaran dan toleransi. Kerana subjeknya adalah kehidupan, melibatkan hubungan manusiawi yang lebih kompleks. Yang dinamakan isteri itu punya hak, tanggungjawab dan juga komitmen demikian juga yang dinamakan suami itu. Jangan kalah dan menyerah dalam pelayaran meskipun bahtera dilanda badai dan ombak. Tetap teguhlah pada tujuan asal '' sahaja aku terima nikahnya'' - kerana Allah SWT.

Hari demi hari dalam rumah tangga adalah suatu pelajaran yang hidup. Bagaimana mencorak rumah tangga menjadi sebuah rumah yang disebut dengan istilah baitul muslim, baiti jannati. Itu adalah persoalan yang perlu diutarakan dalam perjalanan kehidupan seharian agar berada di landasan yang benar bagi mencapai matlamat dan tujuan. Kehilangan tujuan, matlamat adalah suatu musibah bagi keluarga muslim, bimbang-bimbang kelemasan dalam lautan dalam yang tak terjangkau. 

Demikian juga permata hati; anak yang fitrahnya suci bersih. Bagaimana ia dicorak, digarap menjadi insan yang kamil?

Menjengah usia setahun setengah berumah tangga, itulah persoalan yang berlegar-legar. Moga-moga terbentuk generasi yang soleh wa musleh.


Teratakumiayah
31122016
0815pm 

Tuesday, March 15, 2016