"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."

Monday, March 10, 2014
Kembali kepada fitrah
Pertemuan singkat bersama seorang muslimah yang baru kembali kepada fitrah membuka ruang perkongsian.
Bagaimana dirinya saat menerima suluhan keimanan setelah sekian lama dalam pencarian
Pencarian mencari Tuhan
Mendengar bicaranya,
Terasa cahaya menyinari seluruh dirinya saat melafazkan persaksian keimanan
Disucikan dari kotoran dan noda dosa
Dikurniakan kebahagiaan yang terpancar dari sinar wajahnya..
Allah.. Diri yang mendengar ini terasa sesuatu. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menganugerahkan hidayah kepadanya.. Menguatkan keyakinan dan keimanan kepadaNya.
Kembali kepada fitrah. Menghidupkan iman.
Wednesday, February 26, 2014
Tajdid
Keterpaksaan
(latihan) dalam mujahadah itulah diulang-ulang kerana bukan mudah bagi meneruskan
langkah di medan sebenar pentarbiahan.
Doa- doa pada Allah, latihan itu menjadi
sumber pancaran keikhlasan dengan keizinan Nya.
Mencari nilai sebuah keikhlasan
Kehilangan himmah, pudar semangat, berhenti melangkah
Jika ana jatuh, moga
ana mampu bangun dengan lebih tinggi.
-----------------------------------------------------------------------
Tajdid.
Dengan bismillah pejuang melangkah
Berpaksi ikrar lafaz syahadah
Arahnya pasti bersatu hati
Redha Allah cita tertinggi
Langkah yang diayun bijak tangkas dan perkasa
Lafaz yang ditutur benar berhemat dan berpada
Tindakan berhikmah mentaati pimpinan
Membara semangat kerana kebenaran
Kata dikota janji ditunaikan
Gigih usaha jalankan kewajipan
Kalah dan menang adat berjuang
Kejayaan terindah meraih mardhatillah
Iman tunjang kekuatan
Islam syiar kebanggaan
Ukhuwah tali kesatuan
Berjuang penuh keyakinan
Istiqamah.. Jati diri
Teruskan risalah nabi
Mulia hidup dan mati
Pejuang takkan berhenti
Pejuang takkan berhenti
Pejuang takkan berhenti
Istiqamah!
Ana | Teratak Hati | 27/2/2014 | 0207 am
Friday, February 14, 2014
Dekat Atau Jauh??
Dekat tapi jauh. Kerana
hati itu sebenarnya yang menjauh. Walau jasad itu dekat, namun jarak antara
hati menatijahkan bahasa yang kasar, herdikan dan bentakan.
Jauh tapi dekat. Kerana
hati itu sebenarnya yang mendekat. Walau jasad itu jauh, namun dekatnya hati
menatijahkan bahasa yang lemah-lembut, enak dan bahagia untuk didengari.
Hati adalah alat
komunikasi yang sangat canggih dengan syarat hati itu bersih.
Soalnya, masih adakah
cinta?
Terpulang kepada cara
kita memaknakan sesebuah hubungan.
Hubungan sesama manusia,
peliharalah ia dengan akhlak sesama muslim.
Bina hubungan yang
meletakkan asas persaudaraan Islam sebagai terasnya.
Kadangkala, kita mungkin tidak
suka kepada seseorang. Mungkin kerana sikap, peribadi atau apa-apa sahaja
alasannya.
Berusahalah memperbaik
hubungan dengannya. Jangan hubungan yang sedia retak, ditambah sehingga pecah
berderai.
Belajarlah menghargai.
Berikan sedikit cinta. Cinta itu akan mengubati kelukaan yang wujud.
Apabila ada cinta, kita
mampu berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik tanpa perlu bergantung pada alat-alat
perhubungan yang berbentuk fizikal.
Cinta memberi makna.
Makna yang melahirkan bahasa yang indah.
Lemah–lembut itu bahasa cinta.
Lemah–lembut itu bahasa cinta.
Moga Allah
menganugerahkan cinta kepada hati-hati kita dalam menggapai
hablum minallah wa hablum minannas.
hablum minallah wa hablum minannas.
P/s : Kasih kita sesama
insan mampu mengundang keredhaan Allah. Lestarikannya dengan akhlak
Islam. Kasih Ilahi tiada
bersempadan. Tidak berakhir, kekal selamanya.
Salam ukhuwwah dari ana :)
Subscribe to:
Posts (Atom)