Saturday, June 29, 2013

Harapan

Alhamdulillah, blog ini kembali pulih seperti sedia kala. Setelah diserang virus yang menghalang pergerakan blog ini. Demikian juga, saat blog ini terhenti pergerakan, ana terasa semangat untuk terus menulis di ruangan ini hampir menghilang.

Semalam..
Mengajar anak-anak kecil berbahasa Inggeris. Bertanya, what is your hobby?
Fatimah bertanya, ‘’ Teacher, what is your hobby?
Ana terdiam. Kemudian spontan menjawab, ‘’ I love writing. Fikiran melayang mengingati blog ini. Perjalanan blog ini seiring dengan usia ana di perbukitan ilmu. Bermula ketika tahun 1 pengajian ijazah sehinggalah sekarang, tahun pertama sarjana.

Pagi ini, mencuba membuka blog ini.
Alhamdulillah, akses berjaya!

Sekadar bercerita..
Baru-baru ini, ana menduduki peperiksaan akhir semester dua sarjana. Penghujung bagi pengkuliahan kerana bermula semester depan, ana akan mula menulis untuk disertasi.
Mengekalkan motivasi dan terus bermotivasi dalam pengajian, ternyata merupakan satu cabaran yang sukar untuk dilalui.
Dalam larian pengajian kali ini, ana sering terkejar-kejar dateline tugasan-tugasan yang ada.
Terasa masih belum cukup disiplin bergelar pelajar.
Namun, di sebalik semua itu masih ada kemanisan bergelar pelajar.
Pastinya, ana akan merindui saat-saat indah bergelar pelajar.
Harapan dan semangat yang ada pada masa hadapan
Untuk terus berada dalam suasana ilmu, dekat dan cinta kepada majlis ilmu
Bertalaqqi dengan ulama’, menghabiskan hafalan al-Qur’an, dan seandainya diizinkan menyambung pengajian ke peringkat Phd.

Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang mencintai ilmu, golongan yang mendengar kebaikan dan bersegera mengamalkannya dalam kehidupan.