Wednesday, July 3, 2013

Al- Amthal Mengenai Manusia Di dalam Surah al-Baqarah


Nik Norimah Tuan Mat 
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Semester  II 2012/2013
       Kajian I'jaz al-Qur'an 

1.1                    PENGENALAN

Al-Quran adalah satu mukjizat ilmi yang berkekalan sehingga hari kiamat. Al-Quran mengandungi pelbagai perkara yang saling berkait, iaitu terdiri daripada ayat-ayat mutashabihah, al-amthal, i’jaz, dan sebagainya. Dalam al-Quran, al-mathal didatangkan dalam bentuk uslub menyampaikan dakwah, penerangan terhadap sifat-sifat aneh yang menunjukkan kepada kebesaran dan menjelaskan maksud yang tersirat supaya dapat menarik jiwa dan fikiran untuk memikirkan hakikat kebenaran itu.

Gambaran perumpamaan yang didatangkan oleh Allah s.w.t ini menjadikan manusia terdorong untuk menghayati keindahan kalimah-kalimah dan keistimewaan yang terkandung dan perumpamaan yang mendalam sekalipun memperteguhkan manusia dengan pegangan yang kuat terhadap manhaj iman dan dasar-dasarnya. Justeru itu, kajian ini akan mengetengahkan ayat-ayat al-Qur’an khususnya yang mengandungi al-amthal mengenai manusia di dalam surah al-Baqarah bagi mengenalpasti mesej yang terkandung di dalam ayat-ayat tersebut seterusnya dihayati dan dijadikan pengajaran dalam kehidupan.

2.1          TAKRIF AL-MATHAL

Dalam bahasa Melayu, al-mathal diterjemahkan sebagai perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sesuatu yang dianggap sama dengan ibarat dan misal. Menurut Kamus Dewan, perkataan ini berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain dan secara umumnya mengandungi ajaran. Manakala al-mathal menurut pandangan ahli bahasa Arab ialah persamaan (al-syibh), seperti dan umpama (al-mathal wa al-nazir), sifat (al-sifat), pengajaran dan hujah (al-‘ibrah wa al-hujjah) dan contoh dan ikutan ( al-mithal wa al-hazw) (Azhar Muhammad. 2008 : 1). Menurut Ibn Faris di dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah, al-mathal menunjukkan persamaan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Sementara itu, al-Zamakhsyari menyatakan bahawa al-mathal memberi makna al-mithl iaitu persamaan (Azhar Muhammad. 2008 : 2).
Berdasarkan pendapat sebahagian ahli bahasa Arab terhadap pentakrifan al-mathal, Mohd Sukki Othman ( 2004) merumuskan bahawa definisi al-mathal menurut bahasa ialah perumpamaan, perbandingan, penyerupaan, persamaan, perkhabaran, pengajaran, sifat, tanda, seperti, contoh, setara, hujah, pepatah, dan bidalan. Manakala menurut ilmu balaghah al-mathal ialah ungkapan, perbandingan, persamaan atau perumpamaan yang menggunakan lafaz-lafaz yang menarik serta diselami dengan unsur-unsur al-balaghah ( Mohd Sukki Othman. 2004: 39).
                                                 
3.1          TUJUAN AMTHAL AL-QURAN

Al- amthal di dalam al-Qur’an ialah sesuatu yang melahirkan makna dan maksud dengan gambaran yang menarik dan ringkas serta mempunyai kesan yang amat mendalam di dalam jiwa.  Menurut Muhammad Bakr Ismail, mathal al-Qur’an ialah perumpamaan keadaan sesuatu dengan sesuatu yang lain sama ada dengan menggunakan isti ‘arah, tasybih dan kinayah yang merangkumi pelbagai gambaran yang bertujuan memberi maksud yang mengandungi iktibar dan pengajaran di samping turut memberi kefahaman berkaitan perkara-perkara ghaib khususnya ( Mohd Sukki Othman. 2004:40).

Al-mathal di dalam al-Qur’an merupakan satu gaya bahasa yang mampu  membongkar dan mendedahkan sesuatu perkara dengan cara yang realistik. Ia bertujuan menjelaskan secara terperinci makna dan maksud al-Qur’an itu sendiri serta membolehkan manusia menyelami rahsia-rahsia di sebalik perkara-perkara ghaib ( Mohd Sukki Othman. 2004: 41).
4.1          USLUB AL-MATHAL DALAM SURAH AL-BAQARAH MENGENAI MANUSIA

                                    
4.1.1       Pengenalan Surah al-Baqarah

Menurut Sayyid Qutb di dalam Tafsir fi Zilal al-Qur’an, surah al-Baqarah merupakan antara surah-surah awal yang diturunkan selepas peristiwa hijrah. Ia merupakan surah yang paling panjang di antara semua surah al-Qur’an (Sayyid Qutb .2010: 19). Surah ini mengandungi pelbagai maudhu’, tetapi paksi utama yang mengumpulkan kesemua jenis maudhu’ tersebut adalah dua elemen utama iaitu pertamanya mengenai pendirian bani Israel terhadap dakwah Islam di Madinah dan bagaimana mereka menyambut dakwah tersebut dan penentangan yang dilakukan oleh mereka serta kelompok muslim yang lahir dari asas dakwah Rasulullah s.a.w, membicarakan hubungan antara golongan munafik dan golongan kafir  dan hubungan antara golongan kafir dan musyrikin.

Aspek kedua yang dibicarakan di dalam surah ini ialah  pendirian golongan beriman pada peringkat awal perkembangannya, peringkat penyediaan golongan beriman untuk memikul amanah dakwah dan kepimpinan di muka bumi setelah Allah s.w.t mengumumkan di dalam surah ini mengenai keengganan bani Israel untuk memikul amanah itu dan tindakan mereka membatalkan perjanjian mereka dengan Allah s.w.t,  juga mengumumkan perlucutan bani Israel dari kehormatan hubungan keturunan yang hakiki dengan Nabi Ibrahim a.s selaku perintis agama hanafi yang pertama di samping membuka mata dan mengingatkan orang-orang Islam (muslimin) terhadap kesalahan-kesalahan yang menyebabkan Bani Israel dilucutkan dari penghormatan yang besar itu (Sayyid Qutb .2010: 19). 


4.2          PEMBAHAGIAN MANUSIA DI DALAM AL-QUR’AN

            Allah s.w.t telah menciptakan manusia sebagai pemimpin dan khalifah di muka bumi. Manusia telah dimuliakan penciptaannya oleh Allah s.w.t berbanding makhluk-makhluk yang lainnya. Terdapat tiga golongan utama manusia yang disebut oleh Allah s.w.t di dalam al-Qur’an iaitu golongan yang beriman ( al-mu’minun), golongan munafik ( al-munafiqun) dan golongan kafir ( al-kafirun). Justeru itu, penulisan ini akan memfokuskan kepada al-mathal di dalam surah al-Baqarah  yang menyebutkan mengenai tiga golongan utama manusia ini.


   4.2.1    Golongan Beriman
Menurut al-Qardhawi (2008), iman ialah kepercayaan yang meresap di dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu serta memberi pengaruh kepada pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Iman disertai amal yang didasari oleh hati dipenuhi rasa kebaikan dan keikhlasan kepada Allah. Keimanan merupakan gabung jalin antara pengetahuan, pengertian dan kepercayaan yang kukuh dengan ketundukan hati, kepatuhan kemahuan dan kerelaan menjalankan perintah Allah. Keimanan menimbulkan semangat bekerja dan berkorban dengan harta dan diri  serta menzahirkan budi pekerti yang baik dan  ‘amal yang berguna.

Menurut al-Ashqar, golongan beriman ialah mereka yang mempunyai akidah yang teguh berdasarkan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah. Mereka adalah golongan dipuji oleh Allah di dalam al-Qur’an. Keimanan menurut Rasulullah s.a.w di dalam hadith baginda hendaklah dipaksikan kepada Allah, para malaikat, kitab-kitabNya, para Rasul, hari akhirat serta qada’dan qadar (  Mohd Sukki Othman. 2004: 45).

Firman Allah s.w.t :
ã@sW¨B tûïÏ%©!$# tbqà)ÏÿZムóOßgs9ºuqøBr& Îû È@Î6y «!$# È@sVyJx. >p¬6ym ôMtFu;/Rr& yìö7y Ÿ@Î/$uZy Îû Èe@ä. 7's#ç7/Yß èps($ÏiB 7p¬6ym 3 ª!$#ur ß#Ï軟Òム`yJÏ9 âä!$t±o 3 ª!$#ur ììźur íOŠÎ=tæ ÇËÏÊÈ  
Maksud : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya (261).
                                                                                       (Surah al-Baqarah 2:261)

Di dalam ayat ini, Allah s.w.t menggambarkan sebuah gambaran hidup yang segar, subur dan memberi hasil iaitu tanaman yang merupakan pemberian Allah yang dapat dilihat oleh pancaindera manusia. Tanaman tersebut memberikan hasil berganda lebih banyak dari benihnya sebagai perbandingan kepada mereka yang menginfakkan harta ke jalan Allah s.w.t semata-mata ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t .  Al- Qur’an mengajak manusia agar mengorbankan harta dan memberi kepada golongan yang memerlukan kerana sesungguhnya Allah s.w.t melipatgandakan rezeki kepada golongan beriman yang mengeluarkan harta di jalan Allah (Syed Qutb. 2010 : 354).



                        Firman Allah s.w.t :
 $ygƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qè=ÏÜö7è? Nä3ÏG»s%y|¹ Çd`yJø9$$Î/ 3sŒF{$#ur É©9$%x. ß,ÏÿYム¼ã&s!$tB uä!$sÍ Ĩ$¨Z9$# Ÿwur ß`ÏB÷sム«!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# ( ¼ã&é#sVyJsù È@sVyJx. Ab#uqøÿ|¹ Ïmøn=tã Ò>#tè? ¼çmt/$|¹r'sù ×@Î/#ur ¼çmŸ2uŽtIsù #V$ù#|¹ ( žw šcrâÏø)tƒ 4n?tã &äóÓx« $£JÏiB (#qç7|¡Ÿ2 3 ª!$#ur Ÿw Ïôgtƒ tPöqs)ø9$# tûï͍Ïÿ»s3ø9$# ÇËÏÍÈ  
Maksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir (264).
                                                                                       (Surah al-Baqarah 2:264)

Di dalam ayat ini, Allah s.w.t menggambarkan sifat infak yang ikhlas dan sifat infak yang bercampur dengan perbuatan membangkit-bangkitkan pemberian dan perkataan yang menyakiti hati berdasarkan gambaran yang seni dalam al-Qur’an. Pertamanya disebutkan mengenai golongan yang menginfakkan hartanya dengan tujuan menunjuk-nunjuk adalah hati keras dan licin yang mana ia belum merasa kelembutan dan kemanisan iman tetapi hatinya tertutup dengan selimut riya’. Allah menggunakan perumpamaan dengan batu licin yang ditutupi tanah di atasnya iaitu batu yang tidak boleh ditanam dengan apa- apa tanaman dan sifatnya keras ditutupi tanah yang melindunginya dari penglihatan zahir sebagaimana riya’ menutupi hati yang kosong tanpa iman. Seterusnya batu tersebut dihujani oleh hujan lebat yang menghapuskan tanah yang membaluti batu tersebut dan terdedahlah batu tersebut dengan kekerasan dan kepejalannya yang tidak mampu menumbuhkan tanaman dan tidak pernah menghasilkan buah-buahan. Demikianlah perumpamaan orang-orang yang menginfakkan harta tanpa kerana riya’ atau dengan tujuan menunjuk-nunjuk di hadapan manusia semata-mata. Perbuatan infak mereka tidak mendatangkan sebarang manfaat malah tidak diberikan ganjaran pahala dari Allah ( Syed Qutb. 2010 : 357). Ayat ini adalah sebagai peringatan kepada golongan beriman agar menginfakkan harta di jalan Allah semata-mata kerana ikhlas kepadanya.

                     Firman Allah s.w.t :
ã@sWtBur tûïÏ%©!$# šcqà)ÏÿYムãNßgs9ºuqøBr& uä!$tóÏGö/$# ÅV$|ÊötB «!$# $\GÎ7ø[s?ur ô`ÏiB öNÎgÅ¡àÿRr& È@sVyJx. ¥p¨Yy_ >ouqö/tÎ/ $ygt/$|¹r& ×@Î/#ur ôMs?$t«sù $ygn=à2é& Éú÷üxÿ÷èÅÊ bÎ*sù öN©9 $pkö:ÅÁム×@Î/#ur @@sÜsù 3 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ÅÁt/ ÇËÏÎÈ    
Maksudnya: Dan bandingan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul daripada jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan.
                                                                                       (Surah al-Baqarah 2:265)
Dalam ayat di atas, Allah s.w.t membuat sebuah perumpamaan  dalam bentuk perbandingan. Al-mathal dalam ayat ini ditujukan khusus kepada orang beriman untuk menafkahkah dan mengeluarkan harta mereka semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Penggunaan al-mathal dalam ayat ini bertujuan memberi galakan dan dorongan melakukan amalan sedekah serta mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Al-Zamakhsyari dalam tafsirnya telah menyatakan bahawa al-mathal menunjukkan bahawa sedekah yang dikeluarkan itu adalah laksana hujan. Sekiranya sedekah itu banyak, maka ia seperti hujan yang lebat. Sekiranya sedikit, ia seperti hujan renyai-renyai (Al-Zamakhsyari. 1995 : 309).

Hati seorang mukmin yang disuburkan melalui amalan sedekah adalah ibarat tanah subur yang disirami hujan, lalu mengeluarkan hasil yang banyak dan melimpah-ruah (Mohd Radzi Othman.2003:47).Golongan beriman yang membelanjakan hartanya dengan penuh keikhlasan ini diumpamakan sebagai kebun yang berada di dataran yang tinggi biasanya mempunyai tanah yang subur kerana ia memperoleh udara dan cahaya matahari yang cukup, sekaligus akan menghasilkan buah-buahan yang baik dan bermutu (Mohd Radzi Othman. 2003 :48).

Golongan beriman menginfakkan harta mereka kerana keyakinan yang teguh hasil dari  kesedaran dan keimanan yang kukuh di dalam hati. Hati yang keras ditutupi tabir riya’ dilambangkan dengan batu licin yang keras serta ditutupi tanah manakala hati golongan beriman dilambangkan dengan sebuah kebun yang subur, tanahnya dalam dan terletak di atas sebuah dataran yang tinggi berbanding segenggam tanah yang membaluti batu keras tadi. Apabila kebun yang subur tersebut ditimpa hujan yang lebat, maka tanah kebun tersebut tidak terhakis sebagaimana ia menghakis lapisan tanah di atas batu yang keras. Justeru itu, tanah kebun tersebut mampu menumbuhkan tanaman serta banyak hasilnya ( Syed Qutb. 2010 : 358).


              
Kesimpulannya, uslub al-mathal di dalam al-Qur’an mengenai golongan beriman banyak didatangkan dengan unsur pujian dan galakan kepada mereka untuk menyahut seruan dari Allah s.w.t. Allah s.w.t menerangkan mengenai ganjaran dan kemuliaan golongan beriman melalui uslub al-mathal agar bertambah keyakinan golongan beriman seterusnya membuahkan amalan kebajikan yang beriman dengan niat yang tulus dan murni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah serta kejayaan di dunia dan akhirat.

4.2.2       Golongan Munafik
            Dari segi bahasa al-nifaq diambil daripada kata nafiqa al-yarbu iaitu lubang biawak di dalam tanah. Biawak mempunyai dua lubang iaitu al-nafiqa dan al-qasia yang bertujuan untuk mempertahankan kehidupannya. Al-nafiqa adalah lubang kecil bagi biawak menyembunyikan dirinya dari pandangan luar. Lubang ini disembunyikan dan dizahirkan di dalam lubang yang lain. Apabila terdesak, biawak tersebut akan masuk melalui lubang al-qasia iaitu lubang zahir dan menutup lubang pada al-nafiqa dengan kepalanya, kemudian keluar melaluinya. Perkataan ini digunakan kepada orang yang menyatakan keimanan kepada Allah dan akhirat sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman. Keadaan ini sama dengan biawak yang menyembunyikan lubang al-nafiqa dan menzahirkan lubang al-qasia dan demikianlah orang munafik menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keimanan. Pada zahirnya lubang al-nafiqa kelihatan seperti pasir namun pada hakikatnya ia adalah lubang demikianlah orang munafik yang zahirnya beriman namun batinnya kafir (Muhd Najib Abdul Kadir dan Mohd Nazri Ahmad. 2009: 45) .

                      Munafik pada istilah syarak ialah nama golongan yang melahirkan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang tersimpan di dalam hati. Sekiranya ia berlaku pada iktikad keimanan, maka ia dikira nifak kafir dan jika ia tidak berkaitan dengan iktikad keimanan, maka ia dikira nifak amal. Menurut Abdul Karim Zaidan, munafik ialah pernyataan yang tidak sesuai dengan apa yang terpendam di dalam hati. Firman Allah s.w.t :

öNßgè=sVtB È@sVyJx. Ï%©!$# ys%öqtGó$# #Y$tR !$£Jn=sù ôNuä!$|Êr& $tB ¼ã&s!öqym |=ydsŒ ª!$# öNÏdÍqãZÎ/ öNßgx.ts?ur Îû ;M»yJè=àß žw tbrçŽÅÇö6ムÇÊÐÈ   BL༠íNõ3ç/ ÒôJãã öNßgsù Ÿw tbqãèÅ_ötƒ ÇÊÑÈ  

Maksud: Perumpamaan orang-orang munafik adalah seperti orang yang menyalakan api di malam yang gelap agar dia dapat berjalan menuju tujuannya. Lalu ketika api itu menyinari sekelilingnya, Allah hilangkan sinar itu dan membiarkan mereka dalam kegelapan maka mereka tidak dapat melihat (17). Mereka tuli, bisu dan buta maka mereka tidaklah kembali ke ( jalan yang benar) (18).
                                                                                     (Surah al-Baqarah 1:17-18)

Perumpamaan ini menggambarkan perbuatan orang-orang munafik dalam kehidupan manusia. Kehidupan ini penuh dengan penyimpangan dan kesesatan, hanya ada satu sahaja jalan yang lurus. Sementara itu, jalan yang lurus ini dipenuhi dengan duri-duri dan rintangan-rintangan sehingga seseorang manusia tidak mampu  mendapatkan jalan yang lurus di antara jalan-jalan yang menyesatkan serta tidak mampu menghindari duri-duri dan menghadapi rintangan-rintangan kecuali dengan cahaya iman, akal dan wahyu (al-Syirazi. 1992 : 91).
Melalui perumpamaan ini, Allah menyatakan bahawa apakah sepercik api yang terbatas yang dinyalakan oleh manusia dapat membimbingnya di jalan yang penuh duri dan panjang ini? Orang munafik menempuh jalan kemunafikan yang mana mereka menduga bahawa cara yang mereka gunakan dapat menjamin kestabilan dan kepentingan mereka di hadapan orang-orang beriman dan orang-orang kafir serta menggabungkan diri mereka dengan kumpulan yang menang setelah selesainya peperangan. Mereka mengganggap perbuatan mereka sebagai kecerdasan dan kecerdikan laksana sinar yang menembusi jalan kehidupan yang mampu membawa mereka kepada tujuan yang dikehendaki. Namun Allah menutup sinar itu dan membongkar mereka (al-Syirazi. 1992 : 91), ‘‘ Ketika datang kepadamu orang-orang munafik dan berkata, ‘‘Kami bersaksi bahawa kamu adalah utusan Allah.’’ Allahlah yang mengetahui bahawa kamu adalah utusanNya dan Allah bersaksi bahawa orang-orang munafik itu berbohong ( surah al-Munafiqun : 1-2).

Penggunaan kata menyalakan api di dalam ayat tersebut bermaksud mereka ( orang-orang munafik) menggunakan api untuk menyinari jalan. Dan api merupakan sesuatu yang berasap, mempunyai abu dan terbakar. Sementara itu, orang-orang beriman menggunakan cahaya keimanan yang bersih dan tidak mencemarkan. Batin orang-orang munafik mengandungi api sekalipun mereka berpura-pura menampakkan cahaya keimanan. Meskipun mereka memiliki cahaya itu, cahaya itu lemah dan tidak mampu bertahan lama (al-Syirazi. 1992 : 92).
Cahaya yang lemah dan sementara itu barangkali menunjukkan cahaya mata hati dan fitrah tauhid atau menunjukkan keimanan mereka yang dulu yang kemudiannya tertutup oleh tabir-tabir taqlid buta, fanatisme dan kebencian sehingga kehidupan mereka tidak hanya menjadi samar bahkan gelap-gelita sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Qur’an. Mereka akhirnya kehilangan daya penglihatan, pendengaran dan percakapan yang baik (al-Syirazi. 1992 : 92).
Perumpamaan di atas menjelaskan sikap orang-orang munafik iaitu sikap ini tidak akan bertahan lama. Orang-orang munafik berkemungkinan memakai pakaian Islam dan bersahabat dengan orang-orang kafir secara diam-diam. Keadaan seumpama ini ibarat percikan api yang kecil dan lemah, tidak mampu bertahan apabila ditiup angin dan akan segera padam sehingga keadaan sebenar mereka akan terungkap dan mereka akan dibenci, diusir  dan kebingungan seperti seseorang yang berjalan dalam kegelapan (al-Syirazi. 1992 : 92).
                        Firman Allah s.w.t:
÷rr& 5=ÍhŠ|Áx. z`ÏiB Ïä!$yJ¡¡9$# ÏmŠÏù ×M»uKè=àß Óôãuur ×-öt/ur tbqè=yèøgs ÷LàiyèÎ6»|¹r& þÎû NÍkÍX#sŒ#uä z`ÏiB È,Ïãºuq¢Á9$# uxtn ÏNöqyJø9$# 4 ª!$#ur 8ÝŠÏtèC tûï̍Ïÿ»s3ø9$$Î/ ÇÊÒÈ   ߊ%s3tƒ ä-÷Žy9ø9$# ß#sÜøƒs öNèdt»|Áö/r& ( !$yJ¯=ä. uä!$|Êr& Nßgs9 (#öqt±¨B ÏmŠÏù !#sŒÎ)ur zNn=øßr& öNÍköŽn=tæ (#qãB$s% 4 öqs9ur uä!$x© ª!$# |=yds%s! öNÎgÏèôJ|¡Î/ öNÏd̍»|Áö/r&ur 4 žcÎ) ©!$# 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« ֍ƒÏs% ÇËÉÈ  
Maksud: Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap-gelita, guruh dan kilat. Mereka menyumbat telinga mereka dengan anak-anak jari, takut kepada petir kerana mereka takut akan mati. Dan Allah menguasai orang-orang kafir (19). Hampir saja kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti (20). 
                                                                                  (Surah al-Baqarah 1: 19-20)

Dalam perumpamaan ini, Allah menggambarkan kehidupan orang-orang munafik seperti malam gelap yang menakutkan dan berbahaya iaitu malam yang  penuh dengan hujan lebat. Pada setiap sudut, kilatan cahaya hampir menusuk mata. Ruang udara dipenuhi dengan gemuruh suara yang menakutkan seakan-akan merobek gegendang telinga. Dalam suasana seumpama itu, sekumpulan manusia berjalan di sebuah tanah lapang yang luas, tiada tempat untuk berlindung dan berteduh dari air hujan yang deras dan kilatan petir dan juga jalan yang gelap. Orang-orang munafik seumpama orang-orang yang menempuh perjalanan tersebut. Mereka hidup di tengah-tengah orang-orang beriman yang semakin bertambah. Orang-orang beriman umpama bah yang deras dan hujan yang lebat sementara orang-orang munafik tidak mempunyai tempat aman yang dapat melindungi mereka dari ancaman petir siksaan dari Allah. Penyebaran Islam yang cepat bagaikan petir yang menjadikan mereka ketakutan. Oleh itu, mereka seringkali khuatir rencana jahat mereka terungkap apabila ayat-ayat al-Qur’an diturunkan (al-Syirazi. 1992 : 93).
Kesimpulannya, uslub al-mathal di dalam al-Qur’an mengenai golongan munafik banyak didatangkan dengan unsur celaan dan penghinaan ke atas mereka yang berpura-pura beriman bahkan mereka menentang ajaran dan kebenaran Islam pada hakikatnya. Allah s.w.t menerangkan mengenai ciri-ciri dan sikap golongan munafik ini melalui uslub al-mathal agar golongan beriman dapat berwaspada dengan kewujudan golongan yang sifatnya ibarat gunting dalam lipatan yang memusuhi Islam dan kebenaran.

4.2.3       Golongan Kafir
Kafir dari segi bahasa ialah tutup dan dinding menurut Ibn Faris. Kafir juga bermaksud malam kerana kegelapan malam menutupi segala sesuatu. Sementara itu, kufur menurut al-Sayuti merupakan lawan kepada iman kerana kekufuran itu menutup keimanan (Zainal Abidin Mohamad dan Muhd Najib Abdul Kadir. 2009: 47). Menurut al-Azhari  orang kafir disebut sebagai kafir kerana apabila Allah s.w.t mereka mentauhidkanNya, Allah s.w.t turut menyeru mereka kepada nikmat yang disediakan tetapi disebabkan keengganan mereka menerima seruan tersebut maka mereka telah menutup dan menghalang nikmat itu sampai kepada mereka (Zainal Abidin Mohamad dan Muhd Najib Abdul Kadir. 2009: 48).
                                                       
Menurut Ibn Kathir, kufur dari sudut istilah syarak ialah mengingkari sesuatu yang mesti diketahui melibatkan perkara yang berkaitan dengan agama Islam seperti mengingkari kewujudan Allah s.w.t, mengingkari kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, mengingkari pengharaman larangan Allah s.w.t seperti zina dan sebagainya. Sementara itu, Abd al-Rahman Hasan Habannakah menyatakan bahawa perkataan kufur digunakan sebagai istilah agama untuk menunjukkan sesuatu perkara yang berlawanan dengan iman dan islam. Sesiapa yang enggan beriman dengan rukun-rukun iman setelah jelas bukti-buktinya, maka dia adalah kafir (Zainal Abidin Mohamad dan Muhd Najib Abdul Kadir. 2009: 49).

                     Firman Allah s.w.t :
   §NèO ôM|¡s% Nä3ç/qè=è% .`ÏiB Ï÷èt/ šÏ9ºsŒ }Îgsù Íou$yÚÏtø:$$x. ÷rr& x©r& Zouqó¡s% 4 ¨bÎ)ur z`ÏB Íou$yfÏtø:$# $yJs9 ㍤fxÿtFtƒ çm÷ZÏB ㍻yg÷RF{$# 4 ¨bÎ)ur $pk÷]ÏB $yJs9 ß,¤)¤±o ßlã÷uŠsù çm÷YÏB âä!$yJø9$# 4 ¨bÎ)ur $pk÷]ÏB $yJs9 äÝÎ6öku ô`ÏB ÏpuŠô±yz «!$# 3 $tBur ª!$# @@Ïÿ»tóÎ/ $£Jtã tbqè=yJ÷ès? ÇÐÍÈ  
  Maksud : Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan (74).
                                                                                        (Surah al-Baqarah. 1:74)

               Ayat ini menerangkan sifat kaum Yahudi yang merupakan manusia yang sifatnya paling keras hati. Al-Qur’an menceritakan bagaimana Allah s.w.t menjadikan hati mereka keras kerana kemungkaran yang  mereka lakukan termasuklah memerangi Islam dan para pendokong Islam (Zainal Abidin Mohamad dan Muhd Najib Abdul Kadir. 2009: 98). Hati mereka menjadi keras dan hilang kepekaan, tindak balas dan kesan, maka segala peringatan dan iktibar tidak sampai kepada hati mereka. Justeru itu, darjat mereka adalah lebih rendah dan hina berbanding benda-benda pejaldan tidak bernyawa (Zainal Abidin Mohamad dan Muhd Najib Abdul Kadir. 2009: 99). Menurut Syed Qutb, hati mereka dibandingkan dengan batu bahkan hati mereka menjadi lebih kering dan keras berbanding batu ( Syed Qutb. 2010 : 83).
                                               
                     Firman Allah s.w.t :
ã@sVtBur tûïÏ%©!$# (#rãxÿŸ2 È@sVyJx. Ï%©!$# ß,Ïè÷Ztƒ $oÿÏ3 Ÿw ßìyJó¡tƒ žwÎ) [ä!$tãߊ [ä!#yÏRur 4 BL༠íNõ3ç/ ÒôJãã óOßgsù Ÿw tbqè=É)÷ètƒ ÇÊÐÊÈ  
Maksud: Dan perumpamaan orang-orang kafir itu adalah seperti pengembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan sahaja. Mereka tuli, bisu dan buta maka oleh sebab itu mereka tidak mengerti (171).
                                                                                       (Surah al-Baqarah. 1:171)

Ayat ini menjelaskan sebab-sebab orang kafir terlampau berpegang kepada nenek moyang mereka serta berdegil untuk tidak menerima kebenaran kerana sesungguhnya seruan ke atas orang kafir itu kepada keimanan seperti teriakanmu kepada binatang yang tidak mengerti apa-apa walaupun ia mampu mendengar suara. Dakwah kepada keimanan itu hanya akan didengari oleh orang-orang kafir tetapi tidak akan difahami oleh mereka. Semua ini berlaku kerana keingkaran mereka yang melampau terhadap segala seruan dan ajakan kepada kebenaran. Ayat seterusnya menjelaskan perwatakan orang-orang kafir yang tuli, bisu dan buta sehingga mereka tidak mengerti apa-apa. Justeru itu, mereka berpegang teguh kepada peninggalan nenek moyang mereka yang sesat lagi menyesatkan (al-Syirazi. 1992 :457).
Allah s.w.t mencela golongan ini kerana mereka tidak menggunakan pancaindera yang dikurniakan oleh Allah berdasarkan fungsinya yang sebenar lalu perbuatan mereka itu menyebabkan mereka mengikut segala adat-adat dan kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka secara membuta-tuli (Muhd Najib Abdul Kadir dan Mohd Nazri Ahmad. 2009: 133).
                      Firman Allah s.w.t :  
* ¨bÎ) ©!$# Ÿw ÿ¾ÄÓ÷ÕtGó¡tƒ br& z>ÎŽôØo WxsVtB $¨B Zp|Êqãèt/ $yJsù $ygs%öqsù 4 $¨Br'sù šúïÏ%©!$# (#qãYtB#uä tbqßJn=÷èuŠsù çm¯Rr& ,ysø9$# `ÏB öNÎgÎn/§ ( $¨Br&ur tûïÏ%©!$# (#rãxÿŸ2 šcqä9qà)usù !#sŒ$tB yŠ#ur& ª!$# #x»ygÎ/ WxsVtB ¢ @ÅÒム¾ÏmÎ/ #ZŽÏVŸ2 Ïôgtƒur ¾ÏmÎ/ #ZŽÏWx. 4 $tBur @ÅÒムÿ¾ÏmÎ/ žwÎ) tûüÉ)Å¡»xÿø9$# ÇËÏÈ  
Maksud : Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik (26).
                                                                                       ( Surah al-Baqarah. 1 :26)

Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t menyatakan bahawa Allah tidak malu untuk mendatangkan sebarang perumpamaan sama ada seperti nyamuk mahupun yang lebih hina darinya kerana segala yang dikatakan olehNya adalah benar dan Allah tidak malu dalam perkara kebenaran. Allah s.w.t membuat perumpamaan dengan sesuatu yang dikehendakiNya adalah sebagai rahmat kepada hamba-hambaNya untuk mendekatkan sesuatu maksud kepada mereka dan menerangkan sesuatu kebenaran. Melalui perumpamaan ini, golongan mukmin yang yakin kepada Allah s.w.t bertambah kuat keimanannya, melahirkan sifat rendah diri dan takut kepadaNya manakala golongan yang kafir bertambah jauh dari jalan Allah (Zainal Abidin Mohamad dan Muhd Najib Abdul Kadir. 2009: 200) .

Uslub al-mathal di dalam al-Qur’an mengenai golongan kafir banyak didatangkan dengan unsur celaan dan penghinaan ke atas mereka yang menolak kebenaran bahkan memusuhi pendokong agama Islam. Allah s.w.t menerangkan mengenai ciri-ciri dan sikap orang kafir melalui uslub al-mathal agar golongan beriman dapat mengambil iktibar dan menjauhi ciri-ciri dan sikap tersebut agar mereka terselamat dari kemurkaan Allah.


5.1          KESIMPULAN
Uslub al-mathal melibatkan manusia banyak terdapat di dalam al-Qur’an bagi menceritakan mengenai manusia dan sifat-sifatnya khususnya golongan beriman, golongan munafik dan golongan kafir. Penggunaan uslub al-mathal ini berkesan bagi mendekatkan gambaran dan hakikat sebenar kepada manusia agar mereka mengambil pengajaran, menjadikannya sebagai iktibar atau galakan dalam melakukan sesuatu khususnya menjalankan amar makruf dan mencegah kemungkaran dalam kehidupan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.

6.1          RUJUKAN
Al- Syirazi, Nashir Makarim. 1992. Al-Amthal fi Tafsir Kitab Allah al-Munzal. Jil.1. Terj. Ahmad Sobandi et.al. Jakarta : Gerbang Ilmu Press.
Al-Zamakhsyari. Mahmud bin Umar. 1995. Al-Kashshaf. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Azhar Muhammad. 2008. Perumpamaan al-Qur’an. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Najib Abdul Kadir & Mohd Nazri Ahmad. 2009. Al-Amthal dalam al-Qur’an Golongan Munafik. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Mohd Radzi Othman. 2003. Warisan al-Quran. Penerbitan Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.

Mohd Sukki bin Othman. 2004. Manusia dalam al-Qur’an : Satu Kajian Dari Perspektif al-Mathal al-Sarih. Al-Bayan Journal of al-Qur’an and al-Hadith, Vol. 2. hlm. 37-56. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Muhammad ‘Ali Qutb. 1993. Al- Amthal fi al-Qur’an. Beirut : al-Maktabah al-‘Asriyyah.
Sayyid Qutb. 2010. Tafsir fi Zilal al-Qur’an- Di Bawah Naungan al-Qur’an. Terj. Yusoff Zaky Haji Yacob. Kuala Lumpur : Pustaka Darul Iman  Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Mohamad & Mohd Najib Abdul Kadir. 2009. Al-Amthal dalam al-Qur’an Golongan Kafir dan Ahli Kitab. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.