Thursday, November 17, 2011

Kembara



Kembara..Bermusim episod luka
Seiring berputarnya waktu
Hadir setelahnya kisah berbeza
Berganti, kisah duka itu tidak selamanya

Terhenti.

Dalam duka, terngiang luahan dan rintihan rasa. MengingatiNya..Memohon pertolongan dari kudrat yang Maha Perkasa, Allah s.w.t

Kembali.

Dalam tenang
Soal pada hati
Sejauh mana masih mengingatiNya
Jawapan..

tanya pada diri,
Tanya pada hati..

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan? Jawab Saidina Ali : “Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah..

Lumrah..

Manusia alpa tatkala dilimpahi kesenangan.

Intibah..

Syukurilah segala kurniaan Allah s.w.t. Sungguh indah pentarbiahan Illahi.
Moga- moga kita dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya di dunia dan akhirat..
Amiin Ya Rabbal ‘Alamiin..

No comments: