Sunday, April 22, 2012

Sesejuk Maaf di kalbu





Hujung minggu ini, berkesempatan membaca sebuah novel.

Tajuknya, Sesejuk maaf di kalbu.

Tertarik dengan sebaris ayat di muka depannya ,
‘’Api yang marak boleh padam dengan sejuknya air. Dendam yang marak, apa pula pemadamnya? Padamkanlah ia dengan sejuknya MAAF’’.

Cerita ini mengisahkan tiga orang budak lelaki, dari kecil sampai dewasa.
Kisahnya berkisar mengenai keluarga. Ketiga-tiga remaja ini punya masalah keluarga tersendiri. Fazli, ibu bapanya sentiasa sibuk dengan kerjaya. Bapanya seorang pakar motivasi sementara ibunya sibuk dengan persatuan. Manakala Amirul, ibu bapanya berpisah dan bapanya berkahwin lain. Ibunya pula mempunyai sakit mental. Kakaknya mengambil alih tanggungjawab membesarkan adik-adiknya dengan duit haram. Shukri pula dibesarkan ibunya,tanpa ayah. Dia tiga beradik dipelihara oleh ibunya yang sanggup berkorban demi kebahagiaan anak-anaknya.

Namun, dalam arus globalisasi ini remaja terdedah dengan banyak perkara dan ketiga-tiga remaja ini tidak terkecuali. Mereka tergelincir dalam memilih haluan. Dalam kekalutan hidup itu, Amirul tidak habis-habis menyalahkan bapanya. Fazli juga meletakkan kesalahan ke bahu ibu bapanya. Manakala Shukri, kecewa dengan ayahnya namun terbelai dengan ketabahan ibunya.

Sedikit perkongsian,
Terinspirasi membaca kisah tiga serangkai ini. Latar belakang kehidupan mereka penuh onak dan duri. Dan, pengakhirannya cukup indah bila mana kemaafan mendahului amarah dan dendam yang terpendam. Belajarlah memaafkan kerana ia mendamaikan. Binalah kehidupan yang lebih bahagia sekarang dengan kemaafan. Andai hatimu terluka kerana manusia, pasrahlah pada IIahi kerana itu adalah tarbiyahan yang jua indah dariNya. Dan ternyata, Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun kepada hamba-hambaNya yang bertaubat dari kesalahan. Bergeraklah, menuju keredhaan Ilahi~ 

1 comment:

Qaseh Irsalena said...

best tjuknya.....best jgk penulisan mu..mudahan2 kita same2 slg memaafkan..