Mudah-mudahan dipilih Allah untuk menjejakkan kaki ke dua kota suci ini..Allahumma ameen..
"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
Wednesday, January 16, 2013
Menelusuri sirah Rasulullah s.a.w
Kota Makkah dan Madinah, menelusuri sirah Rasulullah s.a.w
Mudah-mudahan dipilih Allah untuk menjejakkan kaki ke dua kota suci ini..Allahumma ameen..
Mudah-mudahan dipilih Allah untuk menjejakkan kaki ke dua kota suci ini..Allahumma ameen..
Tuesday, January 15, 2013
Sang Murabbi
Sang Murabbi sebuah kisah tentang seorang yang bercita-cita tinggi membawa Islam sebagai satu cara hidup buat diri dan masyarakat. Langkahnya, langkah seorang daie. Penyeru kepada kebenaran, menolak kebatilan. Dengan qudwah dan hasanah, menjadi murabbi kepada kader-kader dakwah.
Menginspirasi setiap jiwa yang cinta kepada perjuangan..
'' Tanpa kenal lelah jemu sampaikan firman TuhanMu''
Kita adalah mata rantai kepada perjuangan dakwah para Rasul alaihimussalam
''Di mana sahaja kita berada, di situ dakwah kita kembangkan''
Di antara kemiskinan yang utama berbanding kemiskinan harta
ADALAH
Kemiskinan jiwa, keazaman dan cita-cita untuk kegemilangan Islam
Wahai pemuda, bangkitlah sebagai pejuang membawa keindahan Islam
sebagaimana yang dibawa oleh para Rasul alahimussalam, para ulama' dan seangkatan dengannya
Sang Murabbi,
Wednesday, January 9, 2013
Perjalananku
Mencari ruang untuk berkongsi di ruangan ini. Alhamdulillah, kali ini berkesempatan untuk menulis lagi.
Tahun 2013 sudahpun melabuhkan tirai meninggalkan tahun 2012
Memori-memori di tahun 2012 masih terkesan bagai semalam meninggalkan kembara di musim itu
Mengimbas perjalanan yang lalu
Alhamdulillah, menamatkan pengajian di peringkat ijazah setelah tiga tahun berkembara di perbukitan ilmu
Berpeluang berkonvokesyen bersama ma dan sahabat-sahabat tersayang
Serentak itu, berpeluang meneruskan lagi kembara di perbukitan ilmu ke peringkat pengajian sarjana
Sungguh, ia berlaku dengan pantas tanpa diduga
Perancangan yang sebelumnya kabur, akhirnya dilorongkan kembali ke perbukitan ilmu
Dengan kemampuan yang terbatas, ALLAH mudahkan perjalanan dengan bantuan seorang sahabat yang langsung tidak diduga
Menghulurkan bantuan buat diri yang kian hilang kekuatan untuk meneruskan pengajian
ALHAMDULILLAH
Hakikat yg sebenar, apa sahaja yang diperoleh dari makhluk adalah sebagai wasilah
Hakikatnya Dialah yang mengurniakan, Maha Pemurah..
Dan kembalinya ke perbukitan ini
Episod baru sedang bermula
Medan pentarbiahan yang berbeza
Dengan ceritera baru tentang
Aku , Dia dan mereka..
Setiap ketika, diri ditarbiah dalam mentarbiah
Jangan pernah putus asa membawa dakwah
Kerana itu perjuangan para Rasul alaihimussalam
Mereka datang, dengan seruan kebenaran
Maka bersabarlah dengan ujian yang menimpa
Saat seruanmu yang sedikit itu tidak diterima
Berlapang dadalah dengan sunnah dalam berjuang
Kerana itu hanyalah permulaan
Buat penerus kesinambungan perjuangan para pencinta kebenaran
Setiap hari adalah hari yang terbaik, buat mendekatkan diri kepada Ilahi..
Hidup untuk berjuang
Subscribe to:
Posts (Atom)