Wednesday, January 9, 2013

Perjalananku





Mencari ruang untuk berkongsi di ruangan ini. Alhamdulillah, kali ini berkesempatan untuk menulis lagi.

Tahun 2013 sudahpun melabuhkan tirai meninggalkan tahun 2012

Memori-memori di tahun 2012 masih terkesan bagai semalam meninggalkan kembara di musim itu

Mengimbas perjalanan yang lalu

Alhamdulillah, menamatkan pengajian di peringkat ijazah setelah tiga tahun berkembara di perbukitan ilmu

Berpeluang berkonvokesyen bersama ma dan sahabat-sahabat tersayang

Serentak itu, berpeluang meneruskan lagi kembara di perbukitan ilmu ke peringkat pengajian sarjana

Sungguh, ia berlaku dengan pantas tanpa diduga

Perancangan yang sebelumnya kabur, akhirnya dilorongkan kembali ke perbukitan ilmu

Dengan kemampuan yang terbatas, ALLAH mudahkan perjalanan dengan bantuan seorang sahabat yang langsung tidak diduga

Menghulurkan bantuan buat diri yang kian hilang kekuatan untuk meneruskan pengajian

ALHAMDULILLAH

Hakikat yg sebenar, apa sahaja yang diperoleh dari makhluk adalah sebagai wasilah

Hakikatnya Dialah yang mengurniakan, Maha Pemurah..

Dan kembalinya ke perbukitan ini

Episod baru sedang bermula

Medan pentarbiahan yang berbeza

Dengan ceritera baru tentang

Aku , Dia dan mereka..

Setiap ketika, diri ditarbiah dalam mentarbiah

Jangan pernah putus asa membawa dakwah

Kerana itu perjuangan para Rasul alaihimussalam

Mereka datang, dengan seruan kebenaran

Maka bersabarlah dengan ujian yang menimpa

Saat seruanmu yang sedikit itu tidak diterima

Berlapang dadalah dengan sunnah dalam berjuang

Kerana itu hanyalah permulaan

Buat penerus kesinambungan perjuangan para pencinta kebenaran

Setiap hari adalah hari yang terbaik, buat mendekatkan diri kepada Ilahi..

Hidup untuk berjuang

moga Allah besarkan jiwa ini untuk thabat pada jalanNya..Allahumma ameen~




No comments: