Monday, October 28, 2013

TarbiyahMu Indah


Genap dua semester ana menetap di Ulin Nuha bersama-sama sahabat seperjuangan. Kini, menjengah ke semester tiga. Banyak cerita dan kisah kami bersama. Banyak pengalaman ana peroleh. Setiap individu mempunyai personality tersendiri yang pastinya menyumbang kepada biah solehah yang diimpikan di dalam sebuah keluarga. 

Kehidupan kami di sebuah teratak yang dinamakan ‘Ulin Nuha’ merupakan suatu hadiah yang bernilai dari Allah. Di dalamnya, kami ditarbiah untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Setentunya, proses mengislah diri adalah satu proses yang berterusan.

Soal ibadah, kebajikan, hubungan sesama ahli keluarga amatlah dititikberatkan.

Matapelajaran kehidupan dan kemanusiaan. 
Tiada garis panduan yang tetap sebagaimana subjek akademik lain-lainnya. Memadai aplikasi dan praktik ilmu tersebut dalam kehidupan mendatang.

Ada perdana menteri, menteri hal-ehwal agama, menteri perhubungan, bendahari dan menteri kerja raya. Sekadar menggambarkan setiap orang mempunyai peranan masing-masing yang cukup penting.

Dari seorang teman, ana menyedari usaha untuk istiqamah dalam amal kebaikan adalah amat penting.

Dari seorang teman juga, ana menyedari betapa berharganya penjimatan air, elektrik dan makanan.

Dari seorang teman yang lain, ana menyedari tanggungjawab setiap ahli keluarga untuk menjaga kepentingan bersama.

Dari seorang teman lain lagi, ana menyedari kebersihan dan kekemasan adalah nilai utama seorang muslimah.

Setiap kali ada masalah yang timbul, kami akan bermesyuarat. Berbincang dan mencari penyelesaian bersama. Adab berkeluarga.

** Buat warga Ulin Nuha, uhibbukum fillah**

Tarbiah itu datang dalam pelbagai bentuk, aneka ragam.
Moga tarbiah yang telah, sedang dan bakal dilalui menjadikan kita individu-individu yang sentiasa meningkat, menuju kepada islah dan tajdid.




ana | hotel tarbiyahMu Indah | 29102013 | 0112 am




3 comments:

Faiz As-Syirazi said...

Insha-Allah, pastinya semua itu akan memberi banyak manfaat pada masa-masa akan datang.

Ana said...

mudah-mudahan.. Allahul musta'an.
Memaknakan kehidupan, moga Allah kurniakan kebaikan.

Sakinah Mohammad said...

Hotel TarbiyahMu Indah tu xleh blah...hihi..

Saya pun sayang Nik jgk..lg2 klu Nik nak tgglkn UN...tak sanggup!