Friday, December 13, 2013

Ukhuwwah Fillah


Dalam sesebuah perhubungan sama ada hubungan kekeluargaan mahupun persahabatan, adakalanya kita diuji dengan beberapa situasi :

Membenarkan sikap-sikap buruk teman atas nama sayang, tanpa mahu ditegur atau diberitahu langsung agar diperbaiki sikap buruknya itu. 
*** Bantulah sahabat untuk menjadi lebih baik secara berhikmah

Egois. Merasa diri betul. Tidak mahu menerima teguran apatah lagi mengubah diri. 

*** Lihatlah dengan pandangan hati yang jernih. Berubah untuk kebaikan semua. 

Mementingkan diri.

*** Ukhuwah bukan cerita tentang senyuman manis dan indah semata. Ada masa kita berkongsi kesedihan dan kesukaran.

Menyakiti hati individu-individu di sekeliling kita dengan sengaja atau tidak disebabkan oleh emosi, stress dan tekanan.
*** Belajarlah mengendalikan emosi. Mengurus tekanan. Agar dapat menyantuni individu di sekeliling kita.

Merasa diri banyak melakukan kebaikan dan pengorbanan.
*** Sesuatu perhubungan dapat diteruskan dengan adanya tolak ansur, saling bantu-membantu. banyak memberi. Ikhlaskan diri dalam memberi semata-mata kerana Allah agar tidak timbul rasa tidak puas hati apabila merasakan diri sendiri yang banyak melakukan kebaikan dan pengorbanan dalam persahabatan berbanding teman. 

Buruk sangka
*** Adakalanya tindakan sahabat-sahabat kita diluar jangkaan dan menimbulkan kemarahan. Berbaik sangkalah. Dan kedua-dua pihak, berusahalah untuk memberikan penjelasan yang baik apabila timbul perselisihan dan salah faham.

Melihat kelemahan dan kekurangan sahabat dengan mengabaikan kelebihannya.
*** Ada banyak sebab  kita menyukai dan serasi dengan seseorang. Antaranya kerana kita adalah pelengkap kepada kekurangannya dan kelebihannya adalah pelengkap kepada kekurangan kita. Berlapang dadalah dengan kekurangannya kerana kelebihannya seringkali membahagiakan. Tiada yang sempurna, demikian juga diri kita yang ada banyak kekurangannya. 

Rasa dengki dengan kebaikan yang diperolehi oleh sahabat.
*** Banyakkan beristighfar kerana hati kita sedang sakit. Bergembiralah dengan kebaikan tersebut, berkongsilah kebahagiaan dengannya. Nescaya kita beroleh ketenangan. 

Muhasabah Diri. Perbaiki hati. Jadilah Bahagia dan Membahagiakan.
Strive for mardhatillah :)

Tinggikan nilai ukhuwwah kerana Allah

Salam ukhuwwah sekencang dakwah dari ana.