Sunday, April 27, 2014

Maturity




Saturday, April 19, 2014

Perjalananku III


Kembara di tanah seberang
Alhamdulilah, selamat kembali ke tanahair setelah permusafiran selama 5 hari di Jawa Timur, Indonesia.
Pelbagai peristiwa manis dirakamkan dalam kotak ingatan dan hati.

Dengan itu, dikongsikan sebahagiannya buat teman-teman yang terbaca entri kali ini. Mudah-mudahan bermanfaat.

Prof. Dr. H. Imam Suprayogo berpesan,
'' Agama tidak bisa menjadi mata ajar saja, ia mesti diamalkan, diberi praktik beragama secara langsung.
Pendidikan itu bersifat long-term, ibarat menanam pokok. Hasilnya tidak segera. Bagaimanapun, pendidikan itu membentuk keperibadian agamis iaitu agama yang sudah sebati ke dalam diri.

Prasasti Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim, Malang, Jawa Timur
1. Kaya dengan ilmu
2.Kualiti manusia (amanah, dipercaya)
3.Keadilan
4.Memberi tuntutan ritual agama
5. Konsep amal soleh (bekerja dan beramal secara benar)

:: Menangkap dan mengembangkan Islam agar Islam memimpin di muka bumi ::

Menulis dalam kesibukan
Ditanya bagaimana beliau menghasilkan begitu banyak penulisan? Lalu dijawab,
'' Jangan pernah tidur setelah subuh. Mulakan pagi dengan kebaikan. Bacalah al-Qur'an kemudian tulislah yang kamu mampu. Jika tidak, kamu tidak bisa selesaikan apa yang telah kamu tuliskan. ''

Mudir Pesantren al-Hikam berpesan,
'' Kunci berjayanya sesebuah lembaga yang mendidik santri adalah ikhlasnya pengajar dan ikhlasnya santri untuk menuntut ilmu''
'' Gi mana caranya membina semacam hubungan ruhiyyah antara kiai dan santri adalah keikhlasan kedua-duanya. Secara automatik, akan ada hubungan rohani/ruhiyyah.
'' Hidup berjemaah bina ukhuwwah luar biasa''

''Menyantrikan mahasiswa itu ternyata lebih sulit dari memahasiswakan santri''
Justeru, yang utama dalam tarbiah :
- Redha ibu bapa
-Wajib solat berjemaah
-Mudawamah bacaan al-Qur'an

Kita di pesantren ini, bercita-cita melahirkan santri yang mempunyai sibghah agamis. Bagaimanapun, memasukkan roh keislaman itu terkait dengan hidayah Allah. Secara ikhtiar, para santri harus bermujahadah supaya pantas mendapatkan hidayah Allah.

Akhir kalam, beliau berpesan :
'' Sediakan diri untuk menguruskan umat, nescaya Allah turunkan pertolongan''.

Bahasa Pengantar
Ternyata anak-anak siswa serta dosen di UIN Maliki Malang mahir berbahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Bahasa Arab itu dititikberatkan kerana ia merupakan kunci pembuka ilmu Islam lainnya.
Seorang siswi,  Shafa namanya. Sejurus tahu ana jurusan Bahasa Arab, langsung dia berbahasa Arab. Ngobrol dalam bahasa Arab. Sungguh, mereka itu bagus sekali berbahasa Arab.

Budaya Ilmu
Budaya ilmu di sana begitu subur. Pertanyaan demi pertanyaan diajukan. Demikian juga perbincangan berkait dengan pembentangan oleh peserta dari UKM.

Pesan seorang guru tahfiz di Haiah Tahfiz Qur'an, Maahad Sunan Ampel Al-'Aly
Jika kamu ingin dan bercita-cita menghafaz Qur'an, sentiasa kamu mudawamah bersama Qur'an dan bergurulah.

Catatan : Jatuh hati dengan budaya ilmu di sana.

Ana | Sabtu | 19042014


Saturday, April 12, 2014

Perjalananku II



Jejak Warisan Ilmu Islam ke Indonesia

Pertama kali akan berangkat ke luar negara, meskipun hanya negara seberang

Hati rasa berdebar, fikiran sedikit bercelaru

................................................................................................................................................

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.

Berat hati untuk pergi. Namun, perlu digagahkan jua.

Allah telah memudahkan jalannya. Pasti ada hikmahnya. Yakin.

Mengimbas sebelum dan semasa menguruskan program.

Mendengar perkhabaran dilantik sebagai timbalan pengarah, diri terkedu. Sungguh, tidak menjangka perlu mengurus program seumpama ini.

Masa terus berlalu dan keadaan mendesak diri ini untuk bergerak. Taklifan.

Cuba untuk mengundur diri.
Namun, dihalang dengan kata-kata bimbingan dan nasihat teman-teman.

Kita berada dalam satu organisasi. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Bukan enti seorang yang akan menguruskannya. Kita semua..

Dengan itu, ana terima. Terima taklifan.

Menjadi timbalan pengarah dengan kekurangan dan kelemahan diri. Namun ia bukanlah penghalang. Masa untuk belajar. Pengalaman.

Pengalaman. Untuk mendapat pengalaman, ada harga yang perlu dibayar.

Pengorbanan masa, tenaga bahkan juga air mata.

Menguruskan dari sekecil-kecil perkara tapi memberi impak kepada gerakan.

Belajar berpasukan. Itulah pengalaman paling berharga.

Bila ana berada dalam organisasi, di samping ana ada penguat yang menguatkan, saling bantu-membantu

Setiap ahli ada peranan masing-masing. Saling melengkapi. Apa yang penting kerjasama.

Tarbiah hari ini, untuk ceritera hadapan andai dipanjangkan usia.

Dan Allah adalah sebaik-baik penolong. Tempat pergantungan harapan dan merasakan ketenangan.

Hasbunallah wa ni'mal wakil.

Catatan : Masih tak percaya ana akan berangkat esok. Mohon doa teman-teman yang terbaca entri kali ini. Moga selamat semuanya, dalam pemeliharaan Allah..


Ana | 13042014 | Teratak Hati | 0042 am