Assalamualaikum, temanku yang dikasihi fillah..Diharapkan mampu meluangkan masa untuk membaca n memahami isi kandungan coretan ini.
Allah itu maha Besar dan Islam itu satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah.Pernahkah kita terfikir apakah tujuannya kita berada di muka bumi? Ke manakah halatuju kehidupan kita? Setentunya untuk beribadah kepada Allah Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..Kita akui suatu masa kita akan mati meninggalkan dunia yang fana ini namun kerana indahnya dunia kita terpesona..kita lebih mengejar keseronokan dunia..kita lupa pada pertemuan dgn Tuhan dan Hari Kebangkitan yang penuh dengan soal jawab dan kekacauan..Adakah di saat peluang tertutup barulah kita tersedar akan dosa-dosa kita dan ingin bertaubat? Tidak sama sekali tidak.. Di saat kematian mendatang, di saat nyawa di hujung kerongkong tiada lagi peluang untuk kita bertaubat kerana Allah telah membuka ruang yang begitu luas semasa kita hidup namun kita sia-siakan.
Kita sering mendengar solat itu tiang agama.. Benarkah?? Renung-renungkan, amalan yang pertama sekali dihisab di kubur nanti ialah solat. Tentu sekali kita tidak mampu lagi menidakkan keutamaan solat..Kenapa solat itu penting?? Kerana ia menghubungkan hamba dan Tuhannya..Bagaimana kita mampu meremeh-remehkan solat? Perlu kita sedari, solat itu tiang agama dan sebaik- baik solat adalah yang dikerjakan pada awal waktunya..Kita renung-renungkan..Kenapa ye, kita boleh buat perkara lain berjam-jam namun bagaimana dengan solat kita yang sering kali kita ketepikan n perkara lain kita letakkan di hadapan??Kenapa kita begitu tegar membelakangkan suruhan Allah??Bukankah kita boleh berusaha tingkatkan kualiti solat kita dengan solat di awal waktu, berusaha memahami bacaan solat, berusaha merapatkan hubungan kita dengan Raja Segala Raja iaitu Allah di dalam solat..
Allah sentiasa menyayangi hamba-hambaNya, sedangkan kita sentiasa melupakannya. Nikmat iman dan Islam ini terlalu besar untuk diketepikan..Betapa indah merasa hidup bertuhan. Menjadikan Allah sebagai tempat pergantungan harapan. Kita renungkan, bila kita dalam kesusahan yang teramat sangat, nescaya kita akan kembali kepada Allah,berdoa agar masalah kita dapat diselesaikan tapi..bila kita senang langsung kita lupa diri dan nak menadah tangan berdoa pun agak payah..Sedangkan Allah suka mendengar permintaan hamba-hambanya..Mengapakah kita menjadi begitu sombong terhadap Allah Raja Segala Raja yang menguasai langit dan bumi.. Sama-samalah kita mengingati Allah dalam semua keadaan sama ada susah lebih-lebih lagi di waktu senang untuk menjadi hamba yang bersyukur atas segala kurniaannya..Insyaallah.
Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Justeru itu, sama-samalah kita berusaha meningkatkan amalan kita, akhlak kita, melakukan segala suruhan Allah dengan sebaik-baik pelaksanaan dan meninggalkan segala laranganNya. Mati itu terlalu sakit, kubur itu terlalu gelap terangilah ia dengan bekalan amalan baik. Hakikatnya hidup di dunia ini akan berakhir dan kita akan menuju akhirat yang kekal abadi..Semestinya kita mahu menjadi anggota syurga Allah dengan segala kenikmatan namun fikir-fikirkan apakah persediaan kita untuk merebut balasan itu???Semestinya kita tidak mahu menjadi anggota neraka yang dipenuhi dengan segala kesengsaraan namun fikir-fikirkan apakah persediaan kita untuk menjauhinya???Fikir-fikirkan, renung-renungkan.Semoga Allah memberi kita petunjuk ke jalan yang benar, x tersesat dalam cahaya..Ingatlah, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Lagi Maha Pengampun..Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang Berjaya di dunia dan akhirat..AMIIN.
Catatan : Maghrib tadi teringat lirik lagu nasyid, '' ajal yang datang di muka pintu tiada siapa yang memberitahu''
Lepas isyak, jumpa surat yang pernah dikarang buat seorang teman
Allah2, bila lupa cepat sahaja Allah ingatkan. Astaghfirullah al-azim