Alhamdulillah usai berwalimatul urus tanggal 4 Syawal 1436H. Menerima kehadiran seorang insan yang sebelum ini hanya dikenali dari jauh. Dalam menyelusuri perjalanan kehidupan yang baru, adakalanya hati terusik dengan kenangan bersama teman-teman serumah. Zaman bujang yang telah lama dijalani. Sehingga kadang-kadang, terdetik di hati. Untuk melestarikan sebuah ikatan perkahwinan, ada mahar yang perlu dikorbankan. Antaranya ialah kehidupan bersendiri (bujang).
Untuk kehidupan baru yang baru sahaja bermula, sedang membina kekuatan untuk menjelajah lautan samudera kehidupan. Banyak yang perlu dipelajari. Mengenali hati budi pasangan, menjalin silaturrahim yang erat dengan kedua-dua belah keluarga besar kami dan membina bersama wawasan masa depan dunia dan akhirat.
Terima kasih ya Allah, hadiahkan saya teman-teman yang solehah.
Terima kasih ya Allah, untuk kehidupan yang baru dijalani ini.
Catatan : Entri kali ini cuma luahan rasa dari ana, mohon doa teman-teman yang terbaca entri kali ini.
Terima kasih ^^
Ana | 04082015 | Teratak umiayah @bukit tumbuh, terengganu