Thursday, August 22, 2013

'MAHU' atau 'TIDAK'

Dalam membuat keputusan terhadap sesuatu perkara, ada dua jawapan utama. Sama ada jawapan adalah 'MAHU' atau 'TIDAK'

'MAHU' mencetuskan satu gerakan yang mengarahkan diri kepada tindakan mahupun pelaksanaan bagi mencapai apa yang diputuskan.

'MAHU' adalah motivasi yang mengerakkan usaha.

Sekiranya kita memilih 'MAHU', maka seolah-olah muncul pintu  pada dinding  yang tertutup pada permulaannya.

Sebaliknya apabila kita memilih 'TIDAK', yang kelihatan di hadapan kita adalah dinding dan kita kekal berdiri di hadapan dinding itu tanpa meneruskan langkah. Sebuah benteng wujud dan menghalang kita ke hadapan.

Setiap pilihan sama ada 'MAHU' atau 'TIDAK' mempunyai kesan yang tersendiri ke atas diri kita.

Pilihan yang membawa kebaikan tentunya melalui pertimbangan agama dan akal yang sejahtera dipandu dengan istikharah dan istisyarah.

Pilihlah. Keputusan perlu dibuat. Melewat-lewatkan pemilihan 'MAHU' atau 'TIDAK' menyebabkan kita melakukan pembaziran dan merugikan diri.

Catatan : Berusaha untuk membuat keputusan dalam kehidupan dengan  pertimbangan agama dan akal yang sejahtera dipandu dengan istikharah dan istisyarah.. Bergeraklah kepada kebaikan dengan segera.

 Di mana ada kemahuan, di situ ada highway  - InsyaALLAH-