Thursday, April 23, 2015

Hudud, Suatu Pencerahan



Catatan : Hudud, Suatu Pencerahan

Thursday, April 16, 2015

Nota Penulis 02

Hari ini berkesempatan membaca buku, Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen (disusun dan diberi pengenalan oleh Mawar Safei dan Nisah Haji Haron)

Alkisahnya belek-belek buku kat sudut bacaan ringan PTSL. Akhirnya tertarik untuk baca.

Buku yang berkisar pengalaman penulis dalam menghasilkan karya kreatif mereka.

Ringkasan proses kreatif mereka dalam menulis saya kongsikan.

Bagaimana saya menulis?

1) Isu di sekeliling
2) Coret idea yang berkaitan
3) Cipta watak dan judul
4) Pengembangan plot & konflik

Karya yang baik adalah karya yang seimbang IQ, EQ dan SQ. Sesebuah karya mesti mengandungi elemen ilmu, kecerdasan emosi menangani pembaca yang pelbagai dan berupaya mendekatkan hati pembaca kepada Allah  - Salina Ibrahim lewat cerpennya, IMAM

Bagaimana membina isu, menjana idea?

1) Kolaborasi beberapa pengalaman yang dilalui.
2) Pemerhatian terhadap latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
3) Tajamkan pemikiran melalui pengamatan terhadap sekeliling

Watak akan memintal kehidupan melewati alam. Watak akan berkelana dalam impiannya yang terbemgkalai. Watak berbicara dengan alam dan manusia sekeliling - Samsiah Mohd Nor lewat cerpennya, LAZUARDI

Bagaimana menggarap isu?
1) Penulisan bertujuan
(Kritikan, teguran, reaksi terhadap persekitaran, fitrah kesenian, pengalaman hidup, dakwah, ilmu)
2) Sentuhan rasa, emosi

Manusia akan lebih faham, lebih terasa dan lebih mudah menerima sesuatu melalui sentuhan emosi - Jais Sahok lewat cerpennya, JIJI-MOGA MOGA KAU MENDENGAR

Bagaimana melakar watak & perwatakan?

1) Antagonis (Hitam) VS Protagonis (Putih)
2) Bina kerangkan sifat & laku watak
3) Kepelbagaian watak berdasar latar masyarakat

Paparan watak-watak wanita yang pelbagai sikap dan pandangan terhadap perintah agama menunjukkan pentingnya golongan wanita dalam kelompoknya mengubah suasana gelap dan hitam menjadi terang dan putih menerusi peranan wanita mulia, beriman dan bertakwa dalam usaha dakwah mereka. Kamariah Kamaruddin lewat cerpennya, TENTANG HIJAB

Bagaimana membina konflik dan klimaks?

1) Konflik disertakan mesej pendidikan, perutusan, peringatan yang mencetus keinsafan 
2) Konflik diimbangi dengan kewajaran (rasional)
3) Konflik disudahi dengan klimaks yang mewajarkan tindakan

Oh Tuhan! Di mana khilafku? Atau kerana aku hanya berbangga dengan namaku Solehah? Sedangkan aku pernah terbaca dalam surah al-Nahl ayat 58-59)...
Ibu dan ayah diuji dengan aku. Aku anak perempuan ibu ayah. Aku diberi nama Solehah. Tetapi, benarkah aku taat dan patuh kepada perintah Allah yang dimaksudkan dengan namaku itu?

.. cukuplah jika cerpen ini menjadi sandaran kepada golongan Hawa, memperoleh rasa keinsafan dan keinsanan. Saya berusaha memberi peringatan untuk pembaca malahan juga peringatan untuk diri sendiri. Kamariah Kamaruddin lewat cerpennya, TENTANG HIJAB


Ana | 16042015 | 1059pm | Dataran Tun Seri Lanang, UKM 

Penulis dan Menulis Suatu Cerita dalam Cerita

Hari ini bangun dengan suatu perasaan. Rutin yang memang menjadi rutin. Rasa agak hambar dengan perkara yang berulang-ulang. Kata seorang teman, jom buat sesuatu yang lain. Lain dari kebiasaan. Okay cadangan tu menarik! 

Beralih ke cerita lain. 

Pembentukan diri kita seringkali dipengaruhi persekitaran, siapa teman selingkungan, bagaimana suasana persekitaran dan juga apa yang dijalani dalam kehidupan sehari-hari. Bina pengaruh kepada orang lain dengan sesuatu yang positif dan bermanfaat. Contoh, solat berjemaah, solat di awal waktu. Disiplinkan diri dan ajak orang sama-sama, dengan optimisnya ia akan menjadi subur dalam kalangan kita.

Beralih ke cerita lain.

Budaya membaca. Di zaman kecanggihan teknologi dan kepelbagaian gajet, telefon pintar sedikit sebanyak dah mengurangkan minat generasi masa kini untuk bergulat dengan buku. Menanggapi pemikiran yang disampaikan lewat karya berbentuk penulisan. 

Apa kaitan semua perkara di atas dengan posting kali ni?

Sambung cerita lain lagi.. 
(haha, gelak sorang-sorang)

Dari dulu, cita-cita tinggi. Nak jadi penulis. Penulisan kreatif. Dua tiga hari terfikir, macam mana nak realisasikan. Rasa belum cukup kemampuan untuk mengolah sesuatu yang boleh dijadikan perkongsian bermanfaat. Terhenti sekejap.

Pagi kelmarin, sembang-sembang santai dengan kawan sambil minum teh tarik ^^
Apa dia nak buat, akan datang-datang? (kalau panjang umurnya)
Jawabnya : Sekarang masa untuk belajar, belajar dan belajar. 
Kemudian, mengajar
Dan menulis. 

Mungkin, kedengaran agak tinggi cita-cita untuk menulis tanpa mempunyai persediaan dan kelengkapan yang cukup. Betul juga, kalau nak berkongsi kena ada ilmu dan signifikasi untuk disampaikan. Jadi kenalah bermula dari awal. Belajar selok-belok penyampaian. Supaya mesej dapat sampai dan dihayati.

Catatan : Terima kasih kerana membaca ^^

Ana | 16042015 | Dataran Tun Seri Lanang, UKM



Wednesday, April 15, 2015

Terima Kasih yang Magis


Santai petang

Duduk-duduk di dataran Tun Seri Lanang. Tempat lepak kami sekian hari.
Menyelesaikan tugasan-tugasan pengajian sambil memerhatikan orang yang lalu lalang
Okay, nak mula cerita santai petang.

Terima kasih
Pernah tak kita cuba perhatikan dan selami dua rangkap kata ini?
Terima kasih.

Alkisahnya, seorang teman bagi baca sebuah buku. Tajuknya Magic. Entah apa sambungannya, lupa sudah.
Bab pertama
Biarkan magis bermula
Tulis perkara yang membuat kamu rasa ingin berterima kasih
Tak kisah apa pun perkara tersebut
Sekurang-kurangnya 10 perkara.
Okay, jom kita mula!
Fikir dan tulis

................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................

Kita buat eksperimen. Bagaimana perasaan selepas fikir dan tulis?
Rasa lapang, ya tak?

Pemikiran positif itu mampu dibentuk. Hari-hari kita mulakan dengan rasa syukur kepada Allah. Terima kasih kepada manusia-manusia di sekeliling. Dan hargai apa yang Allah berikan pada kita. Dengan itu, kita boleh rasa gembira dengan kehidupan.

Jangan lupa, hidup ini terlalu singkat untuk perkara-perkara negatif yang kita fikir dan rasa.
Hargai nikmat yang Allah berikan.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah

Catatan : Terima kasih kerana membaca ^^

Ana | 15042015 | Dataran Tun Seri Lanang, UKM



Wednesday, April 8, 2015

Nota Penulis 01

Penulis sesuatu ilmu itu akan sampai ke arah tujuannya, apabila penulisnya seorang yang beriman dan beramal dengan apa yang ditulis di samping ilmunya dengan apa yang ditulis. Terutamanya ilmu Islam yang mempunyai peranan besar di muka bumi ini. Dan setiap perkara di dalam agama ini ada ilmunya. 

Petikan kata pengantar, buku Jalan Dakwah karya Mustafa Masyhur

Demikian, apabila membaca kata pengantar ini dapatlah difahami siapa itu penulis dan bagaimana sesebuah buku itu ditulis. Menerusi olahan ilmu dan amal, begitu acuan sesebuah penulisan yang bermanfaat

Catatan : Tip menjadi seorang penulis

Ana | 08042015 | 0636 pm 

Saturday, April 4, 2015

Fiqh Wanita 2





Catatan : Kupasan mengenai darah wanita disampaikan oleh Ustazah Isfadiah