Hari ini bangun dengan suatu perasaan. Rutin yang memang menjadi rutin. Rasa agak hambar dengan perkara yang berulang-ulang. Kata seorang teman, jom buat sesuatu yang lain. Lain dari kebiasaan. Okay cadangan tu menarik!
Beralih ke cerita lain.
Pembentukan diri kita seringkali dipengaruhi persekitaran, siapa teman selingkungan, bagaimana suasana persekitaran dan juga apa yang dijalani dalam kehidupan sehari-hari. Bina pengaruh kepada orang lain dengan sesuatu yang positif dan bermanfaat. Contoh, solat berjemaah, solat di awal waktu. Disiplinkan diri dan ajak orang sama-sama, dengan optimisnya ia akan menjadi subur dalam kalangan kita.
Beralih ke cerita lain.
Budaya membaca. Di zaman kecanggihan teknologi dan kepelbagaian gajet, telefon pintar sedikit sebanyak dah mengurangkan minat generasi masa kini untuk bergulat dengan buku. Menanggapi pemikiran yang disampaikan lewat karya berbentuk penulisan.
Apa kaitan semua perkara di atas dengan posting kali ni?
Sambung cerita lain lagi..
(haha, gelak sorang-sorang)
Dari dulu, cita-cita tinggi. Nak jadi penulis. Penulisan kreatif. Dua tiga hari terfikir, macam mana nak realisasikan. Rasa belum cukup kemampuan untuk mengolah sesuatu yang boleh dijadikan perkongsian bermanfaat. Terhenti sekejap.
Pagi kelmarin, sembang-sembang santai dengan kawan sambil minum teh tarik ^^
Apa dia nak buat, akan datang-datang? (kalau panjang umurnya)
Jawabnya : Sekarang masa untuk belajar, belajar dan belajar.
Kemudian, mengajar
Dan menulis.
Mungkin, kedengaran agak tinggi cita-cita untuk menulis tanpa mempunyai persediaan dan kelengkapan yang cukup. Betul juga, kalau nak berkongsi kena ada ilmu dan signifikasi untuk disampaikan. Jadi kenalah bermula dari awal. Belajar selok-belok penyampaian. Supaya mesej dapat sampai dan dihayati.
Catatan : Terima kasih kerana membaca ^^
Ana | 16042015 | Dataran Tun Seri Lanang, UKM