Hari ini berkesempatan membaca buku, Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen (disusun dan diberi pengenalan oleh Mawar Safei dan Nisah Haji Haron)
Alkisahnya belek-belek buku kat sudut bacaan ringan PTSL. Akhirnya tertarik untuk baca.
Buku yang berkisar pengalaman penulis dalam menghasilkan karya kreatif mereka.
Ringkasan proses kreatif mereka dalam menulis saya kongsikan.
Bagaimana saya menulis?
1) Isu di sekeliling
2) Coret idea yang berkaitan
3) Cipta watak dan judul
4) Pengembangan plot & konflik
Karya yang baik adalah karya yang seimbang IQ, EQ dan SQ. Sesebuah karya mesti mengandungi elemen ilmu, kecerdasan emosi menangani pembaca yang pelbagai dan berupaya mendekatkan hati pembaca kepada Allah - Salina Ibrahim lewat cerpennya, IMAM
Bagaimana membina isu, menjana idea?
1) Kolaborasi beberapa pengalaman yang dilalui.
2) Pemerhatian terhadap latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
3) Tajamkan pemikiran melalui pengamatan terhadap sekeliling
Watak akan memintal kehidupan melewati alam. Watak akan berkelana dalam impiannya yang terbemgkalai. Watak berbicara dengan alam dan manusia sekeliling - Samsiah Mohd Nor lewat cerpennya, LAZUARDI
Bagaimana menggarap isu?
1) Penulisan bertujuan
(Kritikan, teguran, reaksi terhadap persekitaran, fitrah kesenian, pengalaman hidup, dakwah, ilmu)
2) Sentuhan rasa, emosi
Manusia akan lebih faham, lebih terasa dan lebih mudah menerima sesuatu melalui sentuhan emosi - Jais Sahok lewat cerpennya, JIJI-MOGA MOGA KAU MENDENGAR
Bagaimana melakar watak & perwatakan?
1) Antagonis (Hitam) VS Protagonis (Putih)
2) Bina kerangkan sifat & laku watak
3) Kepelbagaian watak berdasar latar masyarakat
Paparan watak-watak wanita yang pelbagai sikap dan pandangan terhadap perintah agama menunjukkan pentingnya golongan wanita dalam kelompoknya mengubah suasana gelap dan hitam menjadi terang dan putih menerusi peranan wanita mulia, beriman dan bertakwa dalam usaha dakwah mereka. Kamariah Kamaruddin lewat cerpennya, TENTANG HIJAB
Bagaimana membina konflik dan klimaks?
1) Konflik disertakan mesej pendidikan, perutusan, peringatan yang mencetus keinsafan
2) Konflik diimbangi dengan kewajaran (rasional)
3) Konflik disudahi dengan klimaks yang mewajarkan tindakan
Oh Tuhan! Di mana khilafku? Atau kerana aku hanya berbangga dengan namaku Solehah? Sedangkan aku pernah terbaca dalam surah al-Nahl ayat 58-59)...
Ibu dan ayah diuji dengan aku. Aku anak perempuan ibu ayah. Aku diberi nama Solehah. Tetapi, benarkah aku taat dan patuh kepada perintah Allah yang dimaksudkan dengan namaku itu?
.. cukuplah jika cerpen ini menjadi sandaran kepada golongan Hawa, memperoleh rasa keinsafan dan keinsanan. Saya berusaha memberi peringatan untuk pembaca malahan juga peringatan untuk diri sendiri. Kamariah Kamaruddin lewat cerpennya, TENTANG HIJAB
Ana | 16042015 | 1059pm | Dataran Tun Seri Lanang, UKM