Sunday, December 11, 2011

Nota Persahabatan




Buat sahabat..

Tiba-tiba kenangan lalu kembali menyapa. Menggamit ingatan kepada sebuah pertemuan. Kehadiran yang mendamaikan hati tatkala ditimpa resah. Kehadiran yang membawa seribu erti.Benar, dalam hidup kita tidak mampu terus menerus sendiri. Kita memerlukan teman yang bernama sahabat.


Bicara tentang sahabat:
'' Sahabat yang beriman ibarat mentari menyinar. Sahabat yang setia ibarat pewangi yang mengharum.Sahabat sejati jadi pendorong impian. Sahabat yang berhati mulia membawa kita ke jalan Allah''.

Allahu Allah, terasa begitu indah pentarbiyahanMu. Aku jua insan biasa, seringkali lemah. Jatuh. Tersungkur. Saat diri tenggelam, Kau hadirkan sinaran. Kau bekalkan semangat untuk terus berkembara. Seolah-olah terasa lindunganMu, saat Kau hadiahkan insan-insan bernama sahabat. Terasa biasan iman, tatkala bersama mereka. Terasa anugerahMu, tatkala diri dipandu menujuMu.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tidak pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan kurnia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Ya Allah
Restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami
Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat
Amiin ya Rabbal 'Alamiin..

Thursday, December 8, 2011

Nota Bicara..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Bertuturlah kerana Allah
Peliharalah kata-katamu dari perkara sia-sia
Lontarkanlah fikrah, tuturkanlah kata pengubat jiwa
Kalam nasihat buat bekal musim-musim kembara..
Membawa zikir dan fikir kepada Pencipta..

Secebis nota bicara, sebingkis pesan buat diri..

Saturday, December 3, 2011

Teruslah Tersenyum, Tetaplah Bersyukur



Senyum..

Senyum itu ekspresi yang menceritakan sebuah kebahagiaan, kesenangan dan ketenangan..

Senyum juga merupakan suatu ekspresi yang terbit dari rasa syukur..


Jika kita mampu merasakan segala kenikmatan yang Allah anugerahkan meliputi kenikmatan setiap udara yang kita hirup, setiap kerdipan mata kita, setiap pendengaran kita, setiap denyut nadi dan degup jantung kita, setiap langkah kaki yang kita ayunkan, setiap gerakan dari anggota badan kita. Maka hidup kita akan penuh dengan senyum. Betapa banyak kenikmatan yang kita rasakan. Bahkan kenikmatan itu terasa bertambah dan bertambah setiap detik.
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..

Bahkan ketika masalah menimpa, cubalah untuk terus tersenyum dan bersyukur, tetaplah positif dengan ujianNya. Insya ALLAH masalah yang kita hadapi akan terasa lebih ringan dan bahkan jalan keluarnya pasti ada dengan izin Allah. Teruslah tersenyum, tetaplah bersyukur ..


Rasulullah s.a.w juga pemurah dengan senyuman. Dikisahkan seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Jarir ibn Abdullah al- Bajali berkata : ‘’Tidaklah sekali- kali Rasulullah s.a.w melihatku melainkan selalu tersenyum kepadaku’’. Jarir merasa bangga dengan anugerah ini dan merasa begitu senang dengan kemurahan ini sehingga dia mengisytiharkannya. Senyuman yang begitu tulus dan lembut ini jauh bererti bagi Jarir dari kenangan lain dan jauh lebih berharga dari harapan selain itu. Senyuman yang ditujukan kepada Jarir ini cukup untuk memenuhi jiwanya dengsn kelembutan dan kebajikan bahkan mengenyangkan hatinya dengan rasa kasih sayang yang begitu menyentuh.


Rasulullah s.a.w bersabda :
‘’Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)’’ – Hadith Riwayat Muslim



Tersenyumlah, padanya ada terselit kedamaian.. Sebarkan kasih sesama insan..

Tuesday, November 29, 2011

TENTANG CINTA






Cinta

Mendefinisikan cinta..

Dalam diri kita, ada dua kekuatan. Yang pertamanya baik dan keduanya buruk. Kekuatan yang baik itu lahir dari lubuk hati yang paling dalam.

Cinta didefinisikan sebagai kejernihan, bersih dan putih.

Cinta juga ialah kecenderungan hati kepada yang dicintai.

Cinta menyebabkan pencinta melakukan apa sahaja yang diingini oleh orang yang dicintai. Sehingga pencinta hanya melihat kepada orang yang dicintai, tidak kepada selainnya. Cinta buta dan tuli.“Sesiapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintai olehnya’’.

Cinta itu interaksi dari dua pihak iaitu pencinta dan orang dicintai. Di antara keduanya ada ikatan (rabithah).

Cinta: Mencintai dan dicintai untuk sebuah kebahagiaan. Kebahagiaan hakiki itu sumbernya dari Allah. Allah Pemilik Segala Kesempurnaan. Cinta kepadaNya beri kebahagiaan.

Cinta itu pengorbanan. Mengorbankan rasa terkorban. Sebuah keikhlasan.

Cinta itu ikatan, kepercayaan.
Bahawasanya Allah ketika menciptakan manusia tiada dibezakan mukmin atau kafir. Setelah penciptaan, sesiapa yang menerima cinta Allah disebut mukmin dan sesiapa yang menolak cinta Allah disebut kafir.
Cinta itu murni, bersih kerana Allah.

CINTA..

Cinta boleh tumbuh kerana banyaknya seseorang memberi, serta berkurang tatkala kurang memberi.
Hati kita ini, akan selalu terpaut untuk mencintai orang yang banyak berbuat baik kepada kita
TAPI..

Allah tidak pernah berhenti berbuat baik kepada kita.

SOALNYA..
Adakah kita CINTA?

CINTA MANUSIA..

Manusia itu seringkali menyakiti.

MAKA..
Jangan mudah percaya..

KECUALI..

Yang mencintai dan membenci kerana Allah..
Bercintalah sesama manusia kerana Allah..