Sunday, December 11, 2011

Nota Persahabatan




Buat sahabat..

Tiba-tiba kenangan lalu kembali menyapa. Menggamit ingatan kepada sebuah pertemuan. Kehadiran yang mendamaikan hati tatkala ditimpa resah. Kehadiran yang membawa seribu erti.Benar, dalam hidup kita tidak mampu terus menerus sendiri. Kita memerlukan teman yang bernama sahabat.


Bicara tentang sahabat:
'' Sahabat yang beriman ibarat mentari menyinar. Sahabat yang setia ibarat pewangi yang mengharum.Sahabat sejati jadi pendorong impian. Sahabat yang berhati mulia membawa kita ke jalan Allah''.

Allahu Allah, terasa begitu indah pentarbiyahanMu. Aku jua insan biasa, seringkali lemah. Jatuh. Tersungkur. Saat diri tenggelam, Kau hadirkan sinaran. Kau bekalkan semangat untuk terus berkembara. Seolah-olah terasa lindunganMu, saat Kau hadiahkan insan-insan bernama sahabat. Terasa biasan iman, tatkala bersama mereka. Terasa anugerahMu, tatkala diri dipandu menujuMu.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tidak pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan kurnia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Ya Allah
Restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami
Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat
Amiin ya Rabbal 'Alamiin..