Monday, January 2, 2012

Nota Buatmu Penuntut



Nota dari sahabat buat sahabat,
Bicara seorang teman dalam sebuah perkongsian. Ukhti,
Sebelum belajar, pasakkkan niat bahawa aku belajar kerana Allah. Motivasikan diri dengan kelebihan yang diperolehi oleh penuntut ilmu sebagaimana yang telah dinukilkan di dalam sabda junjungan Nabi Muhammad s.a.w :
Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena redha dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, termasuk ikan-ikan yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bahagian yang banyak sekali."

(H.R .Abu Daud dan Tirmizi)

Ukhti, luangkan waktumu untuk membina hubungan denganNya,
✿Melatih diri dengan disiplin iaitu membaca al-Quran sebelum belajar hatta 1 mukasurat. Bukan hanya tilawah, bahkan disertai dengan tadabbur maksud kalamullah~

✿Berwuduk dan solat sunat dua rakaat apabila tidak dapat fokus dalam belajar untuk mengembalikan cas positif dalam diri serta menjauhi gangguan syaitan. Paling minima, sentiasa perbaharui wuduk kerana ilmu itu cahaya.

✿Jangan lupa, menyebut nama Allah..Bacalah dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

✿Mengutamakan seruan Allah..Solat apabila masuk waktunya, dalam solat itu ada ketenangan. Paling penting, mengutamakan seruan Allah untuk menghadapNya di awal waktunya.

Terngiang-ngiang pesan sahabat itu, ‘’Ukhti, matlamat belajar bukan hanya untuk mendapatkan sekeping sijil, bukan untuk score 4 Flat semata …

Tapi lebih dari itu..

Mendamba sebuah keberkatan, untuk diamalkan dan dimanfaatkan untuk kepentingan ummah, Islam..di dunia jua nun di akhirat sana..
Benarlah titipan itu, pesan dari sahabat buat sahabat, dititipkan buat penuntut ilmu sementelah di fatrah imtihan ini..
Syukran, sahabat atas titipan itu..

No comments: