Sunday, July 28, 2013

Si Kecil dan al-Qur'an




Rasa terhibur mendengar bacaan al-Qur'an dari anak- anak yang sedang meningkat dewasa.

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan menjadi guru mengaji kepada beberapa orang anak kecil.

Fitrah anak-anak kecil ini cintakan ilmu dan mengambil berat mengenai bacaan mereka.

Seringkali mereka bertanya, '' ustazah. macam mana bacaan yang betul? Kenapa begini dan begitu?

Pertanyaan demi pertanyaan, tulus dari hati mereka yang teruja untuk mengetahui..

Satu surah demi satu surah..

Adakalanya, si kecil 'Aqilah bertanya, '' ustazah, apa maksud surah ni? Tatkala mendengar bacaannya pada surah al-Waqiah. Kerana rima akhir surah tersebut indah, lalu dia bertanya.

Seronok dapat menghuraikan dan memberi penjelasan kepada pertanyaan si kecil itu.

Pengalaman manis tercipta bersama mereka. Banyak kisah dengan mereka.

Moga cinta kepada al-Quran terus subur dalam jiwa..

Saturday, July 27, 2013

"Badar Al-Kubra : Peristiwa Dan Pengajaran".


Badar al-Kubra : Peristiwa dan Pengajaran. Jom telusuri kisahnya 

Setiap kali kedatangan Ramadhan al-Mubarak akan mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini, yang menghendaki kita sama-sama merenungi dan mengambil pengajaran darinya. Antara peristiwa besar yang berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peperangan Badar al-Kubra pada tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah. Peperangan ini adalah merupakan titik tolak kepada kemenangan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan risalah Islam seterusnya.


Peristiwa yang bersejarah ini berlaku setelah Rasulullah s.a.w. mendengar berita bahawa qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian bin Harb sedang dalam perjalanan pulang dari Syam menuju ke Mekah. Peluang itu diambil oleh Rasulullah s.a.w.  bersama-sama 313 orang sahabat keluar ke Badar bagi mengambil barangan perniagaan tersebut sebagai gantian harta orang Islam yang dikuasai oleh musyrikin Mekah setelah umat Islam berhijrah ke Madinah.

Sekalipun qafilah Abu Sufian telah terselamat dari sekatan Rasulullah s.a.w.  dan tidak lagi memerlukan bantuan tentera Quraisy dari Mekah, namun Abu Jahal yang memimpin hampir seribu bala tentera yang lengkap bersenjata, dengan angkuh dan sombong menyatakan:
"Demi Allah! Kita tidak mahu pulang sekarang sehingga kita sampai di Badar. Kita berpesta di sana selama 3 hari, kita sembelih unta, minum arak dan menyanyi sehingga seluruh bangsa Arab mengetahui perhimpunan dan kedatangan kita. Maka kehebatan kita terus menerus dapat dilihat oleh mereka".

Untuk menghadapi saat yang getir ini, Rasulullah s.a.w. segera mengadakan mesyuarat dan meminta pandangan para sahabatnya dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Para sahabat semuanya memberi ikrar taat setia akan tetap berdiri teguh bersama Rasullah s.a.w.  dalam menghadapi tentera pimpinan Abu Jahal tersebut. Inilah kehendak Allah SWT kepada Rasulullah s.a.w.  dan para sahabatnya seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat ke 7 :
"Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahawa yang tidak mempunyai kekekuatan senjatalah yang untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir".

Pagi Jumaat 17 Ramadhan telah tiba, kedua-dua belah pihak telah bersedia untuk berperang. Rasulullah s.a.w.  sendiri telah menyusun sof tenteranya dengan susunan yang kemas dan rapi. Ketika itu pergantungan Rasulullah s.a.w.  hanyalah kepada Allah SWT. Rasulullah s.a.w.  dengan penuh harapan mengangkat tangan bermunajat memohon pertolongan Allah SWT dengan doanya yang bermaksud:
"Ya Allah! Ya Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku, jika binasa pasukan yang kecil ini, maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini".

Pertempuran bermula dengan Rasulullah s.a.w.  meminta agar Ubaidah bin Harith, Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali mara untuk menentang tiga pemimpin Quraisy iaitu Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah dan al-Walid bin Utbah yang telah mencabar tentera Islam. Ketiga-tiga pahlawan Islam itu telah berjaya membunuh ketiga-tiga musuh mereka di mana kemenangan ini merupakan kemenangan awal dalam menyemarakkan lagi semangat jihad.

Selepas itu berlakulah pertempuran sengit. Tentera Islam mengambil tindakan bertahan. Sementara Rasulullah s.a.w. terus-menerus bermunajat kepada Allah SWT, sehinggalah Allah SWT mengkabulkan doanya, dengan menghantar  tentera dari kalangan malaikat yang turun berduyun-duyun membantu tentera Islam. Hal ini telah diabadikan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al-Anfal ayat ke 9:
"Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut".


Tentera Rasulullah s.a.w. bukan sahaja mengambil setrategi bertahan, bahkan meraka mula mengambil tindakan menyerang dengan bantuan tentera-tentera dari kalangan malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT. Para tentera Islam dapat saksikan bagaimana terputusnya kepala dan tangan musuh tanpa dapat dilihat sesiapa yang memancungnya. Pada pusingan ini, Abu Jahal sendiri telah berjaya dibunuh, dan kepalanya dibawa kepada Rasulullah s.a.w.  seraya Baginda menyatakan bahawa inilah dia Firaun umat ini.


Dengan terbunuhnya Abu Jahal maka berakhirlah peperangan yang bersejarah ini dengan memberi kemenangan yang nyata kepada tentera Islam. Seramai 70 orang pembesar musyrikin telah terbunuh dan 70 orang lagi berjaya ditawan. Sementara itu hanya 14 orang tentera Islam telah gugur syahid. Berita kemenangan ini disambut oleh penduduk Madinah dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan dengan laungan takbir dan tahlil kepada Allah SWT. Kemenangan ini telah meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi dan umat Islam menjadi bangsa yang kuat, bukan lagi sebagai mangsa penindasan para kuffar.


Melalui peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang penuh bersejarah ini, terlalu banyak pengajaran dapat kita petik dan teladani sebagai bekalan kehidupan harian kita. Antaranya ialah:
Pertama:    Agama Islam yang kita anuti dan nikmati hari ini adalah merupakan hasil perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tinggi dari para pendukungnya, khususnya Nabi dan para sahabat baginda s.a.w.. Oleh yang demikian, marilah kita hargai Islam ini dengan mengamalkan sepenuhnya.

Kedua:       Syura atau bermesyuarat sebelum membuat apa-apa keputusan dalam perkara yang tiada nas yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah, adalah merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap, yang tidak harus diabaikan.

Ketiga:       Keimanan yang kental, doa yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT merupakan senjata yang ampuh dan berkesan bagi menghadapi sebarang serangan musuh-musuh Allah dan Islam di sepanjang zaman.

Keempat:   Sesuatu kebenaran itu tidak akan dapat ditegakkan jika ianya tidak disertai dengan setrategi yang betul, perancagan dan penyusunan yang kemas dan rapi.

Kelima:      Sebagai umat Islam kita mestilah yakin bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada perjuangan Islam sekalipun jumlah pendokongnya kecil dan kekuatannya terhad.


Semoga semangat dan roh kemenangan Badar al-Kubra yang bersejarah ini akan kembali berulang di abad ini, dan membakar semangat kita supaya sama-sama kita bangkit menghayatinya dengan teguh mendokong perjuangan Islam dan kepimpinannya. Dengan itu sahajalah, agama Islam akan terbela, syariatnya akan tertegak gagah dan rahmatnya akan dapat dinikmati dalam negara ini oleh semua lapisan masyarakat dalam tempoh terdekat InsyaAllah.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka, mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar".
                                                                                                                                  (At-Taubah: 111)  


Catatan : Alhamdulillah, berkesempatan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh YAB  Ahmad Yaakob di majlis iftar anak Kelantan di perantauan. Dalam pengisiannya, beliau menceritakan mengenai kelebihan bulan Ramadhan dan mengulas mengenai Perang Badar Kubra yang berlaku pada tanggal 17 Ramadhan.Perkongsian lanjut mengenai Badar al-Kubra buat ana dan sahabat-sahabat yang terbaca entri kali ini adalah  teks khutbah  Jumaat yang telah disampaikan pada 27 Julai 2012 .

Wednesday, July 24, 2013

Memohon Sepenuh Jiwa

Doa itu senjata orang mukmin..

Doa itu penghubung antara hamba dan Tuhannya

Di dalam bulan Ramadhan yang dipenuhi barakah ini, sama-samalah kita perbanyakkan memanjatkan doa kepadaNya

Memohon sepenuh jiwa dari Dia yang Maha Berkuasa.

Berkesempatan membaca entri seorang sahabat blogger yang menyertakan sebuah bingkisan doa..

 Sebagai perkongsian buat diri ana dan sahabat2x yang terbaca entri kali ini, 


Sama2x kita menadah tangan dan bermohon padaNya, 


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah ! Aku memulakan syukurku dengan memuji-Mu, Engkau yang mengarahkan kebenaran dengan anugerah-Mu, aku yakin Engkaulah yang Maha Kasih & Maha Penyayang di tempat pengampunan dan rahmat. Engkaulah yang lebih keras siksaannya di Hari Pengadilan dan kemarahan, Engkaulah yang lebih takabbur di tempat kengkuhan & keagungan.. 

Ya Allah ! Engkau izinkanlah aku untuk berdoa dan meminta kepada-Mu, maka dengarkanlah wahai yang Maha Mendengar akan pujianku, kabulkanlah wahai Yang Maha Belas atas doaku, ampunilah kesalahanku wahai yang Maha Pengampun.. Tuhanku, betapa banyak kesulitan yang telah Engkau lapangkan, kesedihan yang telah Engkau sirnakan, dosa yang telah Engkau hapuskan, rahmat yang telah Engkau tebarkan, rantai penderitaan yang telah Engkau rungkaikan..

Segala puji bagi Allah seutuhnya dengan semua pujian untuk-Nya atas segala nikmat-nikmat-Nya yang tidak pernah berkurang.. Segala puji bagi Allah yang tiada bandingan dalam kekuasaan-Nya, tiada penentang dalam urusan-Nya. Segala puji bagi Allah yang tiada sekutu dalam penciptaan-Nya, tiada penyerupaan dalam keagungan-Nya.. Segala puji bagi Allah yang nampak perbuatan dan pujian-Nya dalam penciptaan, yang kasar mata keagungan-Nya dengan kemuliaan, yang menghulurkan qudrah-Nya dengan kedermawanan, yang tidak berkurangan kekayaan-Nya, tidak bertambah kerana banyak-Nya pemberian. Dialah yang Maha Mulia dan maha Pemberi.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu, sedikit dari yang melimpah, kerana keperluanku yang besar terhadapnya dan bukan keperluanMu yang kekal atasnya, keperluan itu di sisiku adalah besar, sementara bagiMu adalah sederhana dan remeh.

Ya Allah, keampunanMu atas dosaku, atas kesalahanku, kemurahanMu atas kezalimanku, kerahsiaanMu atas buruknya amalanku dan kesabaranMu atas banyaknya kejahatan yang aku lakukan secara sengaja, memberanikan diriku untuk meminta kepadaMu sesuatu yang tidak layak aku dapatkan dariMu, sesuatu yang Engkau berikan kepadaku rahmatMu, Engkau kenalkan aku kerana kedermawananMu, kerananya aku berdoa kepadaMu dengan penuh rasa aman, memohon kepadaMu dengan penuh ketenangan, tiada rasa takut atau khuatir kepadaMu atas keperluanku kepadaMu. Apabila jawabanMu lambat, aku mencercaMu kerana kebodohanku, padahal kelambatan itu lebih baik bagiku kerana Engkau mengetahui akibat dari semua urusan.

Wahai Tuhanku, aku tidak menjumpai Tuan yang lebih murah hati dan lebih sabar terhadap hamba yang tidak tahu berterima kasih seperti aku, selainMu. Engkau memanggilku, aku berpaling dariMu, Engkau mencintaiku, aku membenciMu, Engkau menyayangiku, aku abaikan rasa kasih sayangMu, seolah-olah aku berhak mengajariMu. Namun, kebiadabanku itu tidak pernah menghalangiMu mencurahkan rahmat dan kebaikanMu kepadaku, tidak pernah mengurangi sifat penyayangMu kepadaku, dengan kedermawanan dan kemurahanMu. Kerananya, kasihilah hambaMu yang bodoh ini. Limpahkan kepadaku kebaikanMu. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Dermawan lagi Maha Mulia.

Segala puji bagi Allah, raja segala raja, yang melayarkan kapal, yang menggerakkan angin, yang menjalankan waktu pagi, yang melunasi hutang. Dialah Tuhan alam semesta. Segala puji bagi Allah atas kesabaran setelah ilmuNya. Segala puji bagi Allah atas keampunanNya setelah kekuasaanNya. Segala puji bagi Allah atas kesabaranNya yang mendahului kemurkaanNya sedangkan Dia Maha Kuasa atas kehendakNya.

Segala puji bagi Allah Pencipta makhluk, Pemberi rezeki, Pembelah waktu pagi, Maha Agung dan Maha Mulia, Maha Pemurah dan Pemberi Nikmat, yang jauh tidak terlihat dan yang dekat mendengar bisikan, yang Maha Suci dan Maha Luhur.

Segala puji bagi Allah yang menyahut tatkala kuseru Dia, Penutup semua auratku meski aku bermaksiat kepadaNya, betapa banyak kurnia diberikan kepadaku, keMaha BesarNya telah menyelamatkanku, keindahan yang mempersona telah ditunjukkan kepadaku, lalu aku memujiNya dengan penuh ketulusan dan mengingatiNya dengan bertasbih.

Segala puji bagi Allah yang tidak merobek lindunganNya, tidak menutup pintuNya, tidak menolak permintaan kepadaNya, tidak memutuskan harapan yang mengharap kepadaNya. Segala puji bagi Allah yang mengamankan orang-orang yang takut, menyelamatkan orang-orang yang jujur, memuliakan orang-orang yang lemah, merendahkan orang-orang yang bongkak, membinasakan para raja dan menggantikannya dengan orang lain.

Segala puji bagi Allah yang membinasakan orang-orang menganiaya, melumpuhkan orang-orang yang zalim, mengejar orang-orang yang berpaling, Penghancur orang-orang yang zalim, Penolong orang yang memerlukan, tumpuan dan harapan orang-orang yang memerlukan, sandaran orang-orang yang beriman.

Segala puji bagi Allah yang menggetarkan langit dan penduduknya, menggoncang bumi dan penghuninya, menjadikan badai lautan yang memukul orang-orang yang berenang di dalamnya. Segala puji bagi Allah yang membimbing kami, kami tidak akan mendapat petunjuk tanpa bimbinganNya.

Segala puji bagi Allah Pencipta apa yang tidak dicipta, Pemberi rezeki kepada yang tidak diberi rezeki, Pemberi makan kepada yang tidak diberi makan, mematikan yang hidup dan menghidupkan yang mati. Dialah Yang Hidup dan tidak pernah mati. Di tanganNya kebaikan, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah sampaikanlah selawat dan salam kepada Muhammad, hambaMu, utusanMu, kepercayaanMu, pilihanMu, kekasihMu, sebaik-baik makhlukMu, penjaga rahsiaMu, penyampai ajaranMu secara sempurna yang mempersona, indah, harum, suci,  sebanyak selawat dan salam yang Engkau berikan, cinta yang Engkau berikan, sejahtera yang Engkau sampaikan kepada seorang hambaMu, nabiMu, utusanMu, kekasihMu, orang yang Engkau muliakan di antara semua makhlukMu.

Ya Allah, sesungguhnya kami berharap kepadaMu agar terbentuk pemerintahan yang baik, kerananya engkau muliakan Islam dan pendokongnya,kerananya Engkau rendahkan kemunafiqan dan pendokongnya, kerananya engkau jadikan kami di dalamnya sebagai penyeru ketaatan kepadaMu dan pengajak menuju ke jalanMu, kerananya Engkau anugerahkan kepada kami di dalamnya kemuliaan dunia dan akhirat.

Ya Allah, anugerahkanlah kami kemampuan untuk memikul kebenaran yang Engkau kenalkan kepada kami, berilah kami kemampuan untuk meraih apa yang tidak kami ketahui dari kebenaran. Ya Allah, satukanlah perpecahan kami kerana kebenaran, perbaikilah perpecahan kami kerana kebenaran, tutupilah kekurangan kami kerana kebenaran, perbanyakkanlah jumlah kami kerana kebenaran, muliakanlah kerendahan kami kerana kebenaran, cukupkanlah keluarga kami kerana kebenaran, lunasikanlah hutang-hutang kami kerana kebenaran, tutupilah kefaqiran kami kerana kebenaran, lengkapkanlah pakaian kami kerana kebenaran, permudahkanlah kesulitan kami kerana kebenaran, personakanlah wajah kami kerana kebenaran, bebaskanlah orang-orang kami kerana kebenaran, berjayakanlah usaha kami kerana kebenaran, tunaikanlah janji-janji kami kerana kebenaran, kabulkanlah doa kami kerana kebenaran, terimalah permintaan kami kerana kebenaran, sampaikanlah harapan-harapan kami di dunia dan akhirat, penuhilah keinginan kami kerana kebenaran. Wahai Pemberi rezeki yang terbaik, PemberianNya tiada henti, sembuhkanlah sakit di dada kami, lenyapkanlah sifat dengki dalam hati kami, bimbinglah kami untuk menatap kebenaran dengan izinMu, sesungguhnya Engkau membimbing orang yang Engkau kehendaki ke jalan lurus. Menangkanlah kami ke atas musuhMu dan musuh kami. Wahai Tuhan Pemilik Kebenaran.

Ya Allah, kami adukan kepadaMu atas wafatnya Nabi kami, selawatMu semoga terlimpahkan atasnya dan keluarganya..




credit to




Monday, July 15, 2013

Penciptaan Manusia

Baru sahaja mendapat tawaran untuk menjadi penyelidik bagi sebuah kajian mengenai manusia dengan tajuk Insan : System Development Life Path.

Jujur, ana tertarik dengan kajian ini. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima tawaran bagi kajian yang memakan masa hampir 1  tahun ini.

Mudah-mudahan, pilihan yang dibuat adalah terbaik sama ada menerima atau menolak..



Selingan,






Ia Bukan Segalanya

Kebelakangan ini ramai membicarakan tentang kewangan dan masalah yang dihadapi berkaitannya.

Ana menjadi pemerhati, mendengar dan merasai.

Benar, duit bukanlah segalanya. Duit adalah alat untuk mencapai kemudahan, keselesaan dalam kehidupan.

Ada orang yang hidup dalam kesusahan, namun tidak pernah berhenti berusaha mencari rezeki halal.

Pernah melihat, mak cik2x yang bekerja sebagai cleaner semasa menginap di kolej kediaman sewaktu pengajian peringkat ijazah. Dan juga ramai individu lainnya. 

Sangat terharu melihat mereka. Dalam hati terdetik, seandai ana berada di tempat mereka adakah sanggup melakukan apa sahaja kerja halal untuk kesinambungan hidup diri dan keluarga?

Ada juga orang yang mencari rezeki haram kerana kesempitan hidup.
Sedih. Mengenangkan ramai orang melakukan kemungkaran untuk mendapatkan duit dengan cara ragut, rompak, pecah rumah dan sebagainya.

Duit itu perlu. Tapi ia bukan segalanya.

Ada orang dengan harta dan kekayaannya menjadi insan yang cukup pemurah menginfakkan harta ke jalan Allah.
Adakah kita tergolong di kalangan hambaNya yang bermurah hati dengan rezeki kurniaan Allah?

Ada orang dengan harta dan kemewahannya, menjadi insan yang cukup angkuh, takbur dan bakhil untuk menginfakkan harta ke jalan Allah.
Teringat kisah Qarun dan hartanya.

Pesan buat diri dan sahabat2x yang terbaca entri kali ini..
Dalam upaya dan usaha mencari rezeki, jangan dilupa Allah sebaik-baik pengurnia..
Carilah rezeki yang halal dalam kesempitan dan desakan persekitaran.
Berusahalah menjadi hamba yang patuh kepada syariatullah..

Moga kita sentiasa dalam pemeliharaanNya.. ameen..



Ana | Teratak Hati | Ulin Nuha | 7.10 p.m

Tuesday, July 9, 2013

BIOGRAFI IDRIS AL-MARBAWI

PENGENALAN

Idris al-Marbawi merupakan seorang ilmuan yang mahsyur di Nusantara, Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang bahasa Arab, tafsir, hadith dan fiqh. Ketokohan beliau dalam peradaban dan ketamadunan Islam Nusantara terserlah melalui sumbangan beliau sebagai tokoh penyusun kamus Arab-Melayu di Asia Tenggara. Beliau berperanan penting dalam membentuk pemikiran umat Islam di Nusantara melalui penghasilan sebuah kamus dwibahasa Arab-Melayu iaitu Kamus al-Marbawi yang menjadi sebuah rujukan penting untuk memahami bahasa Arab yang merupakan bahasa sumber bagi al-Qur’an, al-hadith dan ilmu-ilmu Islam lainnya.


Kamus al-Marbawi diperakui mempunyai kesan menyeluruh kepada perkembangan Islam di Nusantara melalui penyediaan kosakata yang berperanan penting dalam perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Buktinya, ia telah digunakan secara meluas di pondok-pondok, madrasah, pesantren, sekolah agama malahan sebagai sumber rujukan di perpustakaan-perpustakaan institusi pengajian tinggi dulu sehingga kini. Justeru itu, kajian selanjutnya bertujuan memaparkan biografi Idris al-Marbawi.

RIWAYAT HIDUP
Nama penuh beliau ialah Muhammad Idris bin Haji Abdul Rauf bin Jaafar bin Idris. Nama al-Marbawi adalah gelaran yang diambil sempena nama kampung beliau iaitu Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Beliau merupakan seorang tokoh ulama terkenal dalam kalangan ulama Melayu-Malaysia. Beliau berperanan penting dalam membentuk minda umat Islam di Nusantara melalui penghasilan karya-karya beliau (Zulkiple Abd.Ghani et.al. 2011: 38). Beliau telah dilahirkan pada 28 Zulkaedah 1313H/ 1892M di perkampungan al-Masfalah, Makkah al-Mukarramah (Mohd Fauzi & Mohd Nuri al-Amin Endut. 2006 : 459).

Pada waktu kelahirannya, kedua-dua ibu bapa beliau berada di Makkah untuk mengerjakan ibadah haji serta menuntut ilmu di sana (Zulkiple Abd.Ghani et.al. 2011: 38). Bapa beliau ialah Haji Abd al-Rauf bin Ja’far, berasal dari Minangkabau. Ibu beliau pula ialah Asma’ bt Haji Abdul Karim, berasal dari Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak (Zulkiple Abd.Ghani. et.al. 2011: 38). Beliau mempunyai 8 orang adik-beradik dan beliau merupakan anak sulung. Adik-beradik lelaki beliau dari ibu yang sama ialah Haji Abdullah, Haji Tahir, Haji Harun, Haji Abdul Kadir dan Haji Hasan. Manakala dua orang adik beradik perempuan beliau berlainan ibu ialah Hajah Khadijah dan Hajah Hafsah (Zulkiple Abd.Ghani. et.al. 2011 : 38).

Pada tahun 1920, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pilihannya iaitu Khadijah Mohd Adham. Pada tahun 1924, beliau telah berangkat ke Mesir untuk menuntut ilmu. Ketika berada di Mesir, beliau berkahwin untuk kali kedua dengan seorang wanita Arab iaitu Munirah bt Abd Wahhab. Beliau mempunyai sepuluh orang anak hasil perkahwinannya dengan isterinya yang pertama. Manakala, beliau tidak dikurniakan zuriat hasil perkahwinan beliau dengan isteri keduanya, Munirah (Zamri Ariffin & Md.Nor Abdullah. 2006: 466). Setelah tamat pengajian di Mesir, beliau tidak terus pulang ke tanah air, tetapi terus menetap di Mesir. Suasana keilmuan di Mesir berjaya mencorakkan beliau sebagai seorang ilmuwan. Beliau meneruskan aktiviti  penulisan ilmiah di Mesir kira-kira 55 tahun.

Ketinggian intelektual beliau mendapat perhatian negara yang mana beliau telah dinobatkan sebagai penerima anugerah. Berikutan itu, beliau pulang ke tanah air pada tahun 1980 bagi menerima anugerah kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau  meninggal dunia pada 13 Oktober 1989 di Hospital Besar Ipoh, Perak. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar bersebelahan pusara isteri beliau yang pertama iaitu Hajjah Khadijah bt. Mohd Adham yang telah meninggal dunia lima bulan sebelum itu (Mohd. Fauzi Hamat & Mohd Nuri al-Amin Endut. 2006: 279-280).

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Keilmuan beliau banyak dicorakkan oleh suasana kehidupan beliau yang mementingkan ilmu semenjak kecil. Beliau telah memperoleh pendidikan awal di Makkah. Usia muda beliau telah digunakan sepenuhnya  dalam suasana keilmuan khususnya bagi mendalami pembelajaran al-Qur’an, mempelajari ilmu berkaitan bahasa Arab yang dikenali sebagai ilmu alat seperti nahw, sarf dan balaghah serta ilmu tradisi Islam yang lain seperti  usuluddin, fiqh, hadith, tafsir dan tasawuf. Beliau dipercayai memperoleh pendidikan asas dari bapanya sendiri dan berkemungkinan besar menerima pendidikan dari beberapa ulama besar yang menetap di Makkah seperti Haji Wan Ali bin Abdul Rahman Kutan (1837- 1912), Syeikh Nik Mat Kecik Fatani (1844- 1915), Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani (1856- 1908) dan Syeikh Wan Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Minangkabawi (1860-1916) (Zulkiple Abd. Ghani. et.al. 2011: 38).

Ketika berumur 10 tahun, beliau telah mampu menghafaz 10 juzu’ al-Qur’an di samping beberapa buah kitab lain (Jawiah Dakir. et.al. 2006: 204). Kemudiannya, pada tahun 1902, beliau  pulang bersama keluarganya ke Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Setelah itu, beliau menyambung pembelajarannya di Sekolah Melayu Lubuk Merbau sehingga tamat darjah lima. Dalam tempoh kira-kira sepuluh tahun selepas kembali dari Makkah, beliau berhijrah dari sebuah pondok ke pondok yang lain. Antaranya ialah Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussin al-Mas’udi di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani (Madrasah al-‘Asriyyah) di Bukit Mertajam serta Pondok Tok Kenali di Kelantan (Zamri Ariffin & Md.Nor Abdullah.2006:466).

Setelah belajar di pondok Kenali, Idris al-Marbawi meneruskan pengajiannya ke Kaherah, Mesir untuk mendalami ilmu agama. Beliau berangkat ke Mesir pada Mac 1924. Beliau merupakan anak Melayu pertama kelahiran Perak yang melanjutkan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir (Mohd Fauzi Hamat & Mohd. Nuri al-Amin Endut. 2006 : 279). Semasa di Universiti al-Azhar, beliau memberi penumpuan penuh dalam mendalami ilmu tawhid, hadith dan tafsir (Zamri Ariffin & Md.Nor Abdullah.2006:466). Menurut Muhammad (2003), Idris al-Marbawi telah menuntut ilmu dengan tokoh-tokoh seperti Syeikh Muhammad Mustafa al-Maghari iaitu Sheikh al-Azhar pada tahun 1928 serta Syeikh Abu al-Fadl al-Gizawi (Mohd Fauzi Hamat & Mohd. Nuri al-Amin Endut. 2006 : 279).

Antara guru beliau yang terkenal dalam bidang hadith ialah Syeikh Muhammad Ibrahim yang merupakan seorang sarjana di Universiti al-Azhar serta tenaga pengajar penting di Jami‘ al-Husayn, Kaherah (Zamri Arifin & Md.Nor Abdullah. 2006: 467). Setelah beberapa tahun di sana, beliau berjaya mendapatkan ijazah ‘aliyah yang setaraf dengan ijazah sarjana muda sekarang di dalam bidang Shari‘ah Islamiyyah (Zamri Arifin & Md.Nor Abdullah. 2006: 466). Dapatlah disimpulkan bahawa kegigihan dan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu merupakan elemen penting dalam pembangunan keintelektualan beliau.

KEPERIBADIAN
Dari segi perwatakan, beliau merupakan seorang yang pendiam. Ini kerana beliau tidak suka menghabiskan masa dengan bercakap kosong. Justeru itu, beliau merupakan seorang yang sangat menghargai masa. Beliau juga merupakan seorang yang lemah lembut dan suka meraikan tetamu mahupun kawan. Beliau pernah diziarahi oleh Hamka, Pak Sako serta tokoh-tokoh agama lain sewaktu menetap di Mesir ( Zulkiple Abd.Ghani. et.al. 2011 : 39).

Kajian mendapati Idris al-Marbawi merupakan seorang yang gigih dan mencintai ilmu pengetahuan. Beliau menuntut ilmu semenjak kecil tanpa mengenal erti putus asa. Hasilnya beliau mampu menguasai pelbagai ilmu pengajian Islam terutamanya ilmu tafsir al-Qur’an, hadith, fiqh serta bahasa Arab. Beliau juga merupakan seorang yang berjiwa pendidik. Pengetahuan yang ada pada dirinya disebarkan kepada masyarakat umum dalam bentuk penulisan untuk memberi manfaat kepada ummah. Buktinya, pelbagai kitab beliau masih boleh dipelajari sehingga kini.

2.5          SUMBANGAN DALAM PENULISAN
Idris al-Marbawi bergiat aktif dalam penulisan dan menghasilkan pelbagai karya dalam bidang pengajian Islam. Hasil penulisan beliau memperkayakan khazanah Islam di Nusantara dan memberi pendedahan intelektual kepada masyarakat Islam. Kitab yang dikarang oleh beliau di dalam bidang hadith ialah kitab Bahr al-Mazi sebanyak 22 jilid yang merupakan terjemahan dan ulasan terhadap Sunan al-Tarmidhi (Zulkiple Abd.Ghani. et.al. 2011 : 38). Kitab ini membicarakan 8200 permasalahan agama dan hal ehwal dunia dan akhirat (Jawiah Dakir et.al. 2006 :206).

Beliau juga menghasilkan beberapa kitab tafsir al-Qur’an dalam Bahasa Melayu. Antaranya ialah Tafsir Qur’an al-Marbawi, Tafsir Qur’an Nur al-Yakin dan Tafsir Surah Yasin. Di dalam penulisan tafsirnya, beliau hanya menjelaskan huraian dan perbahasan dalam sesuatu ayat secara ringkas dan padat, namun mampu memberi kefahaman kepada pembaca (Jawiah Dakir et.al. 2006: 206). Beliau turut menghasilkan kitab yang seumpama ensiklopedia pertama dalam bahasa Melayu iaitu Kamus Segala Ilmu (Kitab Jami‘ al- ‘Ulum) dan Kitab Perbendaharaan Ilmu Kurun 14H. Kitab Perbendaharaan Ilmu Kurun 14H merupakan majalah bulanan yang mengandungi pelbagai aspek ilmu pengetahuan termasuklah bahasa Melayu, masalah agama, tafsir, hadith dan tawhid, tasawuf, sejarah tokoh terkenal dunia, geografi, kimia, falsafah serta kedoktoran (Zulkiple Abd.Ghani. et.al. 2011 : 43).

Selain itu, beliau turut memberi sumbangan dalam penghasilan kamus. Antaranya ialah penghasilan kamus kecil seperti Qamoes-el-Djaib Arab-Melajoe Latin (Kamus Poket: Arab Malaya Latin), ringkasan Kamus Melayu-Arab Bergambar dan Teladan Belajar Bahasa Arab yang senang serta Kamus Penuntut (Zulkiple Abd.Ghani. et.al. 2011: 40). Kamus- kamus kecil ini tidak tersebar secara meluas sebagaimana Kamus al-Marbawi yang merupakan karya terbesar beliau dalam perkamusan serta cukup terkenal di sekitar Nusantara (Zulkiple Abd.Ghani. et.al.  2011 : 43). 

KESIMPULAN

Idris al-Marbawi merupakan seorang tokoh yang mempunyai keazaman yang tinggi dalam kehidupannya. Berkat kesungguhan dan tekadnya, beliau mampu menguasai ilmu yang dipelajari sekaligus memanfaatkannya  untuk kepentingan ummah melalui hasil penulisan dalam pelbagai bidang. Antara sumbangan beliau yang utama ialah dalam bidang perkamusan di Nusantara iaitu Kamus al-Marbawi yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan beliau dan para penuntut ilmu di Timur Tengah dalam usaha memahami kuliah dan pengajian, bahan rujukan serta komunikasi yang berasaskan bahasa Arab. Penyusunan kamus ini membuktikan kecekalan dan kegigihan beliau dalam memajukan pendidikan ummah sejagat. 


Monday, July 8, 2013

Inspirasi Hati



Ada seseorang yang ingin ana kongsikan cerita mengenainya di ruangan ini.

Seorang yang istimewa.

Seorang yang mencetuskan inspirasi dan motivasi kepada ana

Kerana

Kecekalan, Kesabaran, Kemuliaan Hatinya.

Dengan izin Allah, merupakan seorang yang dipilih sebagai hambaNya yang berada di atas jalan kebaikan.

Mengenalinya dalam masa yang singkat

Menyelusuri waktu-waktu sukar bersamanya

Dia insan yang dikagumi kerana ketulusan hatinya

Jujur, diri ini tertanya-tanya

Apakah kunci kesabarannya dalam menempuhi mehnah dan tribulasi

Kesukaran mencapai apa yang dihajati olehnya

Dihadapi dengan tenang

Itulah dia yang dikenali dari jauh.


Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki untuk ana mengenalinya  lebih dekat, kerana seorang yang baik itu ibarat minyak wangi yang akan mengharumkan sesiapa sahaja di sekelilingnya. 

Ana | Teratak Hati | Ulin Nuha  290613

Thursday, July 4, 2013

Sunnah Orang Berjuang

Sudah menjadi lumrah yang merupakan sunnatullah, perjuangan menegakkan Islam dan membawa cahayanya diiringi ujian, mehnah dan tribulasi. Sejarah yang panjang bermula dari perjuangan para anbiya' 'alaihimussalam membuktikan bahawa perjuangan adalah satu jalan yang sukar. Penentangan demi penentangan diterima dari golongan yang ingkar terhadap kebenaran dan mencintai kekufuran.

Kita melihat sejarah. Kita mengikuti sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. Saat-saat dakwah bermula dengan asing dan saat-saat mula diterima umum seterusnya dakwah tersebar dengan meluas. Saat Islam memerintah.

Demikian.. seiring perjalanan waktu, perjuangan baginda ini masih lagi disambung oleh para pendokong dan pencinta kebenaran.

Hari ini, dunia gempar dengan rampasan kuasa terhadap Dr. Mursi Hafizahullah yang merupakan presiden Mesir yang dilantik secara sah oleh rakyat.

Bergetar hati mendengar konspirasi di sebalik penurunan atau lebih tepat disebut sebagai penggulingan. 

Ternyata, di setiap episod perjuangan ini, ada musuh yang tidak senang dengan kebenaran. 

Satu keyakinan, masa depan yang gemilang adalah untuk Islam. Allah s.w.t pasti mengurniakan kemenangan kepada Islam dan perjuangan menegakkan kalimah '' La ilaha illa Allah '' sebagai kalimah tertinggi.

Kemenangan yang menuntut sebaik-baik tentera dan sebaik-baik pemimpin.

Demikianlah ibrahnya dari surah al-saff  sebagaimana yang  dipetik dari 'Tafsir Fi zilal Al Quran' karangan as Syahid Syed Qutb rahimahullah. Intipati surah ini :  

  • Bertujuan memacakkan keyakinan di dalam diri setiap Muslim bahawa agama Islam adalah satu agama dan manhaj Ilahi yang terakhir untuk manusia. Ia pula telah didahului sebelumnya oleh beberapa bentuk manhaj yang bersesuaian dengan tahap-tahap perkembangan sejarah dan pengalaman kehidupan manusia yang dapat membina asas yang teguh untuk agama terakhir ini. Justeru surah ini telah menyebut tentang risalah Nabi Musa A.S dan Nabi Isa A.s bersama kaumnya yang menyakiti dan menyeleweng daripadanya yang menamatkan kelayakan mereka sebagai pemegang amanah risalah Allah di muka bumi ini. Takdir Allah menentukan bahawa perjalanan risalah-Nya sepanjang zaman akhirnya berhenti dan terbina teguh di tangan Nabi Muhammad yang mulia.
  • Di atas asas yang pertama ini, terbina pula asas kedua yang ditekankan oleh surah ini iaitu terbentuknya rasa tanggung jawab dan taklif yang berat yang perlu dipikul oleh umat Islam yang menerima amanah agung tersebut daripada umat-umat yang terdahulu. Ia lantas mendorong mereka untuk memasang niat yang benar dan ikhlas kepada perjuangan menegakkan amanah ini. Ia tidak ragu-ragu lagi bahkan menempelak sikap nifaq di dalam perjuangan.
Inilah dua asas utama yang merangkum segala isi di dalam surah al Saff. Ia termasuklah kecaman terhadap golongan yang menentang agama terakhir ini yang berusaha bermatian untuk memadamkan cahayanya. Maka adalah jelas di sisi seorang Muslim bahawa agamanya adalah agama Allah yang terakhir. Dia terbeban dengan amanah besar ini. Dia diwajibkan berjihad demi agamanya itu. Dia bahkan, tidak boleh teragak-agak lagi. Akhlaknya adalah benar dan ikhlas. Tidak boleh berkata apa yang dia sendiri tidak buat. Kata dan perbuatannya adalah sama. Zahir dan batinnya adalah sama. Dirinya adalah dirinya sepanjang masa tanpa nifaq dan ragu-ragu. Dia konsisten dalam perjuangan dan keikhlasannya. Itulah akhlak yang agung.

Surah al Saff yang isi besarnya adalah bertujuan memperteguhkan konsep amanah agung yang dibebankan ke atas umat Islam ini telah dimulai dengan perkhabaran tentang kumat-kamit tasbih dan kalimat-kalimat pujian dan penyucian oleh seluruh makhluk Allah di langit dan bumi terhadapNya daripada sebarang kekurangan. Ia adalah satu isyarat yang mengilhamkan rasa kebersamaan di sisi umat Islam bahawa risalah Islam yang dipikulnya itu adalah satu amanah kewujudan seluruhnya. Ia adalah satu perjuangan menegakkan akidah isi alam seluruhnya dan kemenangannya adalah kemenangan buat seluruh alam yang tunduk dan menuju kepada Allah, Tuhan sekalian alam.

Kemudian Allah terus mengutuk keras terhadap satu kejadian yang berlaku di kalangan satu kelompok umat Islam yang dibenci-Nya iaitu kejadian menolak untuk melakukan perkara yang mereka katakan. Mengikut satu riwayat oleh Ali bin Talhah daripada Ibnu Abbas bahawa segolongan orang beriman sebelum diturunkan kefardhuan berjihad telah berangan-angan dan berkata, jikalah Allah tunjukkan kepada mereka sebaik-baik amalan lalu mereka akan segera beramal dengannya.Allah lalu mengkhabarkan Nabi-Nya bahawa amal yang terbaik adalah beriman dengan-Nya tanpa ragu-ragu dan berjihad menentang musuh-Nya. Tatkala diturunkan ayat jihad, segolongan mereka menjadi keberatan dan membencinya. Allah memurkai sikap mereka lalu menurunkan ayat di atas.

Ayat ini walaupun diturunkan di dalam isu jihad, tetapi ia bukan khusus bertumpu kepada semata-mata soal jihad, bahkan ia meluas dan merangkum ke semua aspek dan lapangan kerja umat Islam bahawa Allah membenci dan memurkai sifat munafik yang merosakkan binaan peribadi muslim yang mulia iaitu sifat benar di dalam akhlak dan tingkah lakunya dan sentiasa sama di antara luar dan dalamnya.Justeru ayat pertama bermula dengan kecaman terhadap satu sikap yang keji iaitu berkata-kata terhadap perkara yang tidak dilakukan. Ayat kedua kemudiannya menambahkan kepanasan kecaman itu dengan membayangkan kemurkaan-Nya dengan kalimah 'al maqt' yang bermaksud kemarahan yang melampau.

Ayat seterusnya merujuk kepada kejadian asal yang dimurkai iaitu perihal menolak jihad di jalan Allah. Ada tiga kesinambungan yang disebutkan di dalam ayat perang itu. Ia bukan hanya perang, bahkan hendaklah di jalan Allah. Ia pula hendaklah dalam satu saf dan jamaah. Ia juga mestilah teguh, penuh konsisten dan istiqamah. Tiga ikatan yang bersambungan inilah yang dimaksudkan dengan jihad yang disukai oleh Allah.

Cukuplah peringatan dan saranan Allah s.w.t di dalam ayat terakhir surah al-Saff : 




"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israel beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang"


Jadilah pembantu Allah. Perolehilah kemuliaan besar ini. Pengajaran adalah jelas bahawa seruan di dalam ayat di atas adalah demi membangkitkan jiwa orang-orang yang beriman dengan Allah yang diamanahkan untuk memikul beban dakwah ini agar terus bersedia dan siap siaga di dalam menolong Allah dan agama-Nya. Allah s.w.t menjanjikan kemenangan terhadap mereka yang menyahut seruan iman ke atas musuh mereka. Kemenangan akhirnya adalah menjadi milik pembantu Allah yang beriman.

Pengguguran Janin Kerana Kecacatan


Nik Norimah Tuan Mat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam 
Fakulti Pengajian Islam, UKM
Persoalan Fiqh Semasa
1.1                    PENGENALAN
Secara umumnya, pengguguran janin diharamkan di dalam Islam. Pelbagai pendapat dikemukakan oleh para fuqaha’ bersandarkan kepada nas-nas syarak. Hasil penelitian terhadap pendapat yang dikemukakan oleh para fuqaha’ ini terdapat pengecualian dalam masalah pengguguran yang dilakukan dengan alasan perubatan untuk memelihara kesihatan ibu khususnya melalui pengguguran terapeutik iaitu penamatan sesuatu kehamilan sebelum janin dapat hidup. Di dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai fetal viability. Pengguguran terapeutik ini dilakukan bertujuan menyelamatkan nyawa ibu, memelihara kesihatan ibu, menamatkan sesuatu kehamilan yang akan menyebabkan bayi dilahirkan dengan kecacatan yang tidak meneruskan kehidupan atau dikaitkan dengan tahap kematian yang signifikan, menamatkan suatu kehamilan yang tidak dapat hidup (nonviable pregnancy) atau memilih untuk mengurangkan kehamilan kembar (multifetal pregnancy). Kajian ini bertujuan menganalisa pandangan fuqaha terhadap hukum pengguguran bayi di dalam Islam dengan menyentuh persoalan pengguguran janin disebabkan kecacatan sebagaimana yang dapat dikesan melalui perubatan moden masa kini.

1.2           LATAR BELAKANG DAN PERMASALAHAN KAJIAN
Kemajuan dan perkembangan dalam bidang perubatan menghasilkan pelbagai kaedah baru antaranya ialah kemampuan untuk mengesan kecacatan janin di dalam kandungan ibu. Justeru itu, keadaan ini  menimbulkan satu persoalan fiqh semasa iaitu berkaitan hukum pengguguran bayi disebabkan kecacatan.

1.3           MATLAMAT KAJIAN
Kajian ini bertujuan menjelaskan definisi pengguguran janin mengetengahkan hukum asal pengguguran janin di dalam Islam di samping mengemukakan jawapan kepada persoalan baru yang timbul iaitu pengguguran janin disebabkan kecacatan tertentu bagi memberi penjelasan kepada umum.
   
1.4             OBJEKTIF KAJIAN
1.Menjelaskan definisi janin dan pengguguran janin
2.Meninjau pandangan dan hujah para fuqaha berkaitan hukum pengguguran janin
3.Mengemukakan permasalahan fiqh semasa berkaitan pengguguran janin disebabkan kecacatan dengan menyatakan jenis-jenis kecacatan yang dapat dikenalpasti melalui keadah perubatan.
4.Menilai pandangan– pandangan yang ada di dalam Islam bagi menjelaskan permasalahan pengguguran janin disebabkan kecacatan.
5.Membuat analisa dan rumusan terhadap hasil kajian yang dijalankan.

1.5      PERSOALAN KAJIAN

Di sini terdapat beberapa persoalan yang diutarakan oleh penulis terhadap penulisan ini. Di antara persoalannya ialah:

a.       Apakah yang dimaksudkan dengan janin dan pengguguran janin?
b.      Apakah hukum pengguguran menurut pandangan fuqaha?

1.6      KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini amat penting kerana ia merupakan isu fiqh semasa yang berlegar dalam kalangan masyarakat masa kini ini bagi memberi penjelasan berkaitan hukum pengguguran janin di dalam Islam khususnya disebabkan kecacatan yang ada pada janin tersebut.

1.7    SKOP KAJIAN

Penulisan ini adalah merupakan satu penulisan ilmiah yang berbentuk kajian perpustakaan. Skop kajian ini memfokuskan maklumat-maklumat tentang pengguguran janin dengan memberi penekanan kepada hukum pengguguran janin di dalam Islam.  

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Untuk mengumpulkan data dan mendapatkan maklumat yang tepat, beberapa metodologi kajian perlu digunakan. Justeru, untuk tujuan penulisan ini, penulis menggunakan metodologi :

1.        Diskripsi dan analisis
Metodologi ini digunakan untuk memahami pengertian pengguguran janin dan menganalisa pandangan para fuqaha terhadap hukum pengguguran janin.

2.    Kajian perpustakaan
Penulis melakukan kajian perpustakan bagi mencari dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk penulisan. Antara bahan yang terlibat dalam pencarian maklumat ini ialah buku, artikel, internet dan sebagainya.



BAB II
JANIN DAN PENGGUGURAN JANIN

2.1       PENGENALAN
Pengguguran janin dalam kalangan wanita khususnya wanita Islam merupakan semakin meningkat dewasa ini. Ia merupakan satu persoalan fiqh semasa yang memerlukan penelitian terhadap hukum dari para fuqaha bagi membendung penularannya dalam kalangan umat Islam. Justeru itu, dalam bab ini definisi janin dan pengguguran janin diperjelaskan bagi memberi maklumat mengenai persoalan ini.

2.2       DEFINISI JANIN
Menurut Mu‘jam Lughah al Fuqaha, janin ialah bayi yang masih di dalam kandungan ibunya. Dinamakan sebagai janin kerana keadaannya yang tersembunyi di dalam perut ibunya ( Mat Saad Abd. Rahman. 1988: 61). Ada kesamaan istilah ‘fetus’ dalam bahasa Inggeris dengan istilah janin dalam bahasa Arab. Janin di dalam bahasa Arab ialah kata tunggal sementara ajinnah ialah kata jamak yang menunjukkan banyak (Abul Fadl Mohsin Ibrahim.1995 : 108). Dari segi bahasa, ia bermaksud tertutup atau tersembunyi. Maka berdasarkan definisi ini, janin terdiri dari sesuatu yang sedang tumbuh dalam rahim ibu sejak ia tersenyawa sehingga dilahirkan. Firman Allah s.w.t :

tûïÏ%©!$# tbqç7Ï^tGøgs uŽÈµ¯»t6x. ÉOøOM}$# |·Ïmºuqxÿø9$#ur žwÎ) zNuH©>9$# 4 ¨bÎ) y7­/u ßìźur ÍotÏÿøóyJø9$# 4 uqèd ÞOn=÷ær& ö/ä3Î/ øŒÎ) /ä.r't±Sr& šÆÏiB ÇÚöF{$# øŒÎ)ur óOçFRr& ×p¨ZÅ_r& Îû ÈbqäÜç/ öNä3ÏG»yg¨Bé& ( Ÿxsù (#þq.tè? öNä3|¡àÿRr& ( uqèd ÞOn=÷ær& Ç`yJÎ/ #s+¨?$# ÇÌËÈ  
Maksud: (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha luas keampunanNya. ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa (32).
                                                                                                                                   (Al-Najm :32)

Dari segi teknik, sains berpendapat tahap janin terbentuk ketika usia nyawa itu lapan minggu sehingga dilahirkan dan pada ketika itu janin memiliki semua sifat- sifat manusia. Sementara dari sudut perundangan, terdapat tiga pandangan iaitu pertama, janin ialah sesuatu yang terdapat dalam rahim. Kedua, menurut Imam Syafie tahap di mana nyawa di dalam rahim boleh dipanggil sebagai janin ialah tahap al-mudghah iaitu segumpal darah dan al-‘alaqah (sesuatu yang terikat) dan kelihatan seperti manusia, memiliki anggota-anggota seperti jari, kuku, mata atau sesuatu yang seumpama itu. Manakala pendapat ketiga menurut al Nuwayri yang mengatakan perkataan janin digunakan oleh golongan cerdik pandai bagi sesuatu yang wujud di dalam rahim setelah diberikan nyawa. Al-Qur’an merujuk kepada janin secara umum. Daripada tiga pandangan yang dikemukakan, pandangan Imam Syafie merupakan tafsiran yang paling hampir dengan kefahaman saintifik masa kini (Abul Fadl Mohsin Ibrahim.1995 : 109).

2.2.1    Analisis Tahap-tahap Pertumbuhan Janin
Di dalam penulisan ini tahap-tahap pertumbuhan janin dapat dilihat berdasarkan analisis saintifik, analisis al-Qur’an dan analisis hadith.
i.                    Analisis Saintifik
Dari sudut sains, kehidupan seseorang manusia boleh diletakkan di antara kontinum persenyawaan dan mati. Terdapat empat tahap perkembangan janin iaitu zygote, blastocyst, embrio dan janin. Zygote ialah ovum wanita yang telah disenyawakan oleh sperma lelaki dalam tiub fallopian wanita selama tiga hari dan pemecahan sel mula berlaku. Blastocyst ialah tahap bermulanya zygote terlekat di rahim di mana pemecahan sel berlaku dengan lebih pantas. Kebanyakan zygote tidak melekat dan keluar melalui haid. Embrio ialah tahap selepas dua minggu persenyawaan serta berlaku perbezaan organ. Semua organ yang akan dimiliki terjadi dalam bentuk yang paling asas di akhir minggu keenam. Janin ialah tahap yang bermula pada minggu kelapan sampai kelahiran yang mana pertumbuhan berlaku secara berterusan. Ia merupakan satu tahap persediaan untuk kelahiran sesuatu yang telah bermula (Abul Fadl Mohsin Ibrahim.1995 : 110).

ii.                  Analisis al -Qur’an
Firman Allah s.w.t merujuk kepada pertumbuhan janin sebagaimana berikut :
ôs)s9ur $oYø)n=yz z`»|¡SM}$# `ÏB 7's#»n=ß `ÏiB &ûüÏÛ ÇÊËÈ   §NèO çm»oYù=yèy_ ZpxÿôÜçR Îû 9#ts% &ûüÅ3¨B ÇÊÌÈ   ¢OèO $uZø)n=yz spxÿôÜZ9$# Zps)n=tæ $uZø)n=ysù sps)n=yèø9$# ZptóôÒãB $uZø)n=ysù sptóôÒßJø9$# $VJ»sàÏã $tRöq|¡s3sù zO»sàÏèø9$# $VJøtm: ¢OèO çm»tRù't±Sr& $¸)ù=yz tyz#uä 4 x8u$t7tFsù ª!$# ß`|¡ômr& tûüÉ)Î=»sƒø:$# ÇÊÍÈ  
Maksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah ( 12) Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh (13) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta ( 14).
                                                                                                             (al-Mukminun : 12-14)
$ygƒr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# bÎ) óOçFZä. Îû 5=÷ƒu z`ÏiB Ï]÷èt7ø9$# $¯RÎ*sù /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 5>#tè? §NèO `ÏB 7pxÿõÜœR §NèO ô`ÏB 7ps)n=tæ ¢OèO `ÏB 7ptóôÒB 7ps)¯=sƒC ÎŽöxîur 7ps)¯=sƒèC tûÎiüt7ãYÏj9 öNä3s9 4 É)çRur Îû ÏQ%tnöF{$# $tB âä!$t±nS #n<Î) 9@y_r& wK|¡B §NèO öNä3ã_̍øƒéU WxøÿÏÛ ¢OèO (#þqäóè=ö7tFÏ9 öNà2£ä©r& ( Nà6ZÏBur `¨B 4¯ûuqtGムNà6ZÏBur `¨B Štãƒ #n<Î) ÉAsŒör& ̍ßJãèø9$# Ÿxøx6Ï9 zNn=÷ètƒ .`ÏB Ï÷èt/ 8Nù=Ïæ $\«øx© 4 ts?ur šßöF{$# ZoyÏB$yd !#sŒÎ*sù $uZø9tRr& $ygøŠn=tæ uä!$yJø9$# ôN¨tI÷d$# ôMt/uur ôMtFt6/Rr&ur `ÏB Èe@à2 £l÷ry 8kŠÎgt/ ÇÎÈ  
Maksud : Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan Dalam kandungan rahim (ibu Yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh), dan menjadi suburlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai ( 5 ).

iii.                Analisis Hadith
Terdapat dua hadith utama yang merujuk kepada pertumbuhan janin secara khusus iaitu  (Abul Fadl Mohsin Ibrahim.1995 : 113):
عنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمًا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ  الرُّوْحَ.

Maksud : Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a beliau berkata : Rasulullah s.aw telah bersabda dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (dipercayai) : Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh.

إِذَا مَرَّ بِالنُّطْفَةِ اثِنْتَانِ وَأَرْبَعُونَ لَيْلَةً بَعَثَ اللَّهُ إِلَيْهَا مَلَكًا فَصَوَّرَهَا وَخَلَقَ سَمْعَهَا وَبَصَرَهَا وَجِلْدَهَا
 وَلَحْمهَا وَعِظَامَهَا. ثُمَّ قَالَ: يَا رَبِّ أَذَكَرٌ أَمْ أُنْثَى؟ فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ. ثُمَّ يَقُولُ: يَا رَبِّ أَجَلُهُ؟
فَيَقُولُ رَبُّكَ مَا شَاءَ وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ. ثُمَّ يَقُولُ: يَا رَبِّ رِزْقُهُ؟ فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ.
ثُمَّ يَخْرُجُ الْمَلَكُ بِالصَّحِيفَةِ فِي يَدِهِ فَلاَ يَزِيدُ عَلَى مَا أُمِرَ وَلاَ يَنْقُصُ.

Maksud : Ketika nuthfah telah berusia empat puluh dua malam, maka Allah mengutus satu malaikat mendatangi nuthfah tersebut. Kemudian Allah akan membentuk tubuhnya, menciptakan pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan juga tulangnya. Setelah itu malaikat (yang diutuskan kepada janin) bertanya: “Ya Tuhan, (apakah janin yang berada dalam rahim ini) lelaki atau perempuan?” Maka Tuhanmu menentukan menurut kehendak-Nya dan malaikat itu pun mencatatnya. Kemudian malaikat itu bertanya lagi: “Ya Tuhan, bagaimana dengan ajalnya?”' Maka Tuhanmu mengatakan apa yang menurut kehendak-Nya dan malaikat itu pun mencatatnya. Kemudian malaikat itu bertanya lagi; “Ya Tuhan, bagaimana dengan rezekinya?” Maka Tuhanmu menentukan menurut kehendak-Nya dan malaikat itu pun mencatatnya. Kemudian malaikat itu keluar dengan membawa selembar catatan yang di tangannya tanpa menambah mahupun mengurangi apa telah diperintahkan Allah untuk mencatatnya.
                                               
2.2.2    Peringkat Pertumbuhan Janin
i.         Nutfah
Menurut Muntasar (1973), nutfah  ialah cecair yang bersih. Ia dikenali oleh masyarakat Melayu sebagai mani manakala menurut ahli embriologi, ia dikenali sebagai spermatozoon yang disebut sebagai sperma. Al-Qurtubi mentafsirkan nutfah sebagai setitis sperma. Persenyawaan kedua-dua benih akan mencantumkan pasangan-pasangan kromosom. Daripada percantuman kromosom akan terhasil satu organism lain iaitu zigot yang menyamai istilah nutfah amshaj yang dinyatakan di dalam al-Qur’an. Ia merupakan hasil daripada percampuran antara nutfah lelaki dan benih perempuan ( Zaiton Said @ Mat Ali. 2002 : 7). Firman Allah s.w.t :
$¯RÎ) $oYø)n=yz z`»|¡SM}$# `ÏB >pxÿôÜœR 8l$t±øBr& ÏmÎ=tGö6¯R çm»oYù=yèyfsù $JèÏJy #·ŽÅÁt/ ÇËÈ  
Maksud: Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat (12).    
                                                                                                                               (al-Insaan : 2)

Setelah selesai persenyawaan, zigot akan terus menjadi semakin mengecil sehingga terbentuk selonggok sel dan seterusnya ia akan berganda perlahan-lahan memasuki rongga rahim ( Zaiton Said @ Mat Ali. 2002 : 8).
ii.         Alaqah

Alaqah adalah suatu perkataan bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang melekat atau bergantung kepada sesuatu yang lain. Di dalam istilah sains, ia dikenali sebagai implantasi (pembenaman). Peringkat ini dianggarkan berlaku pada minggu ketiga kehamilan iaitu pada penghujung minggu pertama persenyawaan menurut ahli perubatan ( Zaiton Said @ Mat Ali. 2002 : 8) dan ia tidak menyalahi sabda Rasulullah s.a.w mengenai tempoh masa ini sebagaimana berikut: :


iii.                Mudghah
Mudghah berdasarkan al-Qur’an mengandungi dua keadaan iaitu mudghah mukhalaqah (pembentukan organ) dan mudghah ghair mukhalaqah (segumpal darah yang tidak sempurna). Secara ringkas, mudghah ialah peringkat pembentukan janin. Syed Qutb (1978) menjelaskan bahawa perpindahan dari peringkat alaqah kepada mudghah berlaku apabila mudghah berubah menjadi darah beku yang bercampur. Pembentukan ini dianggarkan berlaku ketika janin sudah berusia lima dan tujuh minggu dan ia berlanjutan sehingga ia semakin membesar dan saiz binaan-binaannya akan semakin sempurna ( Zaiton Said @ Mat Ali. 2002 : 9).

iv.                Peringkat Tiupan Nyawa (Roh)
Setelah melalui ketiga-tiga peringkat pertumbuhan sebagaimana dinyatakan sebelumnya, janin akan menjadi semakin sempurna melalui tiupan roh kepadanya.  Tiupan ini merupakan satu keistimewaan yang membezakan penciptaan manusia berbanding makhluk yang lain. Ulama’ bersepakat bahawa peniupan roh berlaku setelah janin berusia 120 hari. Ia mempunyai kaitan dengan kemunculan pergerakan-pergerakan janin yang dibuktikan oleh kajian sains. Ibn Qayyim menjelaskan bahawa pergerakan-pergerakan ini merupakan petanda janin sudah mula hidup ( Zaiton Said @ Mat Ali. 2002 : 10).

2.3       DEFINISI PENGGUGURAN
Pengguguran menurut Kamus Dewan (2007) berasal dari perkataan gugur yang membawa maksud jatuh sebelum masak, luruh, buang atau hilang. Definisi gugur untuk kajian ini ialah lahir sebelum cukup bulan. Perkataan menggugurkan pula bermaksud mengeluarkan anak sebelum cukup bulan dengan sengaja. Menurut Oxford Dictionary of Law, pengguguran didefinisikan sebagai penamatan kehamilan, keguguran atau pembuangan janin daripada rahim sebelum tamat tempoh kehamilan yang normal. Menurut Saif al Din al Siba ‘i, pengguguran bermaksud tindakan menamatkan kehamilan seseorang perempuan dengan terkeluarnya kandungan rahimnya yang terdiri dari janin dan lain-lain lagi ( Mat Saad Abd. Rahman. 1988: 61).

Di dalam bahasa Arab, pengguguran dikenali sebagai al-ijhad. Dari sudut pemakaiannya dalam aspek linguistik adalah suatu kata terbitan (masdar) dari perkataan ajhada yang bermaksud menggugurkan kandungan yang belum selesai kejadiannya (Imran Razi bin Che Ibrahim.2003: 54). Abd al-Qadir ‘Audah menyatakan kesempurnaan pengguguran berlaku apabila keluar janin itu dari kandungan perut ibunya sama ada dalam keadaan hidup ataupun mati meskipun kedua-dua keadaan ini mempunyai hukum yang berlainan ( Mat Saad Abd. Rahman. 1988: 62).
     
2.4       KESIMPULAN

Hasil penelitian terhadap definisi janin dan pengguguran, dapatlah disimpulkan bahawa pengguguran janin ialah satu tindakan mengeluarkan janin dari perut ibunya sebelum waktu kelahiran yang sepatutnya.



BAB III

HUKUM PENGGUGURAN JANIN

3.1       PENGENALAN
Para fuqaha Islam telah banyak membincangkan hukum pengguguran janin. Kaedah usul fiqh juga telah menggariskan satu prinsip iaitu لا ضرار ولا ضرار   iaitu tidak boleh melakukan sesuatu yang bersifat mudarat kepada diri dan memudaratkan orang lain. Pengguguran adalah satu proses yang memudaratkan janin kerana tindakan ini bertujuan untuk mematikannya. Bahkan, ia juga memudaratkan nyawa ibu kerana dalam sesetengah situasi, perbuatan menggugurkan janin boleh menyebabkan ibu mengalami pendarahan yang teruk dan memudaratkan nyawanya. Oleh itu, penelitian terhadap hukum pengguguran janin di dalam Islam amatlah penting bagi mengelakkan kesilapan mahupun tindakan secara melulu dalam persoalan pengguguran janin ini yang akan mengakibatkan pelakunya menanggung dosa besar di sisi Allah.

3.2       Pengguguran Menurut Ulama Fiqh
Menurut Mohammed Mekki Naciri, kitab-kitab fiqh berbagai mazhab sepakat bahawa pengguguran tidak dibolehkan kecuali ia disebabkan oleh alasan yang benar. Manakala menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi, semua fuqaha mengharamkan pengguguran setelah janin bernyawa. Justeru itu, orang Islam tidak boleh melakukan pengguguran  kerana ia merupakan satu jenayah terhadap makhluk bernyawa dan sempurna (Abul Fadl Mohsin Ebrahim. 1995: 131).
i.                    Mazhab Hanafi
Menurut Ibn ‘Abidin yang merupakan salah seorang ahli fiqh mazhab Hanafi mengatakan bahawa keizinan untuk melakukan pengguguran bergantung kepada sebab yang sah iaitu sebelum bulan keempat kehamilan memandangkan tempoh penyusuan bayi. Kehamilan baru meletakkan batas bagi penyusuan. Sekiranya tiada wanita yang boleh menyusukan bayi, ditakuti bayi yang ada akan mati. Di dalam hal ini, wanita dibenarkan menggugurkan janin untuk menyelamatkan bayi yang sedia hidup (Abul Fadl Mohsin Ebrahim. 1995: 131).

ii.                  Mazhab Maliki
Pendapat mazhab Maliki berkaitan pengguguran sebagaimana dijelaskan di dalam Hashiyah al Dasuqi iaitu pengguguran tidak dibenarkan setelah air mani masuk ke dalam rahim walaupun kurang dari tempoh empat puluh hari selepas kehamilan. Setelah bernyawa, pengguguran diharamkan secara mutlak (Abul Fadl Mohsin Ebrahim. 1995: 132).

iii.                Mazhab Hanbali
Ibn Qudamah dalam kitabnya, al Mughni menyatakan pendapat mazhab Hanbali terhadap pengguguran dengan penulisannya : ‘‘ Sesiapa yang memukul perut wanita hamil dan anaknya tergugur, orang berkenaan hendaklah membayar denda (diat). Begitu juga jika wanita hamil meminum ubat yang menyebabkannya keguguran, wanita itu hendaklah membayar denda (diat) (Abul Fadl Mohsin Ebrahim. 1995: 132).

iv.                Mazhab  Shafie
Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitab  Ihya’ ‘Ulum al-Din, pencegahan kehamilan tidak sama dengan pengguguran atau wa’d (menanam bayi perempuan hidup-hidup). Ini kerana pengguguran merupakan satu jenayah terhadap makhluk yang hidup. Imam al-Ghazali menyatakan kewujudan mempunyai beberapa tahap. Tahap pertama ialah kemasukan air mani dalam rahim wanita dan percampurannya dengan benih wanita. Pada masa ini, ia sedia menerima nyawa dan perbuatan mengganggunya adalah suatu jenayah. Setelah berlakunya penerimaan nyawa atau roh, penciptaannya disempurnakan dan menggangunya adalah suatu jenayah yang lebih besar. Kemuncak jenayah berlaku apabila janin diasingkan dari ibunya secara hidup-hidup (Abul Fadl Mohsin Ebrahim. 1995: 132).

Menurut al- Buti, pengguguran boleh dibenarkan dalam tiga keadaan sebelum bulan keempat kehamilan iaitu pertama, sekiranya doktor bimbang nyawa ibu terancam akibat kehamilan, Kedua, ditakuti kehamilan akan mendatangkan penyakit kepada ibu. Ketiga, kehamilan baru menjangkau paras hujung penyusuan dan bayi yang sedia ada bergantung kepada susu ibu untuk hidup (Abul Fadl Mohsin Ebrahim. 1995: 133).


3.3       Hukum Menggugurkan Janin Berdasarkan Peringkat Pertumbuhan
Hukum menggugurkan janin di dalam Islam boleh dilihat berdasarkan peringkat-peringkat pertumbuhan janin kepada peringkat sebelum peniupan roh dan peringkat setelah ditiupkan roh. Ini kerana setiap peringkat tersebut mempunyai hukum tersendiri.
3.3.1    Peringkat sebelum peniupan roh
Terdapat perbezaan pendapat ulama Islam dalam membincangkan persoalan pengguguran janin sebelum ia diberi nyawa. Pendapat mereka terbahagi kepada tiga golongan  iaitu:
i.                    Golongan pertama merupakan golongan yang mengharamkan pengguguran pada setiap tahap pertumbuhan janin meskipun ia masih belum ditiupkan roh. Pendapat ini dikemukakan oleh Imam al-Ghazali, sebahagian dari ulama’ Maliki, sebahagian dari ulama’ Hanafi, Ibn Jawzi, Shaltut dan ulama’-ulama’ lain. Hujah yang dikemukakan untuk menguatkan pandangan mereka antaranya ialah hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim iaitu :
عنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمًا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ  الرُّوْحَ.

Maksud : Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a beliau berkata : Rasulullah s.aw telah bersabda dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (dipercayai) : Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh.


            Menurut al-Tariqi, lafaz hadith ini menunjukkan bahawa tahap penciptaan manusia oleh Allah bermula dengan cairan mani (nutfah). Maka membinasa dan menggugurkannya adalah satu kesalahan.
ii.         Golongan kedua ialah golongan yang membenarkan pengguguran pada setiap peringkat dari kesemua peringkat pertumbuhan janin selagi masih belum ditiupkan roh kepadanya iaitu pada peringkat nutfah, alaqah dan mudghah. Ini merupakan pendapat yang kuat dalam kalangan ulama’ Hanbali dengan hujah:
            a.Setiap yang belum mempunyai nyawa tidak akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dan tidak akan diperhitungkan. Maka, tiada larangan untuk menggugurkannya.

b.Janin yang belum ditiupkan roh kepadanya tidak tergolong dalam kalangan manusia. Maka, tiada larangan untuk menggugurkannya.

ii.                  Golongan ketiga ialah golongan yang membenarkan pengguguran pada peringkat nutfah dan haram pada peringkat alaqah dan mudghah. Pandangan ini terdiri dari ulama’ Maliki serta pendapat yang kuat dalam kalangan ulama’ Hanbali dan Shafie. Terdapat sebahagian ulama Shafie yang membenarkan pengguguran pada peringkat nutfah dan alaqah tetapi diharamkan  pada peringkat mudghah. Pandangan ini disandarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w :

إِذَا مَرَّ بِالنُّطْفَةِ اثِنْتَانِ وَأَرْبَعُونَ لَيْلَةً بَعَثَ اللَّهُ إِلَيْهَا مَلَكًا فَصَوَّرَهَا وَخَلَقَ سَمْعَهَا وَبَصَرَهَا وَجِلْدَهَا
 وَلَحْمهَا وَعِظَامَهَا. ثُمَّ قَالَ: يَا رَبِّ أَذَكَرٌ أَمْ أُنْثَى؟ فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ. ثُمَّ يَقُولُ: يَا رَبِّ أَجَلُهُ؟
فَيَقُولُ رَبُّكَ مَا شَاءَ وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ. ثُمَّ يَقُولُ: يَا رَبِّ رِزْقُهُ؟ فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ
ثُمَّ يَخْرُجُ الْمَلَكُ بِالصَّحِيفَةِ فِي يَدِهِ فَلاَ يَزِيدُ عَلَى مَا أُمِرَ وَلاَ يَنْقُصُ.

Maksud : Ketika nuthfah telah berusia empat puluh dua malam, maka Allah mengutus satu malaikat mendatangi nuthfah tersebut. Kemudian Allah akan membentuk tubuhnya, menciptakan pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan juga tulangnya. Setelah itu malaikat (yang diutuskan kepada janin) bertanya: “Ya Tuhan, (apakah janin yang berada dalam rahim ini) lelaki atau perempuan?” Maka Tuhanmu menentukan menurut kehendak-Nya dan malaikat itu pun mencatatnya. Kemudian malaikat itu bertanya lagi: “Ya Tuhan, bagaimana dengan ajalnya?”' Maka Tuhanmu mengatakan apa yang menurut kehendak-Nya dan malaikat itu pun mencatatnya. Kemudian malaikat itu bertanya lagi; “Ya Tuhan, bagaimana dengan rezekinya?” Maka Tuhanmu menentukan menurut kehendak-Nya dan malaikat itu pun mencatatnya. Kemudian malaikat itu keluar dengan membawa selembar catatan yang di tangannya tanpa menambah mahupun mengurangi apa telah diperintahkan Allah untuk mencatatnya.

Daripada hadith ini, mereka menyatakan bahawa janin sudah siap terbentuk apabila melebihi 40 hari atau setelah memasuki tempoh masa 40 hari yang kedua. Maka, menurut mereka nutfah boleh digugurkan kerana janin masih belum terbentuk.

3.3.2    Peringkat Setelah Peniupan Roh
Ulama’ telah bersepakat mengharamkan pengguguran janin selepas janin ditiupkan roh kecuali pada keadaan-keadaan yang memudaratkan dan mengancam keselamatan nyawa ibu. Pengharaman ini disepakati dengan beberapa dalil sebagaimana berikut :
a.Firman Allah s.w.t :
* ö@è% (#öqs9$yès? ã@ø?r& $tB tP§ym öNà6š/u öNà6øŠn=tæ ( žwr& (#qä.ÎŽô³è@ ¾ÏmÎ/ $\«øx© ( Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur $YZ»|¡ômÎ) ( Ÿwur (#þqè=çFø)s? Nà2y»s9÷rr& ïÆÏiB 9,»n=øBÎ) ( ß`ós¯R öNà6è%ãötR öNèd$­ƒÎ)ur ( Ÿwur (#qç/tø)s? |·Ïmºuqxÿø9$# $tB tygsß $yg÷YÏB $tBur šÆsÜt/ ( Ÿwur (#qè=çGø)s? š[øÿ¨Z9$# ÓÉL©9$# tP§ym ª!$# žwÎ) Èd,ysø9$$Î/ 4 ö/ä3Ï9ºsŒ Nä38¢¹ur ¾ÏmÎ/ ÷/ä3ª=yès9 tbqè=É)÷ès? ÇÊÎÊÈ  
Maksud : Katakanlah: "Marilah, supaya Aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya ( 151 ).
                                                                                                    ( al-An‘am : 151)
Melalui firman Allah ini dapat dilihat pengharaman perbuatan membunuh atau menggugurkan anak bukanlah perkara yang remeh malahan pengharamannya perlu diambil berat kerana ia diiringi ayat yang mengharamkan perbuatan mensyirikkan Allah (Basri Ibrahim. 2007: 84).

b.Fatwa ulama’
Mahmud Shaltut dan Hassan Hathut mengeluarkan fatwa yang menyatakan bahawa pengguguran yang berlaku selepas persenyawaan dikira sebagai satu kekejaman dan haram hukumnya sekalipun janin tersebut belum ditiupkan roh. Menurut mereka,  proses-proses perkembangan atau pertumbuhan janin yang telah disenyawakan sudah dikira sebagai satu kehidupan yang bersedia untuk menjadi seorang manusia. Pengharaman tersebut dikecualikan dalam keadaan-keadaan terpaksa bagi melindungi atau menyelamatkan nyawa ibu( Zaiton Said @ Mat Ali. 2002 : 50).

3.4       KESIMPULAN

Melihat kepada perbahasan para fuqaha Islam, hukum pengguguran janin terbahagi kepada dua iaitu pengguguran janin yang selepas ditiupkan roh padanya (selepas 120 hari atau 4 bulan). Para ulama bersepakat bahawa pengguguran pada ketika ini adalah haram. Ia dianggap melakukan jenayah kepada makhluk yang hidup, sempurna dan bernyawa tanpa alasan yang munasabah. Haram pengguguran selepas ditiupkan roh iaitu selepas berusia 120 hari (4 bulan). Sekiranya janin hidup ketika digugurkan dan kemudian mati, denda yang dikenakan kepada pelakunya adalah bayaran diat manakala sekiranya janin mati ketika gugur, pelakunya dikenakan bayaran ghurrah.



BAB  IV 
KECACATAN JANIN
4.1       PENGENALAN
Melalui kemajuan teknologi biomedik moden, diagnosis prenatal boleh dijalankan dengan hasil yang hampir tepat. Antara teknik-teknik yang digunakan untuk dianogsis ialah Amniocentecis, Fetoscopy, Ultrasound dan X-ray. Justeru itu, pelbagai persoalan timbul berkaitan keguguran pada masa kini. Antaranya adakah keguguran dibenarkan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti :
i.Kemungkinan janin dilahirkan dengan penyakit genetik yang dipindahkan.
ii.Ditakuti atau disyaki kecacatan sewaktu kelahiran
iii.Diagnosis Intra-Uterin, kecacatan janin yang luar biasa.

4.2       PEMBAHAGIAN KECACATAN
Kecacatan menurut ilmu perubatan terbahagi kepada tiga keadaan iaitu kecacatan yang tidak mengancam kehidupan janin, kecacatan yang menyulitkan kehidupan janin selepas kelahirannya tetapi boleh dirawati dan kecacatan yang  mengancam kehidupan janin selepas kelahirannya dan tidak boleh dirawati. Kecacatan pertama dan kedua tidak dikira sebagai pengharus kepada pengguguran manakala kecacatan ketiga pula terdapat perbezaan pandangan di kalangan fuqaha ( Ahmad Tarmizi Taha. t.th: 14).

4.3       HUKUM PENGGUGURAN JANIN KERANA KECACATAN

4.3.1    Dalil Pengharaman Menggugurkan Janin

Ÿwur (#qè=çFø)s? }§øÿ¨Z9$# ÓÉL©9$# tP§ym ª!$# žwÎ) Èd,ysø9$$Î/ 3 `tBur Ÿ@ÏFè% $YBqè=ôàtB ôs)sù $uZù=yèy_ ¾ÏmÍhÏ9uqÏ9 $YZ»sÜù=ß Ÿxsù ̍ó¡ç Îpû È@÷Fs)ø9$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. #YqÝÁZtB ÇÌÌÈ  
Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
                                                                                                          (al-Israa’: 33)

Ungkapan ‘ jangan membunuh’ di dalam firman Allah ini adalah satu bentuk larangan. Di dalam ilmu usul telah diperakui tegahan yang tidak mengandungi sebarang bukti  lain yang menyokongnya membawa kepada hukum haram. Ungkapan ‘diri seseorang manusia’ muncul dalam bentuk mufrad yang digabungkan dengan alif lam al-Istighraqiyyah. Di dalam ilmu usul telah diperakui alif lam al-Istighraqiyyah apabila bertemu dengan mufrad, ia membawa maksud umum. Janin dinamakan sebagai ‘ diri seseorang’ dan termasuk ke dalam umum pengharaman di atas. Ungkapan ‘kecuali dengan alasan yang benar’ iaitu alasan yang dibenarkan oleh syarak (Basri Ibrahim. 2007: 81).

Firman Allah :
tûïÏ%©!$#ur Ÿw šcqããôtƒ yìtB «!$# $·g»s9Î) tyz#uä Ÿwur tbqè=çFø)tƒ }§øÿ¨Z9$# ÓÉL©9$# tP§ym ª!$# žwÎ) Èd,ysø9$$Î/ Ÿwur šcqçR÷tƒ 4 `tBur ö@yèøÿtƒ y7Ï9ºsŒ t,ù=tƒ $YB$rOr& ÇÏÑÈ  
Maksudnya : Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya (68).
                                                                                                     ( al-Furqan : 68)

Pembunuhan janin yang cacat merupakan satu bentuk kezaliman, pencerobohan dan pelanggaran terhadap qadar Allah. Pembunuhan janin adalah haram dan tidak harus sama sekali kecuali jika mengekalkannya di dalam kandungan mendatangkan kemudaratan  yang pasti kepada si ibu. Ketika situasi ini berlaku, ia termasuk ke dalam bab pertembungan di antara dua bentuk kemudaratan. Kaedah menyatakan apabila betembung dua bentuk kemudaratan, hendaklah dibendung yang lebih besar kemudaratannya dengan melakukan yang lebih kecil kemudaratannya (Basri Ibrahim. 2007: 82).

Firman Allah :
`tBur ö@çFø)tƒ $YYÏB÷sãB #YÏdJyètGB ¼çnät!#tyfsù ÞO¨Yygy_ #V$Î#»yz $pkŽÏù |=ÅÒxîur ª!$# Ïmøn=tã ¼çmuZyès9ur £tãr&ur ¼çms9 $¹/#xtã $VJŠÏàtã ÇÒÌÈ  
Maksudnya : Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal  ia di dalamnya, dan Allah murka kepadaNya, dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar (93)
                                                                                                            ( al-Nisa’: 93)

Menggugurkan janin atas alasan cacat termasuk dalam pengertian membunuh jiwa yang beriman secara sengaja. Orang yang melakukannya, meredhai dan yang menjadi penyebab kepada pengguguran dilakukan kesemuanya termasuk ke dalam amaran keras yang disebutkan di dalam ayat di atas kerana ungkapan ‘sesiapa yang membunuh’ adalah satu syarat manakala ungkapan ‘yang beriman’ pula muncul dalam bentuk nakirah. Lafaz nakirah yang berada di dalam rangkaian ayat syarat bersifat umum. Jiwa yang dibunuh ini dihukumkan sebagai jiwa yang beriman dan tidak harus sama sekali menceroboh dengan cara membunuhnya. Justeru, sesiapa yang menceroboh dan membunuh jiwa tersebut termasuklah ke dalam amaran keras yang terdapat di dalam ayat tersebut (Basri Ibrahim. 2007 : 83).

Firman Allah :

ôs% uŽÅ£yz tûïÏ%©!$# (#þqè=tGs% öNèdy»s9÷rr& $Jgxÿy ÎŽötóÎ/ 5Où=Ïæ (#qãB§ymur $tB ÞOßgs%yu ª!$# ¹ä!#uŽÏIøù$# n?tã «!$# 4 ôs% (#q=|Ê $tBur (#qçR$Ÿ2 šúïÏtGôgãB ÇÊÍÉÈ    
Maksud: Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada sekalian makhluknya), dan juga (rugilah orang-orang yang) mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.
                                                                                                                          (al-An’am : 140)


Di dalam ayat ini, Allah menghukumkan orang yang membunuh jiwa yang tidak berdosa dengan sengaja sebagai orang yang telah rugi di dunia dan akhirat dan mengganggap mereka telah melakukan satu tindakan yang bodoh. Ayat ini tepat mengenai orang yang membunuh jiwa yang tidak berdosa dengan menggunakan hujah syaitan dan was-was iblis. Penolakan ayat ini membuktikan pengharaman melakukan perbuatan tersebut. Ia merupakan satu perbuatan keji, jenayah dan kerugian yang tidak dapat ditampung kecuali dengan taubat nasuha yang ikhlas(Basri Ibrahim.2007 : 83). Ia juga menggambarkan kebodohan akal fikiran dan permainan sangkaan dan khayalan semata-mata tanpa asas dari hadith yang sahih mahupun mana-mana petunjuk (Basri Ibrahim.2007 : 84).

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksud : Jauhilah daripada melakukan tujuh dosa besar. Para sahabat bertanya Rasulullah s.aw : Apakah dia wahai Rasulullah? Sabda baginda : Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang tidak berdosa kecuali dengan alasan yang dibenarkan oleh syarak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh wanita muslimah yang baik dan menjaga kehormatan dan melakukan zina.

Melalui hadith ini, terdapat penjelasan yang jelas mengenai pengguguran janin. Membunuh janin dengan alasan mengelakkan dilahirkan dalam keadaan cacat adalah satu bentuk kerosakan. Tujuan ia dilakukan adalah untuk mendapatkan maslahah iaitu mengelakkan ibu bapa merasa susah hati mahupun menderita ketika mendidik anak tersebut serta mengelakkan mereka merasa sedih dengan keadaan anak yang cacat itu. Justeru itu, di dalam hal ini berlaku pertembungan di antara maslahah dan mafsadah. Berdasarkan kaedah fiqh, membendung kerosakan hendaklah didahulukan berbanding mengutamakan kemaslahatan(Basri Ibrahim.2007 : 87).

Membunuh janin dengan cara menggugurkannya adalah satu kerosakan yang pasti yang bertujuan menolak kerosakan yang belum pasti serta masih samar-samar. Kewujudannya dalam bentuk yang cacat sebagaimana yang digambarkan oleh pakar kedoktoran belum dapat dipastikan kerana ia termasuk dalam perkara ghaib yang hanya diketahui Allah sahaja. Justeru itu, ia merupakan kerosakan (mafsadah) yang masih tidak jelas kedudukannya sebagaimana kaedah fiqh yang telah diperakui, tidak harus melakukan kerosakan yang jelas pasti demi meraikan kerosakan yang belum jelas (Basri Ibrahim.2007 : 87).

Menghilangkan nyawa janin tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak termasuk ke dalam ancaman keras dan azab yang pedih. Ia merupakan kerosakan besar yang tidak mampu ditanggung. Kewujudan janin dalam bentuk yang dilaporkan oleh pakar kedoktoran merupakan satu kerosakan juga, namun tidak menyamai kerosakan pertama kerana kerosakan membunuh janin adalah lebih besar. Dalam kaedah fiqh, apabila bertembung dua bentuk kemudaratan hendaklah diraikan yang lebih besar mudaratnya dengan melakukan mudarat yang lebih kecil (Basri Ibrahim.2007 : 87).


4.4.      Fatwa Berkaitan Hukum Menggugurkan Janin kerana Kecacatan

                    4.4.1     Haram Menggugurkan Janin kerana Kecacatan

Menurut Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi, tidak harus menggugurkan janin kerana wujud kecacatan padanya. Sebagaimana yang berlaku dalam kes sebelum ini, terdapat juga janin yang diberi Allah kesembuhan dalam  tempoh yang ada sebelum dilahirkan dan dilahirkan dalam keadaan sihat. Meskipun terdapat jangkaan oleh sesetengah doktor perubatan mengenai kelahiran janin tanpa tulang, Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi menyatakan tidak harus menggugurkan janin semata-mata kerana terdapat jangkaan dari doktor kerana pada asalnya hukum membunuh jiwa yang tidak berdosa tanpa alasan yang membenarkan adalah haram (Basri Ibrahim.2007 : 89).

Menurut Samahah al Sheikh Abd al-Aziz bin Baz rahimahullah, tidak harus menggugurkan kandungan yang jelas kecacatan kejadiannya.  Kadang-kadang Allah mengubah bentuk tersebut meskipun terdapat jangkaan mengenai kecacatan tersebut. Apabila dilahirkan, bayi berada dalam keadaan sihat. Tidak harus menggugurkan janin yang mempunyai tanda-tanda kecacatan sebaliknya wajib dikekalkan sedemikian. Jika dilahirkan dalam keadaan cacat, tetap perlu mensyukuri kurniaan Allah ( Basri Ibrahim. 2007: 90).

Di dalam persidangan Muktamar Islam di Rabat pada Disember 1971, Doktor Hassan Hathut, Sheikh Mustafa Ahmad Zarqa dan Doktor Lam ‘an Zaki telah menyatakan bahawa kecacatan janin juga boleh dijadikan alasan untuk menggugurkan kandungan ( Zaiton Said @ Mat Ali. 2002 : 48).

Manakala menurut al-Buti, Dr. Ahmad Taha, Sheikh al-Azhar, Dr. Misbah al Mutawalli dan beberapa ulama’ lain kecacatan janin bukanlah alasan yang sesuai bagi membolehkan pengguguran kecuali jika disahkan sekiranya meneruskan kehamilan boleh membawa kemudaratan kepada ibu. Kemudaratan hendaklah bukan sekadar jangkaan mahupun berasaskan kepada beberapa kemungkinan sahaja. Di dalam persoalan melibatkan kecacatan janin, ia kebiasaannya hanya berasaskan kepada jangkaan pakar perubatan sahaja ini kerana janin sentiasa mengalami perubahan dalam proses kesempurnaan dari masa ke masa ( Zaiton Said @ Mat Ali. 2002 : 48).

4.4.2        Harus Menggugurkan Janin kerana Kecacatan                                          

Unit Fatwa Universiti al-Azhar memutuskan harus digugurkan janin yang berusia sebulan disebabkan penyakit keturunan yang memudaratkan dengan syarat proses pengguguran itu tidak memudaratkan ibu. Manakala Perhimpunan Fiqh memutuskan sebelum berlalu tempoh seratus dua puluh hari , apabila telah terbukti melalui pengesahan jawatankuasa perubatan yang dianggotai oleh pakar-pakar perubatan yang dipercayai bahawa janin mengalami kecacatan serius yang tidak boleh dirawati  dan kecacatan itu akan menyulitkan janin dan keluarganya, maka ketika itu harus digugurkan janin tersebut setelah diminta oleh kedua ibu bapanya ( Ahmad Tarmizi Taha. t.th: 14).
                                                                                    

Dalam satu persidangan yang diadakan di Makkah pada 10 hingga 17 Februari 1990 satu ketetapan telah diambil untuk mengharuskan pengguguran yang dilakukan apabila sesuatu janin itu mempunyai kecacatan anggota yang serius. Persidangan ini turut menetapkan bahawa pengguguran tersebut hendaklah diputuskan oleh dua orang atau lebih yang merupakan doctor pakar atau kompeten. Pengguguran juga mestilah dilakukan dalam tempoh 120 hari kehamilan yang dikira bermula percantuman di antara ovum dan sperma (Imran Ramzi Che Ibrahim. 2003 :107).

Kecacatan congenital yang dianggap sebagai satu alasan bagi mengharuskan pengguguran boleh dikesan melalui teknologi perubatan moden seperti ultrasound yang juga dikenali sebagai ultrasonography, amniocentesis dan chorionic villi biopsy. Ebrahim Desai berpendapat pengguguran diharuskan dalam tempoh 120 hari kehamilan hanya jika terdapat alasan yang dibenarkan oleh syarak. Menurut beliau, pada dan selepas 120 hari perbuatan menggugurkan kandungan tidak boleh dilakukan. Perbuatan menggugurkan kandungan tidak boleh sama sekali disamakan dengan nilai nyawa yang telah diberikan oleh Allah kepada janin tersebut. Bagaimanapun terdapat beberapa keadaan di mana pengguguran selepas 120 hari tersebut boleh menjadi sesuatu yang harus. Ebrahim Desai telah menyenaraikan empat situasi yang mengharuskan untuk dilakukan pengguguran iaitu :
a)Kehamilan yang berlaku kerana dirogol atau akibat perbuatan sumbang mahram
b)Kecacatan pada janin yang telah dibuktikan dengan jelas seperti anencephacy, down syndrome, trisomy, HIV positif dan penyakit congenital rubella.
c)Sekiranya kecacatan pada tidak dapat dibuktikan dengan jelas sebaliknya hanya berasaskan spekulasi semata-mata maka menurut Ebrahim Desai ia tertakluk kepada tahap risiko yang bakal dihadapi oleh seseorang perempuan mengandung. Sekiranya risikonya tinggi dan berdasarkan pendapat yang diberikan oleh seorang doctor Islam yang jujur , amanah dan berpengalaman tindakan menggugurkan kandungan adalah diharuskan sehingga bulan keempat. Pengharusan ini adalah berdasarkan alasan perubatan dan
d)Sekiranya terdapat risiko yang tinggi terhadap kesihatan mental tinggi ibu dan sekiranya doctor itu dalam keadaan pasti bahawa kehamilan tersebut akan menyebabkan si ibu berada dalam kemurungan, schizophrenia yang berkekalan serta tiada harapan sembuh (Imran Ramzi Che Ibrahim. 2003 :108).

Ahli Obstetrik dan Ginekologi menyenaraikan beberapa komplikasi yang membolehkan seseorang perempuan mengandung memilih untuk melakukan pembedahan terapeutik. Kesemua bentuk pengguguran terapeutik yang dinasihatkan dengan alasan ia boleh menjadi ancaman terhadap nyawa dan keselamatan fizikal serta mental ibu yang mengandungkan janin yang berisiko tersebut (Imran Ramzi Che Ibrahim. 2003 :111).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-26 telah diputuskan pada 7 Mac 1990. Fatwa yang dikeluarkan adalah berkaitan dengan persoalan hukum menggugurkan kandungan di atas nasihat doktor disebabkan kecacatan. Secara ringkasnya, fatwa tersebut menyatakan : 1) Menurut Ijma‘ Fuqaha’ haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap sebagai satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu bertujuan menyelamatkan nyawa ibu atas sebab- sebab kecacatan yang teruk.  2) Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan pada ibu dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua suami isteri. 3) Ijma‘ Fuqaha berpendapat hukum pengguguran janin yang berumur 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu. Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu (Makiah Tussaripah Jamil. et. al. 2012: 76).


4.5       KESIMPULAN
Islam adalah agama yang realistik dan fleksibel. Dalam situasi di mana berlakunya darurat yang sangat mendesak, maka ada kelonggaran yang diberikan untuk keluar dari prinsip asal yang mungkin tidak membenarkan. Namun, kelonggaran yang diberikan tidak boleh disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya. Dalam kes pengguguran janin kerana kecacatan, terdapat pandangan para fuqaha yang mengharuskan secara bersyarat yang mesti dipatuhi mengikut syarak.


RUJUKAN
Abul Fadl Mohsin Ebrahim. 1995. Terj. Yusof Ismail. Isu-isu Bio-Perubatan Menurut Islam. Kuala Lumpur : A.S. Noordeen.
Ahmad Tirmizi Taha. t.th. Isu-Isu Perubatan Menurut Perspektif Hukum. Terengganu : Universiti Darul Iman.
Imran Ramzi Che Ibrahim. 2003. Pembunuhan Dengan Hak. Disertasi, Jabatan Fiqh dan Usul, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Makiah Tussaripah Jamil, Abdul Mukti Baharudin, Hisam Satari. 2012. Global Journal al-Thaqafah. 2: 69-82
Mat Sa’ad Abd Rahman.1988. Fiqh Semasa : Satu Analisis Isu-isu Semasa dari Kacamata Islam. Shah Alam : Penerbitan Hizbi.
Walid bin Rasyid al- Su’aidan. 2007. Terj.Basri bin Ibrahim. Isu-isu Fiqh Perubatan Semasa. Kuala Lumpur : al-Hidayah Publication.
Zaiton Said @ Mat Ali. 2002. Pengguguran Kandungan Menurut Perspektif Islam dan Undang-Undang Jenayah Malaysia. Disertasi, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.