Wednesday, December 23, 2015

Mengurus Emosi


Nota ringkas
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kemampuan mengenali emosi diri sendiri dan orang lain
Fikir kesan kepada hubungan sebelum melantunkan emosi
Tujuan, objektif, matlamat dan hasil sesuatu emosi. Jangan bertindak melulu tanpa berfikir panjang
Mengurus, mengawal emosi dan perasaan dalam bertindak dengan kekuatan iman dan akidah
Bangun tidur dengan emosi yang baik, bertegur sapa dengan lemah lembut, bersedia untuk hari baru
Pendidikan di rumah bermula seawal pagi – ceria
Jujur mengenali dan meluahkan emosi sendiri
Kisah perasaan orang lain, jangan sakitkan hati orang
Kebolehan membaca apa yang tersirat, kecerdasan emosi
Mewujudkan tolak ansur, saling memahami dalam rumah tangga
Tidak mudah perlekehkan pandangan orang lain





Tuesday, August 4, 2015

Maharnya Pengorbanan

Alhamdulillah usai berwalimatul urus tanggal 4 Syawal 1436H. Menerima kehadiran seorang insan yang sebelum ini hanya dikenali dari jauh. Dalam menyelusuri perjalanan kehidupan yang baru, adakalanya hati terusik dengan kenangan bersama teman-teman serumah. Zaman bujang yang telah lama dijalani. Sehingga kadang-kadang, terdetik di hati. Untuk melestarikan sebuah ikatan perkahwinan, ada mahar yang perlu dikorbankan. Antaranya ialah kehidupan bersendiri (bujang).

Untuk kehidupan baru yang baru sahaja bermula, sedang membina kekuatan untuk menjelajah lautan samudera kehidupan. Banyak yang perlu dipelajari. Mengenali hati budi pasangan, menjalin silaturrahim yang erat dengan kedua-dua belah keluarga besar kami dan  membina bersama wawasan masa depan dunia dan akhirat. 

Terima kasih ya Allah, hadiahkan saya teman-teman yang solehah.
Terima kasih ya Allah, untuk kehidupan yang baru dijalani ini.


Catatan : Entri kali ini cuma luahan rasa dari ana, mohon doa teman-teman yang terbaca entri kali ini.
Terima kasih ^^ 


Ana | 04082015 | Teratak umiayah @bukit tumbuh, terengganu 


Friday, May 29, 2015

Hijrah

Hijrah itu keperluan. Ada masa kita perlu melangkah ke hadapan. Mengorak langkah, tidak hanya statik di satu-satu kedudukan sahaja. Dengan itu, kita meraih pengalaman hidup yang pelbagai. Warna-warna kehidupan yang mencorakkan kanvas kembara di dunia. 

Bertemu dengan lingkungan manusia yang pelbagai, dengan itu jaringan hubungan sesama insan semakin berkembang. Dan dengan itu juga kita akan meraih pengalaman yang baru.

Melangkah dengan optimis. Yakin, Allah SWT mengatur kebaikan untuk kita.

Mengerti itu, agar jiwamu lebih merelakan perpisahan. Yang dinamakan pertemuan itu temannya adalah perpisahan. Maka, bertemu dan berpisah itu lumrah.

Moga Allah mudahkan kebaikan. Fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik. InshaAllah semuanya baik-baik sahaja. 

Optimis.

Catatan :  Jun 2015. Masa untuk berhijrah. Bismillah ~


Ana | 29052015 | Dataran Tun Seri Lanang 

Thursday, May 7, 2015

Tenanglah hati, damailah jiwa

Tenanglah hati, damailah jiwa dengan ketentuan dariNya
Hakikat hamba itu, menerima dari Tuhannya
Tiada suatu pun milik hamba melainkan limpah kurnia dariNya

Bila rasa gelisah dengan kehidupan
Ingatlah kematian yang memisahkan 
Bila rasa ingin mengingkari perintah Tuhan
Ingatlah kematian yang memutuskan
Bila ingin mempersoalkan ketentuan Tuhan
Ingatlah kematian yang pasti tiba
Saat bertemu Tuhanmu
Apakah kamu hamba yang diredhaiNya?

seandainya  kematian yang dekat itu belum cukup untuk memperingatkan  diri untuk menjadi hamba yang menjunjung perintah Tuhannya, meninggalkan keingkaran terhadap Tuhan, ihsan sesama insan, mensyukuri nikmat dan pemberian dariNya, maka tiadalah tenang hatimu, tiadalah damai jiwamu. Bersedihlah kerana itu menunjukkan kerasnya hatimu.  



Catatan : Tenanglah hati, damailah jiwa

Ana | 07052015 | 0319 pm | Dataran Tun Seri Lanang 


Thursday, April 23, 2015

Hudud, Suatu Pencerahan



Catatan : Hudud, Suatu Pencerahan

Thursday, April 16, 2015

Nota Penulis 02

Hari ini berkesempatan membaca buku, Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen (disusun dan diberi pengenalan oleh Mawar Safei dan Nisah Haji Haron)

Alkisahnya belek-belek buku kat sudut bacaan ringan PTSL. Akhirnya tertarik untuk baca.

Buku yang berkisar pengalaman penulis dalam menghasilkan karya kreatif mereka.

Ringkasan proses kreatif mereka dalam menulis saya kongsikan.

Bagaimana saya menulis?

1) Isu di sekeliling
2) Coret idea yang berkaitan
3) Cipta watak dan judul
4) Pengembangan plot & konflik

Karya yang baik adalah karya yang seimbang IQ, EQ dan SQ. Sesebuah karya mesti mengandungi elemen ilmu, kecerdasan emosi menangani pembaca yang pelbagai dan berupaya mendekatkan hati pembaca kepada Allah  - Salina Ibrahim lewat cerpennya, IMAM

Bagaimana membina isu, menjana idea?

1) Kolaborasi beberapa pengalaman yang dilalui.
2) Pemerhatian terhadap latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
3) Tajamkan pemikiran melalui pengamatan terhadap sekeliling

Watak akan memintal kehidupan melewati alam. Watak akan berkelana dalam impiannya yang terbemgkalai. Watak berbicara dengan alam dan manusia sekeliling - Samsiah Mohd Nor lewat cerpennya, LAZUARDI

Bagaimana menggarap isu?
1) Penulisan bertujuan
(Kritikan, teguran, reaksi terhadap persekitaran, fitrah kesenian, pengalaman hidup, dakwah, ilmu)
2) Sentuhan rasa, emosi

Manusia akan lebih faham, lebih terasa dan lebih mudah menerima sesuatu melalui sentuhan emosi - Jais Sahok lewat cerpennya, JIJI-MOGA MOGA KAU MENDENGAR

Bagaimana melakar watak & perwatakan?

1) Antagonis (Hitam) VS Protagonis (Putih)
2) Bina kerangkan sifat & laku watak
3) Kepelbagaian watak berdasar latar masyarakat

Paparan watak-watak wanita yang pelbagai sikap dan pandangan terhadap perintah agama menunjukkan pentingnya golongan wanita dalam kelompoknya mengubah suasana gelap dan hitam menjadi terang dan putih menerusi peranan wanita mulia, beriman dan bertakwa dalam usaha dakwah mereka. Kamariah Kamaruddin lewat cerpennya, TENTANG HIJAB

Bagaimana membina konflik dan klimaks?

1) Konflik disertakan mesej pendidikan, perutusan, peringatan yang mencetus keinsafan 
2) Konflik diimbangi dengan kewajaran (rasional)
3) Konflik disudahi dengan klimaks yang mewajarkan tindakan

Oh Tuhan! Di mana khilafku? Atau kerana aku hanya berbangga dengan namaku Solehah? Sedangkan aku pernah terbaca dalam surah al-Nahl ayat 58-59)...
Ibu dan ayah diuji dengan aku. Aku anak perempuan ibu ayah. Aku diberi nama Solehah. Tetapi, benarkah aku taat dan patuh kepada perintah Allah yang dimaksudkan dengan namaku itu?

.. cukuplah jika cerpen ini menjadi sandaran kepada golongan Hawa, memperoleh rasa keinsafan dan keinsanan. Saya berusaha memberi peringatan untuk pembaca malahan juga peringatan untuk diri sendiri. Kamariah Kamaruddin lewat cerpennya, TENTANG HIJAB


Ana | 16042015 | 1059pm | Dataran Tun Seri Lanang, UKM 

Penulis dan Menulis Suatu Cerita dalam Cerita

Hari ini bangun dengan suatu perasaan. Rutin yang memang menjadi rutin. Rasa agak hambar dengan perkara yang berulang-ulang. Kata seorang teman, jom buat sesuatu yang lain. Lain dari kebiasaan. Okay cadangan tu menarik! 

Beralih ke cerita lain. 

Pembentukan diri kita seringkali dipengaruhi persekitaran, siapa teman selingkungan, bagaimana suasana persekitaran dan juga apa yang dijalani dalam kehidupan sehari-hari. Bina pengaruh kepada orang lain dengan sesuatu yang positif dan bermanfaat. Contoh, solat berjemaah, solat di awal waktu. Disiplinkan diri dan ajak orang sama-sama, dengan optimisnya ia akan menjadi subur dalam kalangan kita.

Beralih ke cerita lain.

Budaya membaca. Di zaman kecanggihan teknologi dan kepelbagaian gajet, telefon pintar sedikit sebanyak dah mengurangkan minat generasi masa kini untuk bergulat dengan buku. Menanggapi pemikiran yang disampaikan lewat karya berbentuk penulisan. 

Apa kaitan semua perkara di atas dengan posting kali ni?

Sambung cerita lain lagi.. 
(haha, gelak sorang-sorang)

Dari dulu, cita-cita tinggi. Nak jadi penulis. Penulisan kreatif. Dua tiga hari terfikir, macam mana nak realisasikan. Rasa belum cukup kemampuan untuk mengolah sesuatu yang boleh dijadikan perkongsian bermanfaat. Terhenti sekejap.

Pagi kelmarin, sembang-sembang santai dengan kawan sambil minum teh tarik ^^
Apa dia nak buat, akan datang-datang? (kalau panjang umurnya)
Jawabnya : Sekarang masa untuk belajar, belajar dan belajar. 
Kemudian, mengajar
Dan menulis. 

Mungkin, kedengaran agak tinggi cita-cita untuk menulis tanpa mempunyai persediaan dan kelengkapan yang cukup. Betul juga, kalau nak berkongsi kena ada ilmu dan signifikasi untuk disampaikan. Jadi kenalah bermula dari awal. Belajar selok-belok penyampaian. Supaya mesej dapat sampai dan dihayati.

Catatan : Terima kasih kerana membaca ^^

Ana | 16042015 | Dataran Tun Seri Lanang, UKM



Wednesday, April 15, 2015

Terima Kasih yang Magis


Santai petang

Duduk-duduk di dataran Tun Seri Lanang. Tempat lepak kami sekian hari.
Menyelesaikan tugasan-tugasan pengajian sambil memerhatikan orang yang lalu lalang
Okay, nak mula cerita santai petang.

Terima kasih
Pernah tak kita cuba perhatikan dan selami dua rangkap kata ini?
Terima kasih.

Alkisahnya, seorang teman bagi baca sebuah buku. Tajuknya Magic. Entah apa sambungannya, lupa sudah.
Bab pertama
Biarkan magis bermula
Tulis perkara yang membuat kamu rasa ingin berterima kasih
Tak kisah apa pun perkara tersebut
Sekurang-kurangnya 10 perkara.
Okay, jom kita mula!
Fikir dan tulis

................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................

Kita buat eksperimen. Bagaimana perasaan selepas fikir dan tulis?
Rasa lapang, ya tak?

Pemikiran positif itu mampu dibentuk. Hari-hari kita mulakan dengan rasa syukur kepada Allah. Terima kasih kepada manusia-manusia di sekeliling. Dan hargai apa yang Allah berikan pada kita. Dengan itu, kita boleh rasa gembira dengan kehidupan.

Jangan lupa, hidup ini terlalu singkat untuk perkara-perkara negatif yang kita fikir dan rasa.
Hargai nikmat yang Allah berikan.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah

Catatan : Terima kasih kerana membaca ^^

Ana | 15042015 | Dataran Tun Seri Lanang, UKM



Wednesday, April 8, 2015

Nota Penulis 01

Penulis sesuatu ilmu itu akan sampai ke arah tujuannya, apabila penulisnya seorang yang beriman dan beramal dengan apa yang ditulis di samping ilmunya dengan apa yang ditulis. Terutamanya ilmu Islam yang mempunyai peranan besar di muka bumi ini. Dan setiap perkara di dalam agama ini ada ilmunya. 

Petikan kata pengantar, buku Jalan Dakwah karya Mustafa Masyhur

Demikian, apabila membaca kata pengantar ini dapatlah difahami siapa itu penulis dan bagaimana sesebuah buku itu ditulis. Menerusi olahan ilmu dan amal, begitu acuan sesebuah penulisan yang bermanfaat

Catatan : Tip menjadi seorang penulis

Ana | 08042015 | 0636 pm 

Saturday, April 4, 2015

Fiqh Wanita 2





Catatan : Kupasan mengenai darah wanita disampaikan oleh Ustazah Isfadiah



Saturday, March 28, 2015

Perjalananku IV

Alhamdulillah usai menyerahkan disertasi untuk pemeriksaan Februari lalu 
Sebulan berlalu. 
Seterusnya, tunggu panggilan untuk viva sambil menghabiskan masa berbaki dua bulan di bumi Bangi. Menyahut panggilan untuk kembali ke negeri kelahiran, 
Terengganu Darul Iman. 

Diam tak diam, sudah masuk tahun keenam di perbukitan ilmu. 
Tak dapat dinafikan cinta yang tertumpah di tempat mengenal jatuh bangun, membina kematangan. 
Tiga tahun bersama warga Ulin Nuha yang sentiasa berubah penghuninya bila masing-masing mula membawa haluan. Bertemu dan berpisah itu lumrah, moga bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah.
Moga ukhuwwah ini berpanjangan ke syurga. 

Bila yang tertulis bagiku adalah yang terbaik buatku, kan ku jadikan kau sebagai kenangan yang terindah.

Yang indah pasti tersemat sebagai memori yang indah.

Mengisi kelompangan usia muda bersama mereka adalah suatu kembara yang indah.
Inspirasi untuk menjadi lebih baik dalam beragama, menyuburkan cita-cita dan motivasi kehidupan, membina hala tuju. Bersama-sama mengilham harapan dan mencipta masa depan.

Waktu bujang yang indah untuk dikenang. Uhibbukum fillah~ 

Keluarga besar Ulin Nuha 



Bergeraklah dengan optimis ! 


Ana | 28032015 | 0352 pm


Sunday, March 22, 2015

Indah untuk dijalani

Cerita petang

Tidaklah menafikan dan tidaklah juga mengiyakan. Kerana perancangan Allah itu pasti ada hikmahnya. Kita merancang dengan cita, sedang Allah memberi dengan cinta. 

Mencari titik pertemuan. Cantik aturan Allah. Hilang satu perkara, dikurniakan perkara yang lain.

Kerana itu ketentuanNya, ia indah untuk dijalani

Meski dengan hati yang sebak, terharu, tak keruan langkah perlu diteruskan.

Allah.

Sebak tak tertahan. Tangis juga hampir tidak mampu diluah.

Pasak dalam-dalam, 

Masa depan Allah yang punya!

Bismillah


Catatan : Moga Allah mudahkan apa yang serasa sukar. 

Ana | Teratakhati | 22032015


Sunday, March 8, 2015

Sebelum Aku Bernikah... Lagi?



Catatan : Perbincangan menarik seputar isu poligami

Surat Dari Teman buat Teman

Assalamualaikum, temanku yang dikasihi fillah..Diharapkan mampu meluangkan masa untuk membaca n memahami isi kandungan coretan ini.
Allah itu maha Besar dan Islam itu satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah.Pernahkah kita terfikir apakah tujuannya kita berada di muka bumi? Ke manakah halatuju kehidupan kita? Setentunya untuk beribadah kepada Allah Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..Kita akui suatu masa kita akan mati meninggalkan dunia yang fana ini namun kerana indahnya dunia kita terpesona..kita lebih mengejar keseronokan dunia..kita lupa pada pertemuan dgn Tuhan dan Hari Kebangkitan yang penuh dengan soal jawab dan kekacauan..Adakah di saat peluang tertutup barulah kita tersedar akan dosa-dosa kita dan ingin bertaubat? Tidak sama sekali tidak.. Di saat kematian mendatang, di saat nyawa di hujung kerongkong tiada lagi peluang untuk kita bertaubat kerana Allah telah membuka ruang yang begitu luas semasa kita hidup namun kita sia-siakan.
Kita sering mendengar solat itu tiang agama.. Benarkah?? Renung-renungkan, amalan yang pertama sekali dihisab di kubur nanti ialah solat. Tentu sekali kita tidak mampu lagi menidakkan keutamaan solat..Kenapa solat itu penting?? Kerana ia menghubungkan hamba dan Tuhannya..Bagaimana kita mampu meremeh-remehkan solat? Perlu kita sedari, solat itu tiang agama dan sebaik- baik solat adalah yang dikerjakan pada awal waktunya..Kita renung-renungkan..Kenapa ye, kita boleh buat perkara lain berjam-jam namun bagaimana dengan solat kita yang sering kali kita ketepikan n perkara lain kita letakkan di hadapan??Kenapa kita begitu tegar membelakangkan suruhan Allah??Bukankah kita boleh berusaha tingkatkan kualiti solat kita dengan solat di awal waktu, berusaha memahami bacaan solat, berusaha merapatkan hubungan kita dengan Raja Segala Raja iaitu Allah di dalam solat..
Allah sentiasa menyayangi hamba-hambaNya, sedangkan kita sentiasa melupakannya. Nikmat iman dan Islam ini terlalu besar untuk diketepikan..Betapa indah merasa hidup bertuhan. Menjadikan Allah sebagai tempat pergantungan harapan. Kita renungkan, bila kita dalam kesusahan yang teramat sangat, nescaya kita akan kembali kepada Allah,berdoa agar masalah kita dapat diselesaikan tapi..bila kita senang langsung kita lupa diri dan nak menadah tangan berdoa pun agak payah..Sedangkan Allah suka mendengar permintaan hamba-hambanya..Mengapakah kita menjadi begitu sombong terhadap Allah Raja Segala Raja yang menguasai langit dan bumi.. Sama-samalah kita mengingati Allah dalam semua keadaan sama ada susah lebih-lebih lagi di waktu senang untuk menjadi hamba yang bersyukur atas segala kurniaannya..Insyaallah.
Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Justeru itu, sama-samalah kita berusaha meningkatkan amalan kita, akhlak kita, melakukan segala suruhan Allah dengan sebaik-baik pelaksanaan dan meninggalkan segala laranganNya. Mati itu terlalu sakit, kubur itu terlalu gelap terangilah ia dengan bekalan amalan baik. Hakikatnya hidup di dunia ini akan berakhir dan kita akan menuju akhirat yang kekal abadi..Semestinya kita mahu menjadi anggota syurga Allah dengan segala kenikmatan namun fikir-fikirkan apakah persediaan kita untuk merebut balasan itu???Semestinya kita tidak mahu menjadi anggota neraka yang dipenuhi dengan segala kesengsaraan namun fikir-fikirkan apakah persediaan kita untuk menjauhinya???Fikir-fikirkan, renung-renungkan.Semoga Allah memberi kita petunjuk ke jalan yang benar, x tersesat dalam cahaya..Ingatlah, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Lagi Maha Pengampun..Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang Berjaya di dunia dan akhirat..AMIIN.

Catatan : Maghrib tadi teringat lirik lagu nasyid, '' ajal yang datang di muka pintu tiada siapa yang memberitahu''
Lepas isyak, jumpa surat yang pernah dikarang buat seorang teman
Allah2, bila lupa cepat sahaja Allah ingatkan. Astaghfirullah al-azim 

Wednesday, March 4, 2015

Introspeksi


Merasa tidak mempunyai apa-apa itu membuat kita bertanya, mana milik kita?
Merasa kehilangan membuat kita bertanya, apa yang kita miliki?

..................................................................................................................

Perjalanan kehidupan itu sentiasa berputar ibarat roda. Ada masa kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Susah dan senang itu silih berganti. Tidaklah kita sentiasa merasa susah dan tidaklah kita sentiasa merasa senang. Kerana itulah lumrah kehidupan.

Inna lillah wa inna ilayh raajiun

Ujian kesusahan itu seringkali membuat jiwa kita lunak untuk mendekatkan diri kepadaNya. Ujian kesenangan pula seringkali membuat jiwa menjauh kerana lupa dan alpa. Demikian seorang hamba itu perlu diperingatkan agar kembali ke landasannya. 


Ana | 05032015 | Library ATMA




Thursday, February 12, 2015

Monday, January 26, 2015

Time line



Review balik perancangan kehidupan yang pernah digarap dalam suatu kerangka usai menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana pada tahun 2012. Sudah menjengah tahun ketiga perancangan tersebut. Kini tahun 2015.

Nak mula dengan apa yang dah dicapai:

..............................................................


Belum dicapai :

...............................................................
...............................................................
...............................................................
...............................................................

dan lain-lain


Maksudnya, sepanjang tiga tahun pertama ini progress apa yang nak dicapai bergerak dengan perlahan.
Fikir-fikir balik, perancangan tiga tahun lalu memang bersifat beyond expectation, mungkin ia perlu digerakkan secara intensif dari sekarang.

# Dream high, achieve bigger performance
# Tetapkan matlamat, capai sasaran. Gagal merancang = merancang untuk gagal?
#Persoalan



Wednesday, January 14, 2015

Travelog Misi Bantuan Banjir


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Sebenarnya nak berkongsi sedikit 'ibrah dari perjalanan singkat ke bumi Kelantan pasca banjir. Alhamdulillah Allah berikan ruang dan peluang untuk bersama-sama para sukarelawan ke Dabong dan Kemubu untuk bertemu, menyantuni mereka yang diuji Allah. 

Sebelum memulakan perjalanan, pertama sekali kami diingatkan. Betulkan niat, tajdid niat kerana Allah. Turun bukan sebagai pelancong, tapi sebagai pembantu. Sukarelawan yang bersedia untuk menghadapi apa sahaja kesulitan. Tiada jaminan keselesaan sewaktu berada dalam misi. 

Bas meluncur ke destinasi. Tepat jam 10 pagi kami tiba di Dabong. Sepanjang perjalanan, kami melihat kesan-kesan banjir. Demikian juga di Dabong kesan banjir jelas kelihatan pada sekolah yang ditenggelami lumpur, kereta api yang terhenti operasinya dan wajah-wajah penduduk yang menyapa. Timo kasehla maghi kapung nim, tulung. Allah, meski kecil apa yang mampu kami lakukan ternyata mereka sangat menghargai bahkan jelas ketulusan mereka sewaktu menuturkan bicara dengan kami. 

Misi di Dabong, bermandi dengan lumpur. Kerja-kerja pembersihan yang mustahil dilakukan tanpa kerjasama. Terlintas di fikiran, Allah hadirkan bantuan dari individu-individu yang langsung tak mempunyai perkaitan. Bahkan tidak pernah mengenali. Namun mereka berkumpul dengan tujuan menghulurkan secebis bantuan. 

Hari kedua, misi di Kemubu. Perjalanan memakan masa dari Dabong. Menelusuri hutan, menemui rumah-rumah yang terjejas akibat banjir. Allah. Terasa sayu dan sebak. Hanya dengan melihat kesannya, terasa manik-manik jernih mengalir. Kami terharu. Allah. Tiba di kampung tersebut, kami mula bergerak dengan misi menemui penduduk dan menawarkan bantuan membersihkan kawasan rumah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Catatan : Doakan mereka, hulurkan bantuan dalam apa jua bentuk yang termampu

15012015